10/07/2023
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 10 Julai 2023 membincangkan dan bersetuju beberapa perkara penting berkait rapat dengan pilihanraya negeri-negeri yang bakal berlangsung seperti berikut:
1. Barisan Nasional mengarahkan persiapan dan memperkukuhkan semua jentera parti di setiap peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri-Negeri iaitu Kelantan,Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
2. Dewan Tertinggi juga menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi. Kerjasama di antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan diperkukuh dan dipertingkatkan.
3. Barisan Nasional bersama-sama dengan Pakatan Harapan akan mengadakan Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Kedah (15 Julai 2023), Pulau Pinang (16 Julai 2023), Kelantan (23 Julai 2023), Negeri Sembilan (27 Julai 2023) dan Terengganu (28 Julai 2023). Sehubungan itu, adalah diharapkan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini dan seterusnya menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan.
4. Barisan Nasional komited mempertahankan prinsip yang termaktub di dalam perlembagaan bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran dalam negara.