27/07/2026
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN SEKIJANG 2026
Alhamdulillah, pada 25 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2026 di Dewan Serbaguna Pekan Jabi, Segamat.
Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Hj. Baharum Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Hj. Anuar Abd. Manap, ADUN Pemanis merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang, serta YB Sdr. Raven Kumar Krishnasamy, ADUN Kemelah merangkap Pengerusi MIC Negeri Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta seluruh warga UMNO Bahagian Sekijang yang telah menjayakan mesyuarat ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Sayap, Ketua-Ketua Cawangan serta seluruh para perwakilan UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2026 atas komitmen, kesungguhan dan semangat perjuangan yang dipamerkan.
Kehadiran dan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan membuktikan bahawa UMNO Bahagian Sekijang terus kukuh, bersatu dan kekal relevan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Semoga semangat yang terjalin dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuhkan organisasi, mempererat ukhwah serta meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.
Bersatu • Berkhidmat • Berjuang
Salam Perjuangan!