Parti Keadilan Rakyat Cabang Sungai Besar

Parti Keadilan Rakyat Cabang Sungai Besar KEADILAN CABANG SUNGAI BESAR

18/07/2026

18 JULAI 2026 • SABTU

Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ke-16 berlangsung hari ini di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

10/07/2026

Selamat menunaikan tanggungjawab kepada seluruh warganegara yang layak mengundi di negeri Johor.

🇲🇾

Dialog Nelayan bersama Pengerusi LKIM Turut hadir Calon Nombor 1 Dun Tanjung Surat & Exco Kerajaan Negeri Selangor
05/07/2026

Dialog Nelayan bersama Pengerusi LKIM

Turut hadir Calon Nombor 1 Dun Tanjung Surat & Exco Kerajaan Negeri Selangor

04/07/2026

4 Jul 26

Cabang Sungai Besar mengikuti Calon N39 Tg Surat menyantuni Pengundi-pengundi disekitar Tanjong Pengelih, Kg Pengerang, Kg Lepau, & Kg Sungai Rengit sambil edaran flyer maklumat Calon.

Prn Johor
03/07/2026

Prn Johor

24/06/2026

24 Jun 2026 | Rabu
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah Sabak Bernam bertempat di SBPI Sabak Bernam, Sungai Lang telah dirasmikan oleh Tuan Azhar Bin Achil, Penyelaras Parlimen Sungai Besar


KEADILAN mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.Semoga kedatangan tahun bah...
16/06/2026

KEADILAN mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kita memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta meningkatkan amal kebaikan dalam diri.


Di sebalik pelbagai naratif politik, angka tidak menipu.Pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, inflasi dan prestasi eks...
10/06/2026

Di sebalik pelbagai naratif politik, angka tidak menipu.

Pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, inflasi dan prestasi eksport menunjukkan arah yang jelas.

Tengok poster ini dan buat penilaian sendiri.



DIRGAHAYU TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

TIDAK ADA PEMIMPIN YANG LAYAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SELAIN DATO SERI ANWAR IBRAHIMJika dibaca tajuk artikel ini ...
31/05/2026

TIDAK ADA PEMIMPIN YANG LAYAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SELAIN DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Jika dibaca tajuk artikel ini mungkin ada kalangan penyokong Rafizi mahupun penyokong pembangkang yang akan perlekehkan kenyataan ini. Berikan masa untuk penulis rungkaikan berfakta mengapa tidak ada siapa yang layak menerajui Malaysia selain YAB PMX.

Dunia sedang bergolak dengan ketidaktentuan geopolitik. Perang Russia - Ukraine yang sudah masuk tahun ke-4 dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk perdamaian. Begitu juga dengan perang Iran - US Israel yang baru sahaja bermula dan mencetuskan kegawatan ekonomi global disebabkan harga minyak dunia yang meningkat naik mendadak. Perang Russia - Ukraine mungkin tidak mengesankan dunia sebagaimana perang Iran - US. Perang Iran - US ini menggawatkan ekonomi dunia kerana laluan utama minyak mentah dunia disekat di Selat Hormuz. Iya. Itulah isunya. Akibatnya seluruh negara di dunia terkesan akibat kenaikan harga minyak dunia yang naik mendadak.

Ada negara jiran yang kehabisan bekalan minyak hingga warganya terpaksa berjalan kaki. Ada negara jiran yang matawangnya merudum. Negara-negara Eropah juga turut terkesan dengan perang Iran - US ini kerana bekalan minyak ini penting untuk kelangsungan keterjaminan makanan. Kos baja, kos minyak untuk mesin pertanian. Semua ini berkait rapat.

Di Malaysia ini, mungkin ramai yang masih tak sedar. Mungkin ramai juga yang tidak bersyukur. Mungkin ada dikalangan kita merasakan bahawa keadaan masih biasa saja. Dan dengan mudah menghentam Kerajaan Madani dengan pelbagai tohmahan. Hakikatnya, seluruh dunia sudah terkesan.

Mujur kita ada Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berpengalaman luas dalam geopolitik dunia dan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dunia yang prominen. Ini penting untuk memastikan Malaysia tidak terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang lebih parah. Ini bukan masa untuk kita berangan mahu naikkan pemimpin entah mana yang setahun jagung untuk mengemudi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia ini. Ekonomi Malaysia tak mampu ditampung oleh derma tin milo PAS untuk terus bertahan. Ekonomi Malaysia lebih kompleks dan memerlukan ketertiban dalam pengurusan ekonominya.

Kita boleh namakan siapakah pemimpin yang berangan mahu jadi Perdana Menteri, kita boleh senaraikan seorang demi seorang. Kita boleh nilai secara jujur sama ada pemimpin ini layak atau tidak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia:

Muhyiddin Yassin.

Tidak ada apa track record kejayaan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang boleh dibanggakan selain dari kenyataan media mengejut dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan Muhyiddin tercirit. Kesian. Lagipun Muhyiddin sendiri telah ditolak oleh PAS dan bukan lagi Pengerusi Perikatan Nasional.

Dr Samsuri MB Terengganu.

Inilah nama yang disebut-sebut oleh penyokong pembangkang terutama PAS untuk menjadi Perdana Menteri. Dr Samsuri sendiri pun telah bina naratif bahawa dirinya layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Dr Samsuri nak jaja cerita dia nak jadi Perdana Menteri di Marang atau di Kuala Terengganu tu mungkin boleh, tapi kalau dia bawa cerita fantasi dia nak jadi PM luar dari Terengganu, mungkin orang ingat dia sedang buat stand-up comedy. Bukan sahaja PAS tidak ada track record jadi PM Malaysia, sewaktu PAS jadi Menteri dalam kabinet Muhyidin dulu pun, pemimpin PAS terkial-kial nak buat kerja Menteri. Bukan menghina. Tetapi track record pentadbiran PAS di Terengganu, Kelantan jika nak dijadikan ukuran, rasanya tak sampai 5 tahun PAS mentadbir Malaysia, negara ini akan menjadi 'maju' seperi Kelantan atau Terengganu. Ini kerana ukuran kejayaan ekonomi PAS dalam mentadbir adalah jika ada Pasaraya Mydin atau Aeon Mall, itu tanda negeri itu sudah maju. Rujuk kenyataan Nik Amar. Berat. Jahanam negara kalau itulah mentaliti pemimpin PAS.

Mengapa hanya Dato Seri Anwar Ibrahim saja yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada waktu ini?

1. Malaysia perlukan hubungan baik YAB PMX dengan pemimpin dunia luar untuk mengemudi negara tidak terheret ke kegawatan ekonomi global.

2. Malaysia perlukan pengalaman luas YAB PMX dalam pentadbiran selama puluhan tahun dari pelbagai portfolio. Dari belia, pendidikan hinggalah ke kewangan. Pengalaman mentadbir Dr Samsuri sangat cetek. Jika Dr Samsuri rasa dirinya layak jadi Perdana Menteri, sebaiknya dia patut malu dengan Amirudin Shari Menteri Besar Selangor. Amirudin yang dah masuk 2 penggal jadi Menteri Besar Selangor negeri terkaya di Malaysia pun tak berangan nak jadi PM gantikan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini takat MB Terengganu alih-alih nak jadi PM? Lucu.

3. Malaysia perlukan YAB PMX yang dengan jayanya melawan rasuah dengan rekod sitaan hasil untuk negara mencecah lebih RM15 bilion. Waktu PAS jadi Kerajaan Persekutuan dulu, apa kejayaan PAS dalam melawan rasuah? Berapa bilion dapat hasil lawan rasuah? Apa yang jadi adalah keluar p**a video pemimpin PAS kawasan rasuah pengundi suruh bersumpah untuk undi PAS sebelum bagi duit. Itu ada bukti. Bukan fitnah. Itulah realiti kepimpinan PAS. Orang suruh kau lawan rasuah, kau p**ak yang bagi rasuah. Haramjadah.

Cukup 3 fakta penting itu dulu untuk dihadam oleh pembaca mengapa kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ini bukan hanya sekadar perkiraan politik kepartian. Menyokong kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah kunci kepada survival Malaysia yang sedang bergelut dengan geopolitik dunia dan krisis ekonomi global. Jangan buat main.

Sejujurnya, biarlah Muhyiddin berehat dulu dari politik dan Dr Samsuri tambah lagi pengalaman mentadbir negeri. Jadikan Terengganu berjaya dari segi ekonomi berbanding Selangor ataupun Negeri Sembilan di bawah dibawah pentadbiran Menteri Besar KEADILAN. Kau dah berjaya kalahkan rekod pencapaian MB Selangor dan MB Negeri Sembilan, barulah sesuai Dr Samsuri nak berangan jadi Perdana Menteri Malaysia.

Terasa geli juga penulis nak ulas tentang angan-angan Zahid Hamidi, Hamzah Zainudin mahupun Azmin Ali jika mereka pun berhajat nak jadi Perdana Menteri. Berangan tu tak salah. Teruskanlah berangan.

Sekian.

Address

No 35A, Jalan Menteri Besar 2, Sekinchan Business Centre, 45400 Sekinchan Selang
Sekincan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Sungai Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share