15/07/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐ ๐ฃ๐๐ก) ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐ฆ๐จ๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ก๐ฌ๐
SELAMA, 9 Julai 2026 (Khamis) โ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Selama telah berjaya menganjurkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Selama Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Selama.
Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mustoffa bin Aliman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Selama. Turut hadir ialah YBrs. Encik Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Selama, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, wakil pertubuhan-pertubuhan belia daerah serta ahli-ahli Dewan Belia Perak yang bersama-sama menyumbang idea dan pandangan ke arah memperkasakan agenda pembangunan belia di daerah ini. Kehadiran pemimpin pelajar-pelajar dari SMK Dato Haji Hussein seramai 10 orang wakil diberi ruang utk memerhati perjalanan persidangan.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform rasmi yang menghimpunkan pemimpin belia, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan pembangunan belia. Persidangan ini memberi ruang kepada golongan belia untuk menyuarakan aspirasi, berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta mengetengahkan idea-idea baharu yang mampu memperkukuh dasar dan pelaksanaan program pembangunan belia di peringkat daerah.
Sepanjang persidangan berlangsung, pelbagai isu telah dibincangkan secara konstruktif merangkumi aspek pembangunan kepimpinan belia, pengupayaan pertubuhan belia, pembangunan modal insan, peluang pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, kesejahteraan sosial, kesukarelawanan serta penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti. Sesi perbincangan dua hala yang berlangsung turut membuka ruang kepada para peserta untuk mengemukakan cadangan penyelesaian yang praktikal dan berimpak tinggi bagi memastikan suara belia terus diambil kira dalam proses membuat keputusan.
Penganjuran MPBN ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kerajaan, pertubuhan belia, institusi pendidikan dan komuniti setempat. Kerjasama erat daripada semua pihak diyakini mampu melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berwawasan, berintegriti serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jabatan, agensi, pertubuhan belia, institusi pendidikan serta para peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang persidangan berlangsung. Diharapkan segala pandangan, syor dan resolusi yang telah dikemukakan akan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan demi memperkasakan pembangunan belia, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Daerah Selama secara keseluruhannya.