Polis Daerah Selama Perak

Polis Daerah Selama Perak Panduan memberi komen di facebook rasmi PDRM adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas.

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai p

encegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM. Hak Pentadbir

Pentadbir Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM. Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 :KEJAYAAN TANGKAPAN SUSPEK KES CURI BARANG KEMAS DI BATU KURAU, PERAK
05/09/2026

𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 :

KEJAYAAN TANGKAPAN SUSPEK KES CURI BARANG KEMAS DI BATU KURAU, PERAK








𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔Selama, 4 September 2026 – Dalam usaha memperkasa kesejahteraan serta kece...
04/09/2026

𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔

Selama, 4 September 2026 – Dalam usaha memperkasa kesejahteraan serta kecergasan warga kerja, Polis Daerah Selama meneruskan komitmen membudayakan amalan hidup sihat menerusi pelaksanaan Aktiviti Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD Selama yang berlangsung di Gymnasium IPD Selama, Perak, pada jam 3.00 petang.

Program anjuran Cawangan Khas dan Cawangan Latihan/Sukan ini memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan kecergasan fizikal melalui aktiviti senaman dan riadah yang dilaksanakan secara teratur. Pengisian program turut merangkumi sesi pemanasan badan dan latihan kecergasan menggunakan kemudahan serta peralatan yang bersesuaian di gymnasium.

Pelaksanaan aktiviti ini merupakan salah satu usaha berterusan IPD Selama dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal warga kerja, di samping menggalakkan pengamalan gaya hidup aktif dan sihat. Amalan tersebut penting bagi membantu mengawal berat badan serta indeks j***m badan (BMI), seterusnya menyokong tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Program berlangsung dalam keadaan lancar, teratur dan terkawal, selaras dengan komitmen Polis Daerah Selama untuk memperkukuh budaya kerja yang menitikberatkan aspek kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan warga kerja. Inisiatif seumpama ini akan terus diberi perhatian sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan warga PDRM yang cergas, berdisiplin dan sentiasa bersedia melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat.








𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔Selama, 4 September 2026 – Dalam usaha menyemarakkan penghayatan...
04/09/2026

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔

Selama, 4 September 2026 – Dalam usaha menyemarakkan penghayatan kerohanian serta membudayakan amalan kehidupan yang seimbang dalam kalangan warga kerja, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama telah mengadakan Aktiviti Solat Sunat Dhuha dan Hajat di Surau Polis Selama.

Aktiviti yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) IPD Selama ini disertai warga IPD Selama daripada pelbagai peringkat, yang bersama-sama meluangkan masa untuk menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah, diikuti solat sunat Hajat serta tazkirah sebagai santapan rohani.

Pengisian kerohanian sebegini bukan sahaja menjadi ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah menjadi medium untuk memohon keberkatan rezeki, keselamatan, kesejahteraan serta perlindungan buat seluruh warga IPD Selama dan keluarga.

Pada masa yang sama, aktiviti ini turut mencerminkan komitmen IPD Selama dalam membentuk warga yang bukan sahaja cergas dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab, tetapi turut kukuh dari aspek kerohanian, nilai murni dan jati diri.

Semoga usaha mengimarahkan Surau Polis Selama ini terus menjadi amalan yang berterusan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan warga IPD Selama.

“Surau Diimarahkan, Rohani Disuburkan, Ukhuwah Diperkukuhkan.”








04/09/2026
03/09/2026

Penyediaan Sijil Acara Larian Komuniti Madani IPD Selama Tahun 2026, sudahkan anda mendaftar? 👮🏻‍♂️

01/09/2026
01/09/2026

🚨 SISTEM e-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.0 KINI SUDAH BEROPERASI! 🚨

✨ Lebih mudah. Lebih selamat. Lebih efisien. ✨

Satu platform baharu yang dibangunkan bagi memberikan pengalaman permohonan yang lebih mudah, moden, pantas dan mesra pengguna kepada semua calon.

🗓️ Bermula 1 September 2026

UNIT PENGAMBILAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah
Selama
34100

Telephone

+6058394222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Selama Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Selama Perak:

Shortcuts

Share

Category