Pemuda PAS Bangi

Pemuda PAS Bangi Page Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi (DPPKB)

penyebaran maklumat-maklumat terkini khususnya berkaitan Pemuda PAS Kawasan Bangi serta maklumat-maklumat umum berkaitan PAS

Penuh jadual!Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pemuda atas kesudian melapangkan masa dan tenaga, bahkan wang ring...
17/08/2026

Penuh jadual!

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pemuda atas kesudian melapangkan masa dan tenaga, bahkan wang ringgit untuk menjayakan program-program yang berjalan pada bulan lepas.

Semoga Allah berkati semua gerak kerja kita, InshaAllah.

15/08/2026

Tugas Ulamak membela Islam. Bukan membela DAP - Dato' Nik Amar

14/08/2026

Tegas!

14/08/2026

Jangan kerana kita merasa selamat, kita terus melakukan dosa. Bimbang suatu hari nanti Allah membuka apa yang selama ini Dia lindungi - Ustaz Idris Ahmad

“Meneladani sirah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad SAW memberi kita kekuatan dalam perjuangan.”Alhamdulillah, selesai ...
13/08/2026

“Meneladani sirah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad SAW memberi kita kekuatan dalam perjuangan.”

Alhamdulillah, selesai Usrah Qiadi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi yang membahaskan buku Sirah Nabawiyah: Kitab Fiqh Harakah Jilid 2 karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sirah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar catatan sejarah tentang perjalanan dakwah Baginda, tetapi merupakan sumber kekuatan, panduan dan pedoman dalam memahami erti perjuangan. Setiap fasa kehidupan Rasulullah SAW mengajar kita tentang kesabaran ketika diuji, kebijaksanaan dalam mengatur strategi, keteguhan mempertahankan prinsip serta keikhlasan dalam melaksanakan amanah dakwah.

Sebagai mereka yang berada di medan perjuangan, sirah perlu sentiasa dihidupkan dalam jiwa. Kita belajar daripada bagaimana Rasulullah SAW membina kekuatan umat, mengurus perbezaan, menghadapi tentangan serta terus istiqamah walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Usrah Qiadi menjadi ruang untuk kita kembali menilai diri dan memperkukuh kefahaman perjuangan berasaskan sirah Rasulullah SAW. Mudah-mudahan apa yang dibincangkan bukan sekadar menjadi ilmu di dalam kitab, tetapi diterjemahkan dalam amal, kepimpinan dan gerak kerja kita.

Terima kasih kepada Ustaz Ammar dan Ustaz Nasiruddin atas kesudian menjadi pembentang dalam usrah kali ini.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan.

13/08/2026

Altimet pun termenung dengan pantun Gunarajah George, minit ke 0:42 😅

Apapun, dalam betul maksud pantun YB Shafie Ngah.

13/08/2026

Terengganu paling telus urus belanjawan, atasi Selangor. Tahniah mendapat pengiktitafan yang sama untuk tiga tahun berturut-turut.

“Tukar Ketua Pembangkang Selangor!”Sebelum ini, Pemuda PAS Bangi telah mengusulkan agar PAS menamatkan hubungan politik ...
12/08/2026

“Tukar Ketua Pembangkang Selangor!”

Sebelum ini, Pemuda PAS Bangi telah mengusulkan agar PAS menamatkan hubungan politik dengan Bersatu susulan sikap dan tindakan parti tersebut pada 6 Jun lalu. Usul ini bukan hanya suara Pemuda PAS Bangi, bahkan turut menjadi suara Pemuda PAS di beberapa kawasan lain.

Pada 8 Jun, senada dengan itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik PAS dengan Bersatu.

Keputusan ini dibuat atas beberapa sebab, antaranya susulan tindakan Bersatu yang menghalang penyertaan parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN), selain krisis politik yang berlaku di Perlis.

Terbaharu, Ketua Pembangkang Selangor, Saudara Azmin Ali, dilihat memberikan isyarat sokongan secara tidak langsung kepada Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor ketika Sidang DUN.

Ucapan beliau yang menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai “adinda”, Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim sebagai “sahabat”, serta ADUN Sentosa, Gunaraj R George sebagai “teman”, menimbulkan persoalan tentang pendirian dan kecenderungan Bersatu dalam politik Selangor hari ini.

Jika hubungan politik PAS-Bersatu telah berakhir, maka kedudukan Ketua Pembangkang Selangor juga wajar disemak semula. Oleh itu, Pemuda PAS Bangi menyeru agar Pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengambil alih kerusi Ketua Pembangkang Selangor dengan kadar segera.

Sudah tiba masanya kerusi Ketua Pembangkang benar-benar mencerminkan pendirian pembangkang di Selangor.

Nazrul Nazir
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Bangi

12/08/2026

Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan berjaya bentang RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026. Semoga syariah Islam terus diperkasa - Nik Mohamad Abduh

Terus berbakti! Terima kasih semua!
11/08/2026

Terus berbakti!

Terima kasih semua!

Address

Selangor Darul Ehsan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Bangi:

Shortcuts

Share