16/05/2026
16 – 17 Mei 2026| SICC Kota Kinabalu, Sabah
PROGRAM INSPIRASI BELI BARANGAN MALAYSIA 2026
Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia bakal menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, usahawan tempatan serta pemimpin masyarakat dalam usaha memperkukuhkan sokongan terhadap produk dan barangan keluaran tempatan.
Pelbagai pengisian menarik telah disusun termasuk sesi perkongsian bersama tokoh usahawan Sabah, peluang pembiayaan perniagaan, pemasaran digital, serta forum pembangunan usahawan yang mampu memberi inspirasi dan manfaat kepada para peserta khususnya golongan belia dan usahawan tempatan.
Majlis ini turut akan diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kenamaan antaranya YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN serta YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bagi merasmikan program tersebut.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengunjungi reruai pameran, sesi jualan dan pemasaran barangan buatan Malaysia yang berlangsung sepanjang program.
Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam memperkasakan ekonomi tempatan, menyokong usahawan Sabah dan membudayakan semangat cinta akan produk buatan Malaysia. 🇲🇾✨