Balai Polis Pulau Mabul , Semporna - Esszone

Balai Polis Pulau Mabul , Semporna - Esszone Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Pulau Mabul , Semporna - Esszone, Government Organization, Semporna.

23/08/2015

PDRM PASANG SISTEM SOLAR HIBRID DI BALAI POLIS PULAU MABUL

Semporna, 23 Ogos - Dalam usaha merealisasikan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasang sistem solar hibrid di Balai Polis Pulau Mabul yang dijangka mula beroperasi hujung bulan depan.
Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata pemasangan sistem solar hibrid itu adalah yang pertama dan merupakan satu lagi inisiatif hijau PDRM bertujuan mengurangkan kos bahan api serta pelepasan gas karbon dioksida, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik.
"Pemasangan solar hibrid yang mempunyai komponen iaitu jana kuasa, solar panel dan bateri itu mula dilaksanakan pada 23 Ogos lepas dan projek itu dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) dan PDRM.
"Balai Polis Pulau Mabul dipilih untuk pemasangan sistem solar kerana tiada bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada jana kuasa yang menggunakan diesel yang menggunakan kos yang tinggi termasuk kos penghantaran," katanya kepada Bernama selepas melawat sistem solar berkenaan, dekat sini hari ini.
Beliau berkata dengan adanya sistem solar hibrid, dijangka kos bahan api dapat dikurangkan kepada RM172,000 setahun berbanding sebelum ini yang memakan kos sehingga RM700,000 setahun.
Dato' Zulkifli berkata kajian pemasangan sistem solar hibrid itu telah dibuat oleh Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi (TECHAD) PDRM, START dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan TM.
"Sekiranya ia (sistem solar hibird) berkesan dan memberi pulangan signifikan dari segi penjimatan kos bahan api dan pengeluaran karbon dioksida, projek seperti ini akan diperluaskan ke balai dan pos kawalan yang terletak di kawasan pulau dan pedalaman yang tidak mempunyai bekalan elektrik," katanya.
Sementara itu, Dato' Zulkifli berkata bagi mempertingkat kemudahan kepada anggota polis yang bertugas di kawasan pulau, kerajaan bersetuju mewujudkan kontrak baharu bagi pembekalan air bersih.
"Kami faham isu air bersih ini merupakan satu masalah utama yang dihadapi anggota polis yang bertugas di kawasan pulau-pulau dan kami berharap selepas ini masalah itu dapat diatasi," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kediaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang terjejas akibat gempa bumi pada 5 Jun lepas masih selamat digunakan dan tidak perlu dirobohkan.
"Kami telah menjalankan pemeriksaan secara terperinci dan mendapati kediaman itu masih selamat digunakan dan hanya perlu dibaik pulih bagi mengukuhkan semula bangunan berkenaan," katanya. - BERNAMA

Sempena lawatan kerja ke BALAI POLIS PULAU MABUL SEMPORNA SABAH.Timb. PENGARAH PENGURUSAN (PERKHIDMATAN/PERJAWATAN) BUKI...
21/08/2015

Sempena lawatan kerja ke BALAI POLIS PULAU MABUL SEMPORNA SABAH.

Timb. PENGARAH PENGURUSAN (PERKHIDMATAN/PERJAWATAN) BUKIT AMAN
-YDH. DCP DATO' ASRI BIN YUSOFF

KOMANDER EASTERN COMMAND (ESSCOM)
-YDH. DCP DATO' ABDUL RASHID BIN HARUN

Timb. PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI, JPA
-TUAN HJ MAKHZAN MAHYUDDIN

Turut serta
OCPD IPD SEMPORNA
-SUPT PETER AK UMBUAS
OCS BALAI MABUL
-ASP MURI BIN GANDOT

19/06/2015

Address

Semporna

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Pulau Mabul , Semporna - Esszone posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share