24/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
20 Ogos 2026, Khamis - Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Segamat telah menganjurkan Latihan Bencana Tabletop Exercise (TTX) Hospital Segamat bertempat di Dewan Perdana.
Tujuan utama kursus Latihan Tabletop Bencana Luaran di Hospital Segamat adalah:
โข Meningkatkan kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi situasi bencana luaran.
โข Menguji koordinasi dan komunikasi antara pasukan kesihatan, pengurusan hospital, serta agensi berkaitan.
โข Menilai keberkesanan pelan tindak balas bencana yang sedia ada dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.
โข Melatih staf hospital supaya lebih bersedia, cekap, dan pantas bertindak semasa kecemasan sebenar berlaku.
Turut hadir juga 3 injector dari luar iaitu Dr Ahmad Abdul Basitz bin Ahmad Fatan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr Che Ros Bin Abdullah, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Dr Ahmad Nadhir bin Iskandar, Pakar Kecemasan, Hospital Sultanah Fatimah, Muar.
Hospital Segamat akan terus komited dalam melaksanakan sesi-sesi persediaan seperti ini sebagai sebahagian daripada pendekatan sistematik bagi menjamin keselamatan, kelangsungan operasi dan kualiti perkhidmatan dalam apa jua keadaan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.