Batalion 22 Pasukan Gerakan Am KUNAK

Batalion 22 Pasukan Gerakan Am KUNAK BN 22 PGA KUNAK

25/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H/2026MSeluruh warga Pasukan Gerakan AM Batalion 22 Kunak mengucapkan Selamat Menya...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Seluruh warga Pasukan Gerakan AM Batalion 22 Kunak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Semoga semangat Maulidur Rasul SAW terus menyemarakkan nilai murni, keharmonian dan semangat setiakawan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
'MADANI Dihayati, Ummah Diberkati'

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—žBatalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak telah melaksanak...
24/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak telah melaksanakan Program Kibarkan Jalur Gemilang di Daerah Semporna dan Daerah Kunak sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan warga pasukan dan masyarakat setempat.

Program kibarkan Jalur Gemilang dijalankan secara serentak di kedua-dua daerah, Program tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekan tidak lama lagi.

Program di Daerah Kunak, turut mendapat kerjasama daripada JSPT IPD Kunak bagi memastikan kelancaran proses pengagihan Jalur Gemilang kepada masyarakat.

Program ini telah berlangsung dengan lancar, diharapkan semangat cinta akan negara, perpaduan dan patriotisme terus subur dalam kalangan masyarakat, selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2026 *"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"*

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—จ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—›๐—ข๐—กPada 23 Ogos 2026, telah berlangsung Tawau Marathon 2026 bertempat di Tawau Sports...
23/08/2026

๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—จ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—›๐—ข๐—ก

Pada 23 Ogos 2026, telah berlangsung Tawau Marathon 2026 bertempat di Tawau Sports Complex, Tawau, Sabah. Program ini merupakan sebahagian daripada Sabah Marathon Series yang menghimpunkan para peserta dari seluruh daerah bagi menyemarakkan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat, seramai 36 orang terdiri daripada pegawai dan anggota batalion 22 PGA Kunak telah menyertai larian tersebut.

Tawau Marathon 2026 menawarkan empat kategori larian iaitu 42KM Full Marathon, 21KM Half Marathon, 10KM Sprint dan 5KM Fun Run. Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menggalakkan kecergasan fizikal, semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.

Turut hadir YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA, Supt Norman Chendan Anak Philip Picha Rumpang, Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak dan DSP Tobias Anthony Banding, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak.

Secara keseluruhannya, penganjuran Tawau Marathon 2026 berlangsung dengan baik dan meriah serta mencerminkan komitmen dalam menyokong usaha memupuk budaya hidup sihat, kecergasan fizikal dan semangat kesukanan dalam kalangan warga pasukan serta masyarakat setempat.

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





21/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

21 Ogos 2026 - Ikuti sedutan rakaman Perhimpunan Bulanan Pegawai Pemerintah peringkat Batalion 22 PGA Kunak.

Juruvideo : KONS MUHAMMAD NAIF NASRULLAH BIN MOHD NIZAM

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—žSEMPORNA - 21 Ogos Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuna...
21/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

SEMPORNA - 21 Ogos Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2026 bertempat di Dewan Serbaguna IPD Semporna.

Perhimpunan bulanan telah disempurnakan oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak, Supt Norman Chendan Anak Philip Picha Rumpang.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta lafaz Ikrar Rukun Negara. Aturcara diteruskan dengan penyampaian amanat Pegawai Pemerintah antara intipati amanat menekankan peranan PGA sebagai tunjang dan benteng utama dalam menjaga keselamatan sempadan negara serta membanteras jenayah rentas sempadan, Warga pasukan juga turut diingatkan agar menghayati falsafah โ€œIntegrity in Service, Professional in Operationโ€ (ISPO) diterjemahkan dalam setiap tindakan, keputusan dan penugasan, serta menekankan peraturan 3C kepada semua pegawai kanan dan penyelia.

Dalam majlis tersebut juga Pegawai Pemerintah turut merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta penyematan lencana hakiki pangkat PRP.

Turut hadir Penolong Pegawai Pemerintah, P/DSP Tobias Anthony Banding, Kompeni Komander Kompeni C, ASP Puntah bin Naduha dan Pemg. Kompeni Komander Kompeni A ASP Leonard Lawrance Abbie.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat.

JURUGAMBAR : SJN RAZALI BIN HJ. ATIN

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐——๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ  ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—•๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—žBatalion 22 PGA Kunak ...
20/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐——๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—•๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

Batalion 22 PGA Kunak telah melaksanakan Majlis Perasmian Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian Peralatan Perhubungan Komunikasi PDRM pada 20 Ogos 2026 bertempat di Rumah Kelab Batalion 22 PGA.

Majlis disempurnakan oleh YDH Supt. Norman Chendan Anak Philip Picha Rumpang, Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA, kehadiran seramai 44 orang terdiri daripada 16 orang PKP dan 28 orang PRP.

Aturcara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Kanan Polis serta peserta LDP, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Sang Saka Biru, bacaan doa serta ucapan Perasmian/Penutupan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta LDP dan Anugerah Khas kepada peserta terbaik sebagai penghargaan atas komitmen serta pencapaian sepanjang mengikuti latihan.

Pelaksanaan LDP ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan warga Batalion 22 PGA Kunak dalam pengendalian peralatan perhubungan komunikasi, selaras dengan keperluan tugas dan kesiapsiagaan pasukan,
Majlis diakhiri dengan lagu Sedia Berkhidmat,

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—žPada 20 Ogos 2026 (Khamis), telah diadakan Lawat...
20/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

Pada 20 Ogos 2026 (Khamis), telah diadakan Lawatan Ziarah Kebajikan ke Hospital Kunak bagi menziarahi anggota Batalion 22 PGA Kunak iaitu Sjn Hj Zainal Bin Hj Aisin, 55 tahun, yang sedang mendapatkan rawatan disyaki akibat serangan jantung.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Pemerintah BN 22 bersama rombongan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion 22 PGA Kunak. Lawatan ini bertujuan untuk menyampaikan kata-kata semangat, sokongan moral serta menunjukkan keprihatinan pihak batalion terhadap kebajikan anggota yang sedang menerima rawatan.

Seluruh Warga Batalion 22 PGA Kunak mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta kembali sihat seperti sediakala. Lawatan sebegini mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan warga Batalion 22 PGA Kunak dalam memastikan kebajikan setiap anggota sentiasa diberi perhatian.

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐— ๐˜† ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ (๐— ๐˜†๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐——๐—œ๐—ง (๐—”๐—ž๐—ฃ๐—ž) ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ...
19/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐— ๐˜† ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ (๐— ๐˜†๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐——๐—œ๐—ง (๐—”๐—ž๐—ฃ๐—ž) ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š, ๐—•๐—”๐—ž๐—” ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—š๐—”

Unit Kaunseling, BAKA Briged Sabah PGA dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Sabah serta Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menganjurkan Program Ceramah My Psikologi Spiritual (MyPS) Kewangan Siri 6/2026 pada 19 Ogos 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga Batalion 22 PGA Kunak berkaitan pengurusan kewangan secara berhemah, termasuk pengurusan pendapatan dan perbelanjaan, perancangan kewangan, pengurusan hutang serta komitmen kewangan secara bijaksana.

Sesi ceramah turut memberikan pendedahan mengenai kepentingan merancang kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang serta membentuk tabiat kewangan yang sihat. Para peserta juga berpeluang mendapatkan penerangan dan khidmat nasihat berkaitan permasalahan kewangan daripada pihak AKPK dan BSN.

Program yang berlangsung dengan lancar ini mendapat sambutan yang baik daripada warga pasukan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil AKPK dan BSN sebagai tanda penghargaan atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang diberikan.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pasukan dalam mengurus kewangan dengan lebih teratur, mengawal komitmen dan hutang secara bijaksana serta menjamin kesejahteraan diri dan keluarga.

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—žBatalion 22 PGA Kunak tel...
19/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž

Batalion 22 PGA Kunak telah menerima kunjungan delegasi Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri bagi melaksanakan Sesi Libat Urus dan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di Pos Platun Tak Pulau Mataking dan Pos Komtak Pulau Mabul pada 18 Ogos 2026.

Sesi ini turut melibatkan pemeriksaan fizikal aset kerajaan berdasarkan rekod yang disediakan serta sesi libat urus bersama pegawai dan anggota yang bertugas di pos barisan hadapan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan, penyelenggaraan dan penggunaan aset kerajaan dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Dalam sesi tersebut, delegasi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan sesi libat urus dan pemeriksaan aset.

Secara keseluruhannya, sesi libat urus dan pemeriksaan telah berlangsung dengan lancar, Batalion 22 PGA Kunak merakamkan penghargaan kepada delegasi Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri atas kunjungan, kerjasama dan pandangan yang diberikan.

๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—˜๐——โ€ข๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—Ÿ๐—˜โ€ข๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”





Address

IBU PEJABAT BATALION 22 PGA PASUKAN GERAKAN AM (PGA)
Semporna
91308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 22 Pasukan Gerakan Am KUNAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share