Southern Volunteer Daerah Segamat - SV Segamat

Southern Volunteer Daerah Segamat - SV Segamat Southern Volunteer Ini adalah satu inisiatif yang di Ilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor

S O U T H E R N  V O L U N T E E R SDaerah Segamat | 04 April 2026πŸ“ΈπŸ₯‹ Penglibatan Southern Volunteers Daerah Segamat dala...
04/04/2026

S O U T H E R N V O L U N T E E R S
Daerah Segamat | 04 April 2026

πŸ“ΈπŸ₯‹ Penglibatan Southern Volunteers Daerah Segamat dalam menjayakan Kejohanan Karate Daerah Segamat 2/2026

Program ini merupakan anjuran MSSKA Cawangan Segamat & Mersing dengan kerjasama Persatuan Johor Shorin-Ryu Seibukan Karate yang telah berlangsung di SJK (C) Labis, Segamat.

03 April 2026 dimulakan dengan persiapan program, manakala 04 April 2026 merupakan hari kejohanan berlangsung.

Southern Volunteers Daerah Segamat turut sama memainkan peranan dalam membantu kelancaran sepanjang persiapan dan hari pertandingan.

Komitmen, disiplin dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan amat membanggakan serta mencerminkan kekuatan kerjasama dalam menjayakan program di peringkat daerah.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

πŸ“’ PROGRAM BERSAMA FELDAβ€œDesaku Mendunia, Jelajah Aspirasi Bebas Dadahβ€πŸ“… 29 Mac 2026 (Ahad)⏰ 7.00 pagi – 1.00 tengah hari...
31/03/2026

πŸ“’ PROGRAM BERSAMA FELDA
β€œDesaku Mendunia, Jelajah Aspirasi Bebas Dadah”

πŸ“… 29 Mac 2026 (Ahad)
⏰ 7.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ SMK LKTP Pemanis & Sekitar Felda Pemanis

🀝 Antara aktiviti yang turut disertai Southern Volunteers (SV):

πŸ”Ή Ziarah Kasih bersama keluarga klien
πŸ”Ή Rondaan Omnipresence & Pesanan Antidadah (PESADA)
πŸ”Ή Kuiz Antidadah β€œRugi Kalau Terjebak”

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan Southern Volunteers dalam menjayakan sesi ini πŸ’™




18/03/2026
18/03/2026
Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Johor & Serahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) DUN Kemelah tela...
16/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Johor & Serahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) DUN Kemelah telah berlangsung dengan lancar di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta Southern Volunteers Daerah Segamat yang turut membantu menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini membawa manfaat dan keberkatan buat semua. 🀲

10/03/2026
03/03/2026
28/02/2026
27/02/2026
π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜½π™π˜½π™π™ π™‡π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™† π™Žπ™Šπ™π™π™ƒπ™€π™π™‰ π™‘π™Šπ™‡π™π™‰π™π™€π™€π™π™Ž π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π™Žπ™€π™‚π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™π˜Όπ™ƒπ™π™‰ 202627 Februari 2026 (Jumaat) – Program Bubur Lambuk South...
27/02/2026

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜½π™π˜½π™π™ π™‡π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™† π™Žπ™Šπ™π™π™ƒπ™€π™π™‰ π™‘π™Šπ™‡π™π™‰π™π™€π™€π™π™Ž π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π™Žπ™€π™‚π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™π˜Όπ™ƒπ™π™‰ 2026

27 Februari 2026 (Jumaat) – Program Bubur Lambuk Southern Volunteers Daerah Segamat telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan pada pagi ini. Program yang diadakan serentak di seluruh negeri Johor ini mendapat sambutan amat baik daripada agensi-agensi kerajaan, pejabat wakil rakyat DUN serta pertubuhan bukan kerajaan di daerah Segamat.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat dan majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Saraswati a/p Nallathamby, ADUN Kemelah bagi beramah mesra bersama para peserta.

Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat), Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus (Pegawai Belia & Sukan Segamat), Assyeikh Tuan Haji Mohd Azhar bin Samadun (KADI Daerah Segamat) serta Encik Ir. Muhamad Yusri bin Zainal (Jurutera Daerah Segamat).

Sebanyak 18 buah periuk bubur lambuk telah disediakan hasil kerjasama 12 agensi kerajaan, pejabat wakil rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan. Penglibatan keenam-enam DUN bersama Southern Volunteers, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Labis, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Majlis Belia Daerah telah memeriahkan lagi program ini.

Semoga program seumpama ini terus memperkukuh semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan masyarakat, di samping meraikan keberkatan bulan Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Bubur Lambuk Southern Volunteers Daerah Segamat.





Address

Segamat
85000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Southern Volunteer Daerah Segamat - SV Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Southern Volunteer Daerah Segamat - SV Segamat:

Share