SMK Senawang (SEMSE)

SMK Senawang (SEMSE) Untuk bekas pelajar dan guru SMK Senawang ( SeMSe ) dan yang masih bergelar pelajar,guru dan kakitangan SMK Senawang ( SeMSe ) sebagai Ahli Bersekutu.

Lihat lagi galeri di https://www.facebook.com/lensasemsePAGE/ MOTO : Beragama Berilmu Beramal

SEJARAH :

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ( SMKS ) telah bertapak selama 20 tahun dan terletak di tengah kawasan taman perumahan dan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Senawang yang terletak hampir dua kilometer dari kawasan sekolah . SMKS juga boleh dikategorikan sebagai

sekolah dalam bandar kerana jarak di antara SMKS dengan Bandar Seremban hanya lebih kurang 12 kilometer . Pada tahun 1989 , SMKS merupakan salah satu daripada tiga sekolah yang baru diwujudkan . Antara sekolah baru yang ada pada masa itu ialah SMK Senawang , SMK Mambau dan SMK Tampin . SMKS telah dibuka pada 1 Januari 1989 dengan jumlah pelajar hanya seramai 122 orang dan hanya mempunyai tiga buah kelas tingkatan satu dan satu kelas peralihan . Antara pelajar yang menuntut di SMKS pada waktu itu datang daripada sekolah - sekolah yang berhampiran iaitu SRK Senawang ( SRKS ) , SRJK(T) Lorong Jawa dan SRJK(C) Rahang . SMKS pada mulanya ditumpangkan di SRKS pada sesi petang kerana bangunan SMKS sedang dalam pembinaan . Pada bulan Julai 1990 , SMKS telah siap sepenuhnya selepas kira - kira tujuh bulan menumpang di SRKS . Pada waktu itu , hanya terdapat dua buah bangunan tiga tingkat iaitu Blok A dan Blok B . Pada tahun 1993 , sebanyak tiga lagi blok bangunan telah didirikan . Bangunan tambahan ini sangat diperlukan apabila bilangan pelajar yang mendaftar masuk semakin ramai . Antara blok - blok tambahan yang dibina termasuklah satu Blok Kemahiran Hidup ( dua tingkat ) , dua blok bangunan bilik darjah ( dua tingkat ) , tiga makmal sains tulen serta 1 blok Sains Pertanian . Pada tahun 1996 , sebuah surau yang dinamakan Surau Al - Hannan telah didirikan atas usaha PIBG . Pertambahan bilangan pelajar berlaku dan menyebabkan sesi petang terpaksa dibuka . Sebuah bilik darjah di tingkat dua Blok A diubahsuai menjadi Bilik Komputer ( KDP ) , manakala sebuah bilik darjah di tingkat dua Blok C diubahsuai menjadi Bilik Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta . Pada tahun 1997 , bangunan kantin diluaskan . 2 bangunan telah didirikan iaitu Balai Ilmu ( Bilik Muzik ) dan Balai Gadang ( Bilik Sukan ) , manakala sebuah kelas di tingkat bawah Blok A diubahsuai menjadi Bilik Gerakan . Pada tahun 1998 , SMS telah dinaikkan gred dan menjadi sekolah gred A , manakala jawatan GPK 1 , GPK HEM , Penyelia Petang dan 4 Ketua Bidang diwujudkan . SMS bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang . Bilik guru terpaksa dibesarkan dan tiada lagi bilik darjah di tingkat 1 Blok A . Surau Al - Hannan diluaskan pada tahun 2000 . Pada tahun 2002 , Bilik Guru dipindahkan ke tingkat dua Blok B ( mengambil ruang 4 kelas ) manakala Bilik Guru lama dijadikan Bilik Gerakan baru . Sebuah kelas di tingkat satu Blok E diubahsuai menjadi dewan . Pada tahun 2003 , sebuah kelas di tingkat satu Blok D diubahsuai menjadi Bilik BOSS / SPBT , manakala Bilik Ketua Bidang telah dinaiktaraf bersebelahan Bilik Guru . Pada tahun 2004 , sebuah kelas di tingkat 2 Blok B diubahsuai menjadi Bilik UPP baru bersebelahan Bilik Ketua Bidang , manakala Bilik UPP lama dijadikan Bilik Bahan Bantuan Mengajar . Kamar Jauhari telah diubahsuai menjadi Bilik Info . SMKS telah berjaya mencatat sejarah apabila menjadi sekolah harian pertama yang mengadakan Majlis Jalinan Kasih dan sehingga kini majlis seperti itu masih dijalankan bagi meraikan kesemua pelajar yang menuntut di SMKS . Akibat desakan teknologi semasa , SMKS telah berjaya mendirikan sebuah makmal ICT ( 2 tingkat ) . Bangunan ini mula beroperasi pada tahun yang sama dan telah dirasmikan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan . Pada tahun 2006 , SMKS telah membina satu laluan gajah menyusur untuk memudahkan para pelajar masuk ke dalam kawasan sekolah . Pada tahun 2007 , Bilik SAL telah dirasmikan dan menerima TV Plasma daripada Syarikat Samsung Senawang . Pada pertengahan tahun 2007 , pembinaan dewan telah dimulakan . Dan kini , SMKS telah mempunyai sebuah dewan kebanggan warga SEMSE yang diberi nama Dewan Seri Delima . Pada tahun 2008 , dua kawasan tempat letak kereta pengurusan telah dipindahkan bersebelahan kantin , manakala kantin sekolah telah dinaiktaraf dengan semua lantai dan dinding berjubin . Sebuah bengkel MPV telah dibina untuk menawarkan lebih peluang kepada pelajar menerusi mata pelajaran Seni Reka Tanda . Dan sehingga kini , SMKS berdiri megah dengan nama SeMSe ataupun akronim keduanya - Semangat Membara Sentiasa Efisien, juga segala kemudahan dan kecemerlangan dari segi kurikulum dan kokurikulum atas kepimpinan Pengetua Cemerlang dan komitmen para guru , ibu bapa pelajar dan juga komuniti setempat . KELAS : UIAM, UM, USIM, UKM, USM, UPM, UiTM, UTM, UUM, UMS

LAGU SEKOLAH :

Beragama berilmu dan beramal , cogan kata yang mulia ,
Sekolah Menengah Senawang , kebanggaan semua . Kami pelajar tinggi cita - cita , berikrar maju dan jaya ,
Hormati guru ibu bapa , junjung rukun negara . Bendera hijau berkibar , megah di angkasa ,
Sekolah Menengah Senawang , maju dan jaya . Kami berikrar akan maju jaya , berakhlak murni dan mulia ,
Menjunjung cita - cita bangsa , agama dan negara . mylink.la/semseonline

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN SMK SENAWANG TAHUN 2026🇲🇾“Segaung suara, sejiwa bangsa. Semangat merdeka, menyala...
19/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN SMK SENAWANG TAHUN 2026🇲🇾

“Segaung suara, sejiwa bangsa.
Semangat merdeka, menyala di dada!” 🔥

Alhamdulillah, hari ini tanggal 19 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Senawang dengan penuh gilang-gemilang dan semangat patriotisme yang membara!

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Hamzah, pengetua SMK Senawang dengan simbolik gimik peluncuran yang amat memukau.

Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk memupuk rasa cinta akan tanah air dalam kalangan murid-murid.

Ayuh warga SMK Senawang, mari kita bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan hari ini! 🇲🇾✨






https://online.anyflip.com/khbli/caac/mobile/index.html?1787097750087

🔥 DI SINI LAHIRNYA PEMIMPIN MASA DEPAN! 🔥🏕 PERKHEMAHAN PERDANA dan KURSUS KEPIMPINAN BADAN BERUNIFORM SEMSE 2026.🏕📆Tarik...
19/08/2026

🔥 DI SINI LAHIRNYA PEMIMPIN MASA DEPAN! 🔥

🏕 PERKHEMAHAN PERDANA dan KURSUS KEPIMPINAN BADAN BERUNIFORM SEMSE 2026.🏕

📆Tarikh: 14 & 15 Ogos 2026
📆Hari: Sabtu & Ahad
📍Kem Permata Resort, Melaka.

Lensa kamera SEMSE hari ini merakamkan kehangatan dan semangat membara para peserta Kem Perkhemahan Perdana Sekolah! 🏕️💪

Lihatlah wajah-wajah ceria dan penuh tekad anak-anak kita seramai 40orang. Walaupun penat meredah hutan dan belajar ilmu ikhtiar hidup, semangat mereka langsung tidak luntur!

Di sinilah tempatnya mereka belajar erti disiplin, kepimpinan, dan ketiadaan jurang perbezaan bila bekerjasama dalam kumpulan.

Ayuh anak-anak SEMSE! Bakal pemimpin masa hadapan. Jadikan setiap titisan peluh hari ini sebagai bekalan kekuatan untuk masa depan anda.

“Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau;
setinggi-tinggi ilmu di dada,
tanpa disiplin dan jati diri tiada gunanya.”

Teruskan momentum hebat ini!

🏆 [2026]


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLING SEMSE 2026 DIATAS PENCAPAIAN MSSD 2026!! 💐💐💐Keputusan MSSD Ten Pin Boling Seremb...
14/08/2026

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLING SEMSE 2026 DIATAS PENCAPAIAN MSSD 2026!! 💐💐

💐Keputusan MSSD Ten Pin Boling Seremban 2 :

P15:
NUR QASEH - No 15
ALEESYA IRDINNA - No 11
PUTERI AUNI KHALISHA - No 17
QASEH ARIANA - No 19

🎳BERKUMPULAN PEREMPUAN
SMK SENAWANF team A - No 5

L15:
MUHAMMAD AZIEQ HAKIMI - No 14
SHAFEEQ RIZQI - No 16
NADEEM ADRIAN - No 19

🎳BERKUMPULAN LELAKI
SMK SENAWANG team A - No 5

💐Keputusan Ten Pin Boling MSSD S2 Bawah 18:

L18
Individu
Muhd. Khilfi - No 10
Muhd Najmee - No 19

🎳BERKUMPULAN LELAKI
SMK SENAWANG Team A - No 4

P18
Individu
Nur Ameliena - No 6
Nuur Reisya - No 8
Nur Qalesya - No 11
Cempaka - No 20

🎳🎳Regu
🥈 Naib Johan- Nur Ameliena n Nuur Reisya

🎳BERKUMPULAN PEREMPUAN
SMK SENAWANG Team A - 🥉 No 3

12/08/2026
12/08/2026

Tahniah SMK Senawang diatas pencapaian cemerlang dalam SPM pada tahun 2025.

🌱 GALERI SAINS: DARIPADA RUANG PAMERAN KEPADA RUANG PEMBELAJARAN AKTIF & LESTARI 🌱Tahukah anda? Galeri Sains bukan sekad...
10/08/2026

🌱 GALERI SAINS: DARIPADA RUANG PAMERAN KEPADA RUANG PEMBELAJARAN AKTIF & LESTARI 🌱

Tahukah anda? Galeri Sains bukan sekadar ruang untuk mempamerkan bahan-bahan sains, tetapi boleh menjadi “Makmal Aktif Lestari” yang menghidupkan pembelajaran melalui pengalaman sebenar dan aktiviti interaktif murid.

✨ Melalui Galeri Sains, murid berpeluang untuk: 🔹 meneroka fenomena sains secara hands-on
🔹 menjalankan eksperimen dan projek inovasi
🔹 mengaplikasikan konsep kelestarian dalam kehidupan seharian
🔹 menghasilkan produk daripada bahan kitar semula
🔹 mempamerkan hasil projek dan inovasi
🔹 menjadi agen perubahan dalam membudayakan amalan lestari

🌏 Antara ruang/aktiviti yang boleh diketengahkan:

🌿 Sudut Tenaga Hijau
💧 Sudut Air & Kelestarian
♻️ Sudut Kitar Semula & Upcycling
🌱 Mini Ekosistem / Kebun Sains
🔬 Stesen Eksperimen Interaktif
💡 Sudut Inovasi Murid
📊 Pameran projek STEM dan penyelesaian masalah sebenar

Yang penting, Galeri Sains bukan hanya untuk dilihat tetapi untuk DITEROKA, DIUJI, DICIPTA dan DIKONGSI.

Inilah transformasi yang ingin dibawa — daripada ruang pameran kepada ruang pembelajaran yang hidup, daripada murid sebagai pemerhati kepada murid sebagai pencipta dan agen perubahan. 🌍✨
🏆 Galeri Sains | Makmal Aktif Lestari

“Explore • Experiment • Innovate • Sustain”









06/08/2026
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.Kami warga SMK Senawang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & mengalu-alukan ke...
21/07/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Kami warga SMK Senawang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & mengalu-alukan kehadiran Encik Mohd Affandi bin Abu diatas kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baru.

Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, dedikasi dan amanah.


Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2026 kepada semua calon Tingkatan 5 SMK SenawangUJIAN TILAWAH HAFAZAN & HADIS (UTQH) S...
20/07/2026

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2026 kepada semua calon Tingkatan 5 SMK Senawang

UJIAN TILAWAH HAFAZAN & HADIS (UTQH) SPM 2026

17/07/2026

Address

Taman Marida
Senawang
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Senawang (SEMSE) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category