Puspen Serendah

Puspen Serendah Kepulihan Anda Bermula Disini

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PUSPEN SERENDAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan ta...
28/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PUSPEN SERENDAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air, telah berlangsung Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan PUSPEN Serendah 2026 pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Padang Kawad PUSPEN Serendah.

Program dimulakan dengan perhimpunan kakitangan dan klien mengikut kumpulan serta susunan yang telah ditetapkan, sebelum perarakan masuk ke Padang Kawad dengan penuh semangat dan disiplin. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Majlis diteruskan dengan nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Tema Kemerdekaan, diikuti ucapan oleh Penolong Pengarah PUSPEN Serendah.

Suasana bertambah meriah dengan penglibatan kakitangan dan klien dalam Senamrobik Kemerdekaan, yang bukan sahaja menceriakan program malah mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPEN Serendah. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Lagu Tema Kemerdekaan, Jalur Gemilang dan Tanggal 31, sebagai tanda semangat kecintaan kepada negara. ๐ŸŽถ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga sambutan ini terus menyemai semangat patriotisme, perpaduan, disiplin dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dalam diri setiap warga PUSPEN Serendah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








โœจ PROGRAM REKREASI & INTEGRASI KLIEN PUSPEN SERENDAH 2026 โœจAlhamdulillah, telah berlangsung Program Rekreasi & Integrasi...
28/08/2026

โœจ PROGRAM REKREASI & INTEGRASI KLIEN PUSPEN SERENDAH 2026 โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Rekreasi & Integrasi Klien PUSPEN Serendah 2026 pada 21 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Air Terjun Serendah. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’ง

Program ini melibatkan klien bersama pegawai PUSPEN Serendah dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk aktiviti rekreasi dan sukan air, di samping jamuan makan santai yang turut memeriahkan program. ๐Ÿค๐ŸŠโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฝ๏ธ

Selain memberi ruang kepada klien untuk berehat dan beriadah, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara klien dan pegawai, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan keyakinan diri dalam suasana yang lebih terbuka dan positif.

Program ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas usaha, komitmen serta sumbangan klien dalam pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh pemulihan. ๐Ÿ™๐Ÿ’™

Semoga pengalaman dan kebersamaan yang tercipta melalui program ini dapat terus menyemai semangat kerjasama, keyakinan diri, nilai integrasi sosial serta motivasi positif dalam kalangan klien.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ‘โœจ

Bersama Membina Diri, Melangkah ke Arah Kehidupan Lebih Positif. ๐Ÿ’ช๐ŸŒฟ







๐ŸŽ‰ PROGRAM SUKANEKA PUSPEN SERENDAH 2026 ๐ŸŽ‰Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Program Sukaneka PUSPEN Serendah...
28/08/2026

๐ŸŽ‰ PROGRAM SUKANEKA PUSPEN SERENDAH 2026 ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Program Sukaneka PUSPEN Serendah 2026 pada 14 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Padang Kawad PUSPEN Serendah.

Program dimulakan dengan sesi Zumba/Senamrobik, diikuti dengan pelbagai acara sukaneka secara berkumpulan yang menguji ketangkasan, kreativiti dan semangat kerjasama para peserta. ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜„

๐Ÿ† Antara acara yang dipertandingkan:
๐Ÿ”น Cari Gula-gula dalam Tepung
๐Ÿ”น Bola Ping Pong dalam Sudu
๐Ÿ”น Isi Air dalam Botol
๐Ÿ”น Gelung Berantai
๐Ÿ”น Aksi Belon
๐Ÿ”น Baling Dadu Jarak
๐Ÿ”น Baling Belon Air

Program ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan, mengeratkan hubungan serta membina kerjasama dalam kalangan warga PUSPEN Serendah. ๐Ÿค

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan peserta yang telah memberikan komitmen dan menjayakan program ini dengan penuh semangat dan sporting! ๐Ÿ‘๐ŸŽŠ

Semoga semangat kebersamaan dan kerjasama yang diterapkan melalui program ini terus subur dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang positif dan harmoni.

Sukan Untuk Semua, Semangat Bersama! ๐Ÿ’ช๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ







๐ŸŽ‰ PROGRAM SENAMROBIK & PERTANDINGAN BOLA BALING PUSPEN SERENDAH 2026 ๐Ÿคพโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’ชAlhamdulillah, telah berlangsung Program Senam...
25/08/2026

๐ŸŽ‰ PROGRAM SENAMROBIK & PERTANDINGAN BOLA BALING PUSPEN SERENDAH 2026 ๐Ÿคพโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’ช

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Senamrobik & Pertandingan Bola Baling Peringkat PUSPEN Serendah pada 18 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Padang Kawad PUSPEN Serendah.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh klien dan pegawai, sebelum diteruskan dengan pertandingan bola baling yang berlangsung dalam suasana meriah, ceria dan penuh semangat kesukanan. ๐Ÿคพโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽฏ Objektif program: โœ… Memupuk amalan gaya hidup sihat
โœ… Mengeratkan silaturahim antara klien dan pegawai
โœ… Menyemai semangat kesukanan, kerjasama dan kerja berpasukan
โœ… Mewujudkan suasana yang positif serta menyeronokkan sepanjang proses pemulihan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua klien serta pegawai yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen yang terbaik. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat terus diperkasakan sebagai salah satu medium untuk membina semangat, meningkatkan kecergasan serta mengeratkan hubungan dalam komuniti PUSPEN Serendah.

๐Ÿ’š SIHAT โ€ข AKTIF โ€ข CERIA
๐Ÿ’ช BERSAMA KITA BOLEH!

03/07/2026

ABMS (Anti-Bribery Management System) atau Sistem Pengurusan Antirasuah merupakan satu sistem yang dilaksanakan bagi mencegah, mengesan dan menangani risiko rasuah secara sistematik. Pelaksanaan ABMS menekankan budaya integriti, ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan dalam setiap urusan organisasi.

Melalui komitmen pengurusan, dasar antirasuah yang jelas, penilaian risiko, kawalan dalaman, latihan, saluran pelaporan dan pemantauan berterusan, ABMS membantu mewujudkan organisasi yang bersih, cekap, berintegriti dan bebas rasuah.




SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (ABMS) โ€“ KE ARAH PENSIJILAN MS ISO 37001:2016Integriti merupakan asas kepada kecemerlangan ...
01/07/2026

SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (ABMS) โ€“ KE ARAH PENSIJILAN MS ISO 37001:2016

Integriti merupakan asas kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Sejajar dengan usaha ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 (Anti-Bribery Management Systems - ABMS), Agensi Antidadah Kebangsaan komited dalam membudayakan amalan kerja yang telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah.
Pelaksanaan ABMS bertujuan untuk mencegah, mengesan, mengawal dan bertindak terhadap risiko rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dalam pelaksanaan tadbir urus organisasi. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan AADK dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berakauntabiliti, beretika dan diyakini oleh masyarakat.
Marilah kita bersama-sama memupuk budaya "Tolak Rasuah, Amalkan Integriti" demi memastikan setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan profesionalisme.

LAWATAN PENANDA ARAS KE PENJARA KAJANG25 Jun 2026Pada 25 Jun 2026, warga PUSPEN Serendah bersama Ahli Lembaga Pelawat (A...
01/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KE PENJARA KAJANG
25 Jun 2026

Pada 25 Jun 2026, warga PUSPEN Serendah bersama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Penjara Kajang sebagai salah satu inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa program pemulihan dan rehabilitasi klien.

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama serta jaringan profesional antara PUSPEN Serendah, Penjara Kajang dan Ahli Lembaga Pelawat. Di samping itu, para peserta turut diberi pendedahan mengenai aspek pengurusan, operasi serta pelaksanaan program pemulihan dan pemasyarakatan yang dilaksanakan di Penjara Kajang.

Sepanjang lawatan, sesi perkongsian pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan program pemulihan telah diadakan bagi meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan pendekatan pelbagai agensi dalam membimbing individu yang berhadapan dengan isu penyalahgunaan dadah dan jenayah.

Lawatan ini juga membuka ruang untuk mengenal pasti peluang kerjasama dari segi pelaksanaan program, perkongsian kepakaran serta inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada klien PUSPEN. Diharapkan hubungan erat yang terjalin ini akan terus memperkukuh komitmen semua pihak dalam menyokong usaha pemulihan, rehabilitasi dan reintegrasi sosial klien ke dalam masyarakat.

"Bersama Memperkasa Pemulihan, Membina Harapan."

19/05/2026
๐ŸŒŸ PROGRAM KEPIMPINAN โ€œMEMIMPIN DENGAN NILAI, MEMBIMBING DENGAN JIWAโ€ ๐ŸŒŸ19 Mei 2026 | Dewan Makan PUSPEN SerendahAlhamduli...
19/05/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM KEPIMPINAN โ€œMEMIMPIN DENGAN NILAI, MEMBIMBING DENGAN JIWAโ€ ๐ŸŒŸ

19 Mei 2026 | Dewan Makan PUSPEN Serendah

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kepimpinan โ€œMemimpin Dengan Nilai, Membimbing Dengan Jiwaโ€ anjuran Unit Hal Ehwal Penghuni (HEP), PUSPEN Serendah yang melibatkan penyertaan klien dalam kalangan prefek PUSPEN Serendah.

Program ini telah dikendalikan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Ratna Safura binti Kamal Shari bersama fasilitator Ardinin binti Amran dan Muhammad Nur Adam bin Mohd Sofi, yang telah menyampaikan pengisian program secara interaktif dan penuh bermakna kepada para peserta.

Program ini dilaksanakan sebagai satu platform untuk memperkukuhkan jati diri, membina kepimpinan berasaskan nilai murni serta meningkatkan motivasi dalam kalangan klien ke arah perubahan hidup yang lebih positif.

๐ŸŽฏ Objektif program ini antaranya adalah untuk:
โœ… Meningkatkan kesedaran kendiri tentang kepentingan nilai murni dalam kehidupan.
โœ… Membentuk kemahiran kepimpinan diri agar lebih bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.
โœ… Memupuk kekuatan emosi dan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran hidup.
โœ… Memberi pendedahan berkaitan pengurusan emosi, hubungan dan tingkah laku positif.
โœ… Mengukuhkan disiplin, jati diri serta semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
โœ… Memperkasa kemahiran hubungan interpersonal bagi persediaan kembali ke masyarakat.
โœ… Menyemai motivasi dan harapan baharu untuk masa depan yang lebih bermakna.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen yang sangat baik, penglibatan aktif serta semangat kerjasama yang tinggi dalam setiap aktiviti dan perkongsian ilmu yang dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak LPPKN Negeri Selangor, para fasilitator serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengisian dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan serta pemangkin kepada perubahan diri yang lebih positif.

โ€œMemimpin Dengan Nilai, Membimbing Dengan Jiwaโ€ โœจ
Membina pemimpin diri, membentuk masa depan yang lebih bermakna.





๐Ÿ“ PERTANDINGAN PING PONG โ€œSERVE SEMANGATโ€ 2026 ๐Ÿ“5 Mei 2026 | Dewan Makan PUSPEN SerendahTelah berlangsung dengan jayanya...
19/05/2026

๐Ÿ“ PERTANDINGAN PING PONG โ€œSERVE SEMANGATโ€ 2026 ๐Ÿ“

5 Mei 2026 | Dewan Makan PUSPEN Serendah

Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Ping Pong โ€œServe Semangatโ€ melibatkan penyertaan antara klien dan pegawai PUSPEN Serendah dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah.

Penganjuran program ini bertujuan untuk:
โœ… Mengeratkan hubungan silaturrahim antara klien dan pegawai.
โœ… Memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan.
โœ… Menjadi medium riadah sihat bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.
โœ… Membina keyakinan diri serta semangat daya saing yang positif dalam kalangan peserta.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

๐Ÿ† Senarai Pemenang

Kategori Perseorangan
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Hamzah
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Bukhari
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Fateh

Kategori Beregu
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Bukhari
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Hamzah
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Pegawai (En. Syahir & En. Hakim)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini terus menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PUSPEN Serendah.

โ€œServe Semangat, Smash Kejayaan!โ€ ๐Ÿ“๐Ÿ”ฅ





Address

PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK ( PUSPEN ) SERENDAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI KM36, OFF Jalan IPOH, SERENDAH
Selangor Darul Ehsan
48200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360813084

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Serendah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share