JPS Daerah Segamat

JPS Daerah Segamat Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook JPS Segamat

Telefon : 07-9311129
Fax : 07-9319102
(1)

19/08/2026
19/08/2026
PENGAMBILAN DATA HUJAN HIDROLOGI DAERAH SEGAMAT11 Ogos 2026 (Selasa)Pada hari ini, Unit Hidrologi, Jabatan Pengairan dan...
11/08/2026

PENGAMBILAN DATA HUJAN HIDROLOGI DAERAH SEGAMAT

11 Ogos 2026 (Selasa)

Pada hari ini, Unit Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat telah melaksanakan kerja-kerja pengambilan dan kutipan data hujan hidrologi secara bulanan di stesen-stesen hidrologi sekitar Daerah Segamat.

Pengambilan data ini dilaksanakan bagi memastikan rekod data hujan sentiasa dikemas kini dan direkod secara berkala untuk tujuan pemantauan hidrologi, analisis data serta pengurusan sumber air di Daerah Segamat.

Pelaksanaan kerja-kerja pengambilan data secara berkala ini merupakan sebahagian daripada pemantauan hidrologi yang dilaksanakan oleh Unit Hidrologi JPS Daerah Segamat bagi memastikan data yang diperoleh dapat digunakan sebagai rujukan dalam perancangan dan pengurusan sumber air.

JPS Daerah Segamat sentiasa komited dalam memastikan pengumpulan dan pengurusan data hidrologi dilaksanakan secara sistematik, berterusan dan teratur.



Tahniah YBhg Datuk KP JPS Malaysia
08/08/2026

Tahniah YBhg Datuk KP JPS Malaysia

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada
๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐‘๐š๐๐ณ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐“๐š๐ฅ๐ข๐›
๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Atas pemangkuan dan penempatan bagi jawatan
๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐€๐ฐ๐š๐ฆ) ๐†๐ซ๐ž๐ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐€
๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  (๐Š๐”๐)

Berkuat kuasa pada
๐Ÿ— ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”


06/08/2026
KERJA-KERJA PEMULIHARAAN SUNGAI TANDONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MUKIM BULOH KASAPKhamis | 6 Ogos 2026Unit Teknika...
06/08/2026

KERJA-KERJA PEMULIHARAAN SUNGAI TANDONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MUKIM BULOH KASAP

Khamis | 6 Ogos 2026

Unit Teknikal JPS Daerah Segamat telah melaksanakan pemantauan terhadap pelaksanaan Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Tandong serta kerja-kerja berkaitan di Mukim Buloh Kasap menggunakan Unit Drone JPS Daerah Segamat melalui pemantauan udara.

Pemantauan udara ini dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh keadaan tapak projek, di samping memastikan setiap skop kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, mematuhi piawaian teknikal serta menepati jadual pelaksanaan.

Pelaksanaan projek pemuliharaan sungai ini merupakan satu inisiatif Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam meningkatkan keupayaan sistem saliran, mengurangkan risiko hakisan tebing sungai, memperbaiki aliran sungai serta memelihara kelestarian sungai demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Semoga pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.




05/08/2026

KUALA LUMPUR, 5 Ogos โ€“ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjelaskan bukan semua isu berkaitan air berada di bawah tanggungjawab jabatan itu kerana pengurusan sektor berkenaan melibatkan pelbagaiโ€ฆ

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah atas pemer...
01/08/2026

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah atas pemergian salah seorang warga JPS Daerah Segamat, Allahyarham Mohd Ridhuan Bin Abd. Aziz, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan serta kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah.

โ€œSesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kita kembali.โ€

Selamat Datang Tuan Pengarah ke Negeri Johor
29/07/2026

Selamat Datang Tuan Pengarah ke Negeri Johor

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡

Seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor mengucapkan Selamat Datang dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman atas pelantikan sebagai Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan iltizam yang dibawa, JPS Negeri Johor akan terus melakar kecemerlangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memperkasakan pengurusan sumber air serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Seluruh warga JPS Negeri Johor merakamkan ucapan selamat datang dan mendoakan agar YBrs. Tuan Pengarah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta dipermudahkan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Selamat datang ke JPS Negeri Johor. Bersama kita meneruskan kecemerlangan demi perkhidmatan yang terbaik.

Address

Jalan Omar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS Daerah Segamat:

Shortcuts

Share