01/09/2026
ππππππππππ πππ πππππππππππ πππππππ ππππππππ ππππ ππππππππππ ππππ ππ-ππ πππππππππ ππππππ πππππππ ππππ
31 Ogos 2026 (Isnin) - Acara Perbarisan dan Perhimpunan Sempena sambutan Hari Kebangsaan Kali ke-69 Peringkat Daerah Segamat pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor diiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Ezzuddin Bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat , PPgKR Zuhaili Bin Rasalai, Penolong Pegawai RELA Daerah Segamat, Ahli- Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Segamat serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Segamat.
Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke-69 Peringkat Daerah Segamat tahun 2026 ini telah diadakan di Dataran Segamat, Segamat. Tahniah diucapkan kepada semua anggota RELA Daerah Segamat yang telah menyertai acara perbarisan hari kebangsaan pada tahun ini.
RELA Negeri Johor - Laman Rasmi RELA Malaysia