22/10/2026
TAHNIAH KEPADA PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT!
Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat telah berjaya memperoleh Penarafan 4 Bintang Perpustakaan 2026 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan, meningkatkan kualiti pengurusan perpustakaan serta membudayakan ilmu dalam kalangan warga kolej.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kolej Komuniti Segamat atas komitmen dan usaha yang menyumbang kepada kejayaan ini!