RELA Daerah Semporna

RELA Daerah Semporna Setia Berbakti

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—₯π—˜π—Ÿπ—” π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—˜ π—œπ—£π—— π—¦π—˜π— π—£π—’π—₯𝗑𝗔 Semporna | 31 Julai 2026 (Jumaat)Penguasa Pegawai RELA Daerah Sempo...
02/08/2026

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—₯π—˜π—Ÿπ—” π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—˜ π—œπ—£π—— π—¦π—˜π— π—£π—’π—₯𝗑𝗔

Semporna | 31 Julai 2026 (Jumaat)

Penguasa Pegawai RELA Daerah Semporna, YBrs PgR Jailun Jakius telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Semporna, YDH Superintenden Tan Hiap Wah di Pejabat Ketua Polis Daerah Semporna.

Beliau turut diiringi oleh Penolong Pegawai Operasi, PPgKR Ridswan Abd. Salleh dan Penolong Pegawai Latihan, PPgKR Nurul Hassyerah Atiqah binti Hassan.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara RELA dan PDRM dalam memperkukuh aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Semporna.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan rondaan bersepadu RELA dan PDRM di kawasan-kawasan tumpuan mengikut keperluan operasi, penganjuran aktiviti sukan bersama bagi mengukuhkan hubungan antara agensi serta cadangan penglibatan anggota RELA dalam latihan seni mempertahankan diri yang dikendalikan oleh PDRM bagi meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan anggota.

Semoga jalinan kerjasama antara RELA dan PDRM terus diperkasakan demi memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.






🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 🌾Warga RELA Daerah Semporna mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaa...
31/05/2026

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 🌾

Warga RELA Daerah Semporna mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga sambutan perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran, di samping mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan muhibah dalam kalangan masyarakat.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada:
Pegawai RELA Daerah & seluruh warga kerja RELA Daerah Semporna

🌾✨

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan keba...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. Hayatilah makna pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam setiap langkah kehidupan. 🀍

Semoga ukhuwah terus terjalin erat dan segala amal ibadah diterima oleh-Nya.

✨ Salam Aidiladha

Ikhlas daripada
Pegawai RELA Daerah dan seluruh warga kerja RELA Daerah Semporna

Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA) Daerah Semporna ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga jab...
01/05/2026

Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA) Daerah Semporna ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga jabatan dan semua penjawat awam di Malaysia.

Tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' pada tahun ini mencerminkan betapa pentingnya peranan setiap individu dalam memacu kemajuan negara.

Terima kasih atas dedikasi, integriti, dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memikul amanah demi kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya setiap pegawai dan juga anggota rela adalah NADI kekuatan jabatan dalam mencapai setiap visi dan misi yang telah ditetapkan

Semoga semangat kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Ikhlas Daripada
Pegawai RELA Daerah & Seluruh Warga Kerja Pejabat RELA Daerah Semporna










Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨Daripada kami warga Pejabat RELA Daerah Semporna, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Ray...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Daripada kami warga Pejabat RELA Daerah Semporna, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Di sebalik kemeriahan sambutan, kami terus komited menjalankan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan bersama. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Ikhlas daripada,
Pegawai RELA Daerah dan Seluruh Warga Kerja Pejabat RELA Daerah Semporna🌿

06 Mac 2026 | Jumaat SEMPORNADalam suasana bulan Ramadan, komitmen tetap diutamakan. Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysi...
06/03/2026

06 Mac 2026 | Jumaat

SEMPORNA

Dalam suasana bulan Ramadan, komitmen tetap diutamakan. Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Semporna telah membantu mengawal keadaan serta memastikan keselamatan orang awam semasa kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Air, Semporna.

Dari petang hingga ke malam, anggota RELA terus bertugas di lokasi bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal dan urusan berjalan dengan lancar.

Dedikasi dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan amat dihargai. Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan demi masyarakat.

Sekian










19/02/2026
πŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan RamadanRamadan hadir lagi membawa peluang untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan kebaika...
18/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Ramadan hadir lagi membawa peluang untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan kebaikan dan menghargai setiap nikmat yang ada.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang menunaikan. Semoga bulan ini dipenuhi ketenangan, kesabaran dan keberkatan.

Ikhlas Daripada
Pegawai RELA Daerah & Seluruh Warga Kerja RELA Daerah Semporna

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, keseja...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup serta kemakmuran yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga tercinta. Diharapkan juga agar perayaan ini menjadi medan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat perpaduan serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Semoga setiap usaha yang dirancang pada tahun ini dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Gong Xi Fa Cai. 🧧

Ikhlas daripada
Pegawai RELA Daerah dan seluruh Warga Kerja RELA Daerah Semporna.

πŸŽ„βœ¨ Selamat Hari Natal! βœ¨πŸŽ„Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua...
24/12/2025

πŸŽ„βœ¨ Selamat Hari Natal! βœ¨πŸŽ„

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada anda semua.

Mari kita raikan semangat kasih sayang, perpaduan, dan harapan baru. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan, dan berharap kita dapat terus berkerjasama dengan anda pada tahun yang akan datang!

Ikhlas daripada
Pegawai RELA Daerah dan seluruh warga kerja Pejabat RELA Daerah Semporna

Address

Semporna
91308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601131608346

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Semporna:

Share