JKR Segamat

JKR Segamat Laman Rasmi Facebook JKR Segamat, Johor.

🚧 KEROSAKAN PENGHADANG BESI (RAILING) DI JAMBATAN FT01Pihak JKR Segamat telah menjalankan pemeriksaan di lokasi susulan ...
04/09/2026

🚧 KEROSAKAN PENGHADANG BESI (RAILING) DI JAMBATAN FT01

Pihak JKR Segamat telah menjalankan pemeriksaan di lokasi susulan kerosakan pada penghadang besi (railing) di jambatan laluan FT01 yang dipercayai berpunca akibat dilanggar oleh kenderaan.

Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian struktur railing telah mengalami kerosakan dan perubahan kedudukan akibat impak pelanggaran. Tindakan susulan akan diambil bagi memastikan struktur berkenaan dibaiki dan berada dalam keadaan selamat demi keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya ketika melalui kawasan jambatan.





TAJUK KERJA:Kerja-kerja pembinaan semula jalan serta lain-lain kerja berkaitan di Laluan FT023, Jalan Muar – Segamat, Se...
03/09/2026

TAJUK KERJA:
Kerja-kerja pembinaan semula jalan serta lain-lain kerja berkaitan di Laluan FT023, Jalan Muar – Segamat, Seksyen 67.00 – 69.00, Segamat, Johor.

KEMAJUAN KERJA: 30%

Kerja-kerja pembinaan semula jalan serta lain-lain kerja berkaitan di Laluan FT023, Jalan Muar – Segamat, Seksyen 67.00 hingga 69.00, Segamat, Johor sedang giat dilaksanakan dengan kemajuan kerja semasa sebanyak 30%.

Pelaksanaan kerja ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan struktur turapan jalan, di samping memastikan aspek keselamatan, keselesaan dan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan.





TINDAKAN SEGERA JKR SEGAMATTular kejadian kemalangan yang berlaku akibat sebuah kenderaan melanggar penutup manhole util...
02/09/2026

TINDAKAN SEGERA JKR SEGAMAT

Tular kejadian kemalangan yang berlaku akibat sebuah kenderaan melanggar penutup manhole utiliti Maxis di Jalan Pemuda, Segamat pada 1 September 2026, sekitar jam 8.00 malam.

Susulan kejadian tersebut, pihak JKR Segamat telah segera menghubungi pihak Maxis bagi melaksanakan tindakan pembaikan terhadap penutup manhole berkenaan.

Pada masa yang sama, arahan pengalihan kedudukan manhole utiliti Maxis ke luar kawasan jalan di bawah seliaan JKR telah dikeluarkan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

JKR Segamat sentiasa mengambil serius aspek keselamatan pengguna jalan raya dan akan memastikan tindakan sewajarnya diambil bersama pihak utiliti berkaitan.





πŸ‡²πŸ‡Ύ π‰πŠπ‘ π’π„π†π€πŒπ€π“ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π†π€πŒπ€π“ πŸ‡²πŸ‡ΎJabatan Kerja Raya Daerah Segamat de...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π‰πŠπ‘ π’π„π†π€πŒπ€π“ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π†π€πŒπ€π“ πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat dengan penuh semangat telah mengambil bahagian dalam Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Segamat Tahun 2026.

Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme, kebersamaan serta komitmen warga JKR Segamat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat Daerah.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua kakitangan serta ahli kontinjen JKR Segamat atas semangat, komitmen, disiplin dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi latihan, raptai dan hari perbarisan. Segala usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan amatlah membanggakan dan sangat dihargai.

Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi semangat berpasukan, kebersamaan dan pengalaman yang kita bina bersama adalah kemenangan yang paling bermakna.

Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin kepada warga JKR Segamat untuk sentiasa bersatu hati, saling menyokong dan memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang dipikul.

Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen JKR Daerah Segamat! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ🏻

𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚!πŸ‡²πŸ‡Ύ






JKR Daerah Segamat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 69 buat semua warga Daerah Segamat serta selur...
30/08/2026

JKR Daerah Segamat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 69 buat semua warga Daerah Segamat serta seluruh warga Negara Malaysia. Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada
Jurutera Daerah serta seluruh warga kerja JKR Daerah Segamat.




LAWATAN KERJA JKR SEGAMAT KE JKR KLUANGSekitar lawatan kerja  (JKR) Daerah Segamat ke JKR Daerah Kluang bagi sesi perkon...
27/08/2026

LAWATAN KERJA JKR SEGAMAT KE JKR KLUANG

Sekitar lawatan kerja (JKR) Daerah Segamat ke JKR Daerah Kluang bagi sesi perkongsian ilmu, pembelajaran serta pertukaran pengalaman berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Lawatan ini menjadi platform yang baik untuk menimba pengalaman dan melihat secara lebih dekat amalan EKSA yang dilaksanakan, di samping memperkukuhkan budaya kerja yang lebih sistematik, kemas, selesa dan kondusif.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diterapkan di JKR Segamat dalam usaha meningkatkan kualiti persekitaran dan penyampaian perkhidmatan.

Terima kasih JKR Kluang atas sambutan dan perkongsian yang diberikan.





27/08/2026

Lawatan Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKR Daerah Segamat ke JKR Daerah Kluang Pada 26 Ogos 2026.

Ayuh sama - sama kita semarakkan sambutan kemerdekaan Negara kita dengan Kibaran Jalur Gemilang yang Betul. https://www....
26/08/2026

Ayuh sama - sama kita semarakkan sambutan kemerdekaan Negara kita dengan Kibaran Jalur Gemilang yang Betul.

https://www.facebook.com/share/1MSThaZz81/

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŠπˆππ€π‘πŠπ€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋, π‡πŽπ‘πŒπ€π“πˆ 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ†

Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi simbol identiti, perpaduan dan kedaulatan Malaysia.

Ayuh pastikan penggunaannya sentiasa betul, tertib dan penuh hormat.




Address

PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA (D) SEGAMAT, Jalan OMAR
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079314040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Segamat:

Shortcuts

Share