KRT Taman Sinar Mentari

KRT Taman Sinar Mentari Page Rasmi Kawasan Rukun Tetangga Taman Sinar Mentari

Team bolasepak KRT Taman Sinar Mentari hari ini(4/9/25) turut serta dalam pertandingan bolasepak 11 sebelah anjuran MPSP...
04/09/2025

Team bolasepak KRT Taman Sinar Mentari hari ini(4/9/25) turut serta dalam pertandingan bolasepak 11 sebelah anjuran MPSPK. Pertandingan yg diadakan ini adalah sempena Hari Gotong Royong dan Jamuan Rakyat anjuran MPSPK bagi memupuk ukhwah antara MPSPK dan penduduk.Bedong dipilih sebagai Tuan rumah pada kali ini.
Alhamdulillah gabungan rakan muda dan senior telah memperlihatkan satu mutu permainan yg menarik dan membanggakan.
Syabas kepada semua pemain dan pihak pengurusan KRT Taman Sinar Mentari .



Alhamdulillah,berakhir sudah Kejohanan Karom Tertutup KRT Taman Sinar Mentari malam tadi. Upacara Perasmian Penutupan Ka...
30/08/2025

Alhamdulillah,berakhir sudah Kejohanan Karom Tertutup KRT Taman Sinar Mentari malam tadi. Upacara Perasmian Penutupan Karom tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelia Zon Tg. Dawai/ Gurun Tuan Mohd Fazlie Faisol . Pertandingan ini yg dijalankan secara liga, bermula dari 20 Julai 2025 dan berakhir 29 Ogos 2025 berjalan dalam suasana yg harmoni serta penuh semangat kesukanan.Hadiah hadiah telah disampaikan kepada pemenang pemenang pertandingan.
Terima kasih yg tidak terhingga kepada Tuan Fazlie atas kesudian hadir ke upacara penutupan ini.
Kejohanan ini telah mencapai matlamatnya iaitu menjalinkan hubungan silaturrahim dan ukhwahfillah antara ahli ahli KRT Taman Sinar Mentari. Alhamdulillah.

"KUAT LILIT KERANA SIMPULNYA"



Pemasangan Jalur Gemilang dari KRT Taman Sinar Mentari telah disempurnakan pada hari ini bertarikh 24 Ogos 2025.Kerjasam...
24/08/2025

Pemasangan Jalur Gemilang dari KRT Taman Sinar Mentari telah disempurnakan pada hari ini bertarikh 24 Ogos 2025.
Kerjasama dari anggota KRT TSM telah memudahcara pekerjaan pada hari ini.
Semangat patrotik yg ditonjolkan ini sebagai pemangkin semangat untuk generasi muda kita agar lebih mencintai negara tercinta ini.

Harapan kita semoga Negara Malaysia ini kekal aman, maju,sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah.



SRS KRT Tmn. Sinar Mentari menjalankan tugasan rondaan malam di sekitar kawasan tangungjawabnya dalam menentukan keselam...
01/07/2025

SRS KRT Tmn. Sinar Mentari menjalankan tugasan rondaan malam di sekitar kawasan tangungjawabnya dalam menentukan keselamatan diri dan harta benda terjamin serta menggelakkan terjadinya gejala sosial dari berleluasa.
Terima kasih kepada Peronda SRS TSM yg hadir memberi komitmen dalam kerja kerja sukarela ini.



Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Surau Ibadurrahman Taman Sinar Mentari telah berlangsung pada 25 April 2025 ber...
26/04/2025

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Surau Ibadurrahman Taman Sinar Mentari telah berlangsung pada 25 April 2025 bersamaan 26 Syawal 1446 H iaitu hari Jumaat mulai jam 8 malam dan berakhir jam 11.30 malam. KRT Taman Sinar Mentari tidak ketinggalan untuk turut serta mengambil bahagian dalam majlis tersebut.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kehadiran tetamu jemputan dan penduduk Taman Sinar Mentari. Pelbagai menu telah disediakan oleh setiap Lorong, termasuk Surau dan Pertubuhan Amal Van Jenazah Sungai Petani.
Gerai(Booth) tercantik juga dipertandingkan. Kesimpulannya majlis pada malam itu sungguh meriah dan hadirin dapat merasakan keenakan hidangan yg disajikan.
Ini adalah aktiviti tahunan bagi KRT TSM dan Surau TSM.

Program Jom Ronda SRS Peringkat Daerah Kuala Muda telah berlangsung di KRT Taman Delima pada 20 Dis 2024.Kehadiran wakil...
20/12/2024

Program Jom Ronda SRS Peringkat Daerah Kuala Muda telah berlangsung di KRT Taman Delima pada 20 Dis 2024.Kehadiran wakil Peronda disekitar Daerah Kuala Muda telah merancakkan lagi malam rondaan ini. SRS KRT Taman Sinar Mentari tidak terkecuali menghantar wakilnya.
Disamping kehadiran anggota PDRM, majlis diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Bakar Arang YB Adam Loh.
Alhamdulillah Program berjalan lancar, disamping keadaan cuaca yg baik pada malam ini.
Harapan kita agar Program seumpama ini dapat diteruskan dimasa hadapan demi memupuk semangat keakraban di antara PDRM dengan masyarakat selari dengan cogankata "Polis dan masyarakat berpisah tiada" disamping dapat mencegah/mengurangkan kadar jenayah.



Pengecatan dinding Bangunan KRT Taman Sinar Mentari  telah dilaksanakan pada hari ini bertarikh 15 Dis 2014 setelah dibu...
15/12/2024

Pengecatan dinding Bangunan KRT Taman Sinar Mentari telah dilaksanakan pada hari ini bertarikh 15 Dis 2014 setelah dibuat penambahan bangunan baru baru ini.Pengecatan telah dibuat secara gotong royong oleh ahli KRT TSM.
Terima kasih yg sudi hadir walaupun hari ini kebanyakkan di antara ahli KRT TSM ramai yg bekerja.
Alhamdulillah.



Adat menyantuni pesakit tidak lekang bagi KRT Taman Sinar Mentari. Malam ini Barisan AJK TSM turun menyantuni anak AJK K...
10/12/2024

Adat menyantuni pesakit tidak lekang bagi KRT Taman Sinar Mentari. Malam ini Barisan AJK TSM turun menyantuni anak AJK KRT Muhamad Danish Aswad yg mengalami masalah usus yg mana telah dibuat pembedahan di HSAH Sg.Petani pada 08 Disember yg lepas.Alhamdulillah pembedahan berjaya dan Danish dibenarkan pulang pada 09 Disember. Danish diduga dengan kesakitan yang mana kebetulan beliau sedang menduduki peperiksaan SPM yg mula berlangsung. Barisan AJK ini diketuai oleh Pengerusi KRT TSM Tuan Sulaiman Abdullah, sedikit sumbangan disampaikan sebagai pemangkin semangat buat Adik Danish ini.



Address

Kampung Bedong
Semeling
08100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Sinar Mentari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Taman Sinar Mentari:

Share

Category