Parti Wawasan Negara - Kedah

Parti Wawasan Negara - Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Parti Wawasan Negara - Kedah, Political organisation, No. 363, Jalan Kampung Raja, Selama.

20.7.2026 3.00 PetangSungai Petani, KedahPERJUMPAAN PENYELARAS-PENYELARAS BAHAGIAN, SAYAP WANITA & PEMUDA BERSAMA PENYEL...
20/07/2026

20.7.2026
3.00 Petang
Sungai Petani, Kedah

PERJUMPAAN PENYELARAS-PENYELARAS BAHAGIAN, SAYAP WANITA & PEMUDA BERSAMA PENYELARAS WAWASAN NEGARA NEGERI KEDAH, YB ABDUL RAZAK KHAMIS

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi perjumpaan bersama Penyelaras-Penyelaras bahagian, Sayap Wanita dan Pemuda bagi membincangkan gerak kerja serta penyelarasan jentera menghadapi PRN Negeri Sembilan Ke-16, khususnya bagi N23 Mambau iaitu DUN yang akan dibantu oleh Negeri Kedah.

Semoga segala perancangan yang disusun dapat dipermudahkan dan seluruh jentera terus komited, bersatu hati serta bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan misi parti dapat dilaksanakan dengan cemerlang.


Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin membayangkan pembentukan 'jajaran baharu' yang bermu...
17/07/2026

Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin membayangkan pembentukan 'jajaran baharu' yang bermula pada PilihanRaya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum diperluaskan dalam usaha mengambil alih Putrajaya.
Hamzah berkata gambaran itu dapat dilihat selepas Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan bertanding di 25 kerusi, manakala 11 oleh Perikatan Nasional (PN)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin membayangkan pembentukan โ€˜jajaran baharuโ€™ yang bermula pada PilihanRaya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum diperluaskan dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

17/07/2026

๐Ÿ”ด((LIVE)) CERAMAH UMUM & PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA PERIKATAN NASIONAL PRN 16 NEGERI SEMBILAN
๐Ÿ“…17 Julai 2026 | Jumaat
๐Ÿš๏ธMarkas PAS Seremban

Calon-calon Perikatan Nasional dari Parti Wawasan Negara.N04 Klawang - Danni Rais, 39 Tahun N13 Sikamat - Datuk Razali A...
17/07/2026

Calon-calon Perikatan Nasional dari Parti Wawasan Negara.
N04 Klawang - Danni Rais, 39 Tahun
N13 Sikamat - Datuk Razali Abu Samah, 63 Tahun
N22 Mambau - Erik Michael, 44 Tahun
N34 Gemas - Ridzuan Ahmad , 50 Tahun

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐–๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ž๐ญ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ ๐˜๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ฒ๐š...
17/07/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐–๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ž๐ญ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ ๐˜๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ฒ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ข๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š

Laporan Reuters mengenai pelantikan Sultan Ahmed Bin Sulayem sebagai Pengerusi Eksekutif MMC Port Holdings telah menimbulkan persoalan yang wajar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya laporan tersebut benar, Kerajaan Malaysia bertanggungjawab memberikan penjelasan yang jelas dan terbuka kepada rakyat.

MMC Port mengendalikan rangkaian pelabuhan terbesar negaraโ€”satu aset strategik yang menjadi nadi perdagangan, rantaian bekalan, keselamatan maritim dan kedaulatan ekonomi Malaysia. Jawatan sebesar ini bukan sahaja memerlukan pengalaman dalam dunia perniagaan, malah menuntut tahap integriti, kebijaksanaan dan keyakinan awam yang tidak boleh dipersoalkan.

Menurut Reuters, Bin Sulayem sebelum ini melepaskan jawatannya di DP World selepas kembali menjadi perhatian antarabangsa susulan pendedahan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menjadi kontroversi diseluruh dunia.

Hakikat itu sahaja sepatutnya mencetuskan proses penelitian (due diligence) yang paling teliti.

Kerajaan kini perlu menjawab beberapa persoalan penting.
Adakah semakan keselamatan negara dan penilaian integriti telah dijalankan secara menyeluruh sebelum pelantikan ini dibuat?
Adakah segala kontroversi yang dilaporkan di peringkat antarabangsa telah dinilai dengan sewajarnya?

Adakah kementerian serta agensi pengawal selia berkaitan telah mempertimbangkan risiko reputasi, keselamatan dan kepentingan strategik negara sebelum memberikan kelulusan?

Dan yang paling penting, adakah pelantikan ini benar-benar selari dengan kepentingan Malaysia?

Persoalan-persoalan ini bukan sekadar soal undang-undang. Ia menyentuh asas tadbir urus yang baik, kebertanggungjawaban serta standard yang sewajarnya dikenakan apabila melibatkan aset strategik negara.

Di seluruh dunia, pelantikan bagi mengurus infrastruktur kritikal lazimnya melalui tapisan keselamatan dan integriti yang sangat ketat. Malaysia tidak sepatutnya meletakkan piawaian yang lebih rendah.
Sekiranya Kerajaan membenarkan pelantikan ini tanpa proses penelitian yang benar-benar menyeluruh dan telus, ia akan menimbulkan persoalan serius tentang mutu tadbir urus negara. Rakyat berhak mendapat jaminan bahawa setiap individu yang diberi amanah mengurus aset strategik negara telah melalui penilaian yang paling ketat.

Pelabuhan bukan sekadar pusat perdagangan. Ia merupakan pintu masuk ekonomi negara, benteng keselamatan maritim dan salah satu asas penting kepada kedaulatan Malaysia.

Justeru, Kerajaan Malaysia, MMC Corporation serta semua pihak berkuasa berkaitan perlu memberikan penjelasan secara terbuka mengenai proses penilaian dan due diligence yang telah dilaksanakan sebelum pelantikan ini dibuat.

Dalam soal aset strategik negara, ketelusan bukan satu pilihanโ€”ia adalah satu kewajipan.

Kedaulatan, keselamatan dan kepentingan jangka panjang Malaysia mesti sentiasa mengatasi segala pertimbangan yang lain.

๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹
Ketua Penerangan
Parti Wawasan Negara
17 Julai 2026.
โ€”โ€”
๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐“๐€๐“๐„๐Œ๐„๐๐“
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐ก๐จ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐จ๐ญ ๐€๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐œ ๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐๐ž ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ ๐›๐ฒ ๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ๐š๐ฅ๐ฌ ๐–๐ก๐จ๐ฌ๐ž ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ฒ ๐ˆ๐ฌ ๐’๐ฎ๐›๐ฃ๐ž๐œ๐ญ ๐ญ๐จ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐’๐œ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ข๐ง๐ฒ

The Reuters report regarding the appointment of Sultan Ahmed Bin Sulayem as Executive Chairman of MMC Port Holdings raises legitimate questions that deserve public attention in Malaysia.
If the report is accurate, the Malaysian Government has a responsibility to provide a clear and transparent explanation to the public.

MMC Port operates the countryโ€™s largest network of portsโ€”strategic national assets that form the backbone of Malaysiaโ€™s trade, supply chains, maritime security, and economic sovereignty. A position of this magnitude requires not only extensive business experience but also unquestionable integrity, sound judgment, and public confidence.

According to Reuters, Bin Sulayem previously stepped down from his position at DP World after once again attracting international attention following disclosures involving documents released by the United States Department of Justice that became the subject of global controversy.

That fact alone should have warranted the most rigorous due diligence process.

The Government must now answer several important questions.
Was a comprehensive national security review and integrity assessment conducted before this appointment was approved?
Were the international controversies surrounding the individual properly evaluated?

Did the relevant ministries and regulatory authorities adequately assess the reputational, security, and strategic risks associated with this appointment?

Most importantly, is this appointment genuinely in Malaysiaโ€™s national interest?

These questions extend beyond matters of legal compliance. They go to the heart of good governance, public accountability, and the standards that should apply when managing strategic national assets.

Around the world, appointments involving critical national infrastructure are typically subject to stringent security and integrity vetting. Malaysia should not be held to a lower standard.
If the Government has permitted this appointment without a genuinely thorough and transparent due diligence process, it will inevitably raise serious concerns about the quality of governance in the country. Malaysians are entitled to the assurance that every individual entrusted with managing strategic national assets has undergone the highest level of scrutiny.

Ports are far more than commercial facilities. They are gateways to the nationโ€™s economy, pillars of maritime security, and fundamental components of Malaysiaโ€™s sovereignty.

Accordingly, the Government of Malaysia, MMC Corporation, and all relevant authorities should provide a full and transparent account of the assessment and due diligence process undertaken before this appointment was approved.

When it comes to strategic national assets, transparency is not optionalโ€”it is an obligation.

Malaysiaโ€™s sovereignty, national security, and long-term national interests must always take precedence over every other consideration.

๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹
Information Chief
Parti Wawasan Negara.
17 July 2026.

Mesyuarat Majlis Presiden Parti Wawasan Negara bagi membincangkan ketetapan parti menghadapi PRN Negeri Sembilan ke-16. ...
17/07/2026

Mesyuarat Majlis Presiden Parti Wawasan Negara bagi membincangkan ketetapan parti menghadapi PRN Negeri Sembilan ke-16. โœ”๏ธโœ”๏ธ

17/07/2026

Jika UMNO keluar kerajaan perpaduan PH habis PMX.. Jika...
17/07/2026

Jika UMNO keluar kerajaan perpaduan PH habis PMX.. Jika...

Address

No. 363, Jalan Kampung Raja
Selama
34100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Wawasan Negara - Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share