16/08/2026
๐๏ธ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๏ธ
๐๏ธ 12 โ 14 Ogos 2026 | Rabu โ Jumaat
๐ Labis Sunrise Farm, Segamat
โบ๏ธ Seramai 4 orang murid SK Kampong Jawa telah menyertai Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2026. Sepanjang perkhemahan, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti campfire, stargazing, kampung survival, pertolongan cemas, membina gajet dancampus orienteering.
๐ฅ Pelbagai aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan diri, malah turut memupuk kemahiran kepimpinan, kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Cg Hj Aminoor Syahfizan Alit, barisan pentadbir, guru pengiring, Cg Mahirah, serta guru-guru atas sokongan dan komitmen dalam memastikan penyertaan murid SKKJ berjalan lancar.
๐ Tahniah anak-anak SKKJ! Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna dan bekalan untuk terus menjadi murid yang berani dan berdikari.