28/08/2026
ποΈ 28 Ogos 2026 (Jumaat)
LAWATAN KERJA SUHAKAM KE KAMPUNG BANGAU-BANGAU & KAMPUNG HALO, SEMPORNA
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.65 Senallang, Tuan Roslan bin Mohd Padlan, turut turun padang bersama rombongan sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) ke Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Halo, Semporna.
Lawatan turut disertai YB Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau; YB Tuan Haji Jamil Bin Datuk Haji Hamzah, ADUN Bugaya (Warisan); YB Mohd Sany bin Hamza, Ahli Parlimen Hulu Langat, Selangor; YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis@Fakharudy, Ahli Parlimen Kota Belud; YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim, Ahli Parlimen Arau, Perlis; Datuk Sharifah Sitti Saleha binti Habib Yussof, Pengarah Jabatan imigresen Malaysia ( Sabah); serta Pegawai Daerah Semporna, Tuan Mas Syazwan bin Datuk Hj Masood bersama rombongan, selain wakil agensi-agensi berkaitan.
Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan setempat, mendapatkan maklumat serta mendengar pandangan dan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat di kedua-dua kampung berkenaan.
UPPM N.65 Senallang | Sentiasa Bersama Masyarakat π€