Pemuda PAS Negeri Sembilan

Pemuda PAS Negeri Sembilan Page ini dikendalikan untuk Dewan Pemuda PAS Negeri, Negeri Sembilan.

NAKBA 1948 : PEMBERSIHAN ETNIK PALESTINDefinisi Nakba : Nakba bererti 'malapetaka' dalam bahasa Arab.Kekejaman Penjajah ...
14/05/2026

NAKBA 1948 : PEMBERSIHAN ETNIK PALESTIN

Definisi Nakba : Nakba bererti 'malapetaka' dalam bahasa Arab.

Kekejaman Penjajah : Hari ini merupakan hari di mana rakyat Palestin diusir beramai-ramai secara ganas dan kejam oleh pengganas dan penjajah Zionis.

Garis Masa : Nakba bukan bermula pada 15 Mei 1948, sebaliknya tanggal tersebut sekadar tarikh kemuncak kepada sebuah proses panjang yang berakhir dengan pengisytiharan sebuah negara haram Israel.

Perampasan Tanah : Penjajah Zionis Israel mengusir sekurang-kurangnya 750,000 rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka dengan merampas 78% tanah di Palestin.

Baki Wilayah : Baki 22% tanah itu dibahagikan kepada kawasan yang kini diduduki di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang terkepung.

Mangsa : 750,000 rakyat Palestin menjadi mangsa pelarian.

Jarak antara Malaysia ke Palestin adalah 7570 kilometer. Walaupun jauh beribu batu, namun hubungan hati terus erat dan saling mendoakan agar satu masa nanti bumi Anbiya’ itu akan bebas merdeka.

“Tanah Kita, Tanah Umat Islam”


BELIA : TERUS MEMIMPINقَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّه...
14/05/2026

BELIA : TERUS MEMIMPIN

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه.
(صحيح البخاري)

Salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya ialah pemuda yang membesar dan menghidupkan usia mudanya dengan sujud, ibadah dan ketaatan kepada Allah. Saat ramai hanyut mengejar dunia, dia memilih untuk dekat dengan Tuhan, lalu Allah memuliakannya di hari yang paling dahsyat.

SELAMAT HARI BELIA 2026

Mari kita teladani semangat Saidina Mus’ab bin Umair dalam berdakwah, keberanian Saidina Ali bin Abi Talib dalam berkorban, dan kepimpinan Saidina Usamah bin Zaid dalam memikul amanah.

Jadilah pemuda yang bukan sahaja hebat di mata dunia, tetapi juga dicintai oleh penduduk langit. Masa muda hanya sekali, ukirlah sejarah yang bererti.

“PEMUDA TERUS MEMIMPIN”


Beliau sahabat paling akrab Rasulullah SAW,Setia saat manusia lain ragu,Menemani di waktu tenang,Mempertahan di saat get...
12/05/2026

Beliau sahabat paling akrab Rasulullah SAW,
Setia saat manusia lain ragu,
Menemani di waktu tenang,
Mempertahan di saat getir.

Beliau bersama Baginda di dunia,
Berjuang bersama dalam dakwah dan derita,
Di sisi maqam Rasulullah SAW,
Beliau terus berjiran penuh mulia,
Dan dengan izin Allah, kelak kembali bersama kekasih tercinta di syurga.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq bukan sekadar nama dalam sejarah,
Tetapi cinta umat yang hidup dalam jiwa,
Bila beliau dihina… hati kami turut terluka,
Bila beliau dicintai… jiwa kami turut bahagia.


Bila adab mula dipijak,kami bangkit tanpa banyak cakap.Bila institusi Raja cuba diperlekeh,kami pilih untuk berdiri buka...
12/05/2026

Bila adab mula dipijak,
kami bangkit tanpa banyak cakap.

Bila institusi Raja cuba diperlekeh,
kami pilih untuk berdiri bukan menoleh.

Ini bukan soal politik semata,
ini soal maruah, daulat dan negara.

“Daulat Tuanku”

12/05/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang didakwa mengeluarkan kenyataan serta tindakan bersifat biadab dan penderhakaan terhadap titah serta institusi DYMM Sultan Selangor.

Laporan polis ini dibuat sebagai tanda pendirian tegas bahawa institusi Raja-Raja Melayu wajib dihormati dan dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang cubaan mencetuskan penghinaan, provokasi atau mempertikaikan kedaulatan institusi diraja tidak boleh dipandang ringan.

Kami menyeru seluruh rakyat agar terus memelihara adab, menghormati institusi Raja serta mengutamakan keharmonian negara. Dalam masa sama, pihak berkuasa diharap dapat menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

“Daulat Tuanku”

JABATAN PENERANGAN
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN

🌷SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA🌷Saat insan lain lena berehat, kalian tetap setia berjaga.Mengubat dengan tangan, menenan...
12/05/2026

🌷SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA🌷

Saat insan lain lena berehat, kalian tetap setia berjaga.
Mengubat dengan tangan, menenangkan dengan kata-kata, dan merawat dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih buat seluruh jururawat yang menjadi wira di sebalik putihnya uniform. Tabah menghadapi penat, cekal melawan lelah, demi menyelamatkan nyawa dan memberi harapan.

Semoga setiap pengorbanan kalian dihitung sebagai amal yang mulia dan dikurniakan kekuatan, kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan.



LAPORAN POLIS TERHADAP PENDERHAKAAN TITAH DYMM SULTAN SELANGOR Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan laporan polis besar...
11/05/2026

LAPORAN POLIS TERHADAP PENDERHAKAAN TITAH DYMM SULTAN SELANGOR

Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan laporan polis besar-besaran atas penderhakaan terhadap Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai isu penternakan ladang babi di negeri ini.

Ironinya meskipun telah ditegaskan beberapa kali melalui Titah Baginda Sultan Selangor, pemimpin DAP khususnya dan Kerajaan Madani umumnya terus tekal mempertahankan cadangan pembinaan penternakan ladang babi tersebut. Mengapa begitu sukar untuk mereka memahami apa yang telah disampaikan oleh Tuanku Sultan?

Cukuplah! Masa yang diberi untuk permohonan maaf sudah berakhir. Kami akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Menteri Komuniskasi termasuklah ADUN Seri Kembangan di atas penderhakaan mereka terhadap titah DYMM Sultan Selangor.

Pemuda PAS Malaysia tidak akan sesekali berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat, memperlekeh atau mencemarkan kemuliaan institusi Diraja demi kepentingan politik sempit.

Nadzir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

🌸 SELAMAT HARI IBU 2026 🌸“Kasih ibu membawa ke syurga,pengorbanannya tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata.”Bua...
10/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 2026 🌸

“Kasih ibu membawa ke syurga,
pengorbanannya tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata.”

Buat seluruh insan bergelar ibu,
terima kasih atas setiap doa yang tidak pernah putus,
setiap pengorbanan yang tidak pernah mengeluh,
dan setiap kasih sayang yang membesarkan anak-anak dengan penuh cinta dan iman.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ganjaran syurga buat semua ibu.

💐 Selamat Hari Ibu 💐

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

Kami juga tidak akan berganjak untuk pertahankan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor! Kalau mahu lihat kebangkitan anak mu...
08/05/2026

Kami juga tidak akan berganjak untuk pertahankan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor!

Kalau mahu lihat kebangkitan anak muda pertahankan titah Tuanku, silakan!

Orang yang derhaka kepada titah Tuanku tidak wajar dibiarkan terus berkuasa!

Dengan ini, Pemuda PAS akan buat laporan Polis di seluruh negara!!!

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA7 MEI 2026 | 19 ZULKAEDAH 1447HMINTA MAAF SEGERA ATAU BERSEDIA DENGAN LAPORAN P...
08/05/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

7 MEI 2026 | 19 ZULKAEDAH 1447H

MINTA MAAF SEGERA ATAU BERSEDIA DENGAN LAPORAN POLIS!

1. Pemuda PAS Malaysia menggesa Kerajaan Madani khususnya YAB Perdana Menteri, Menteri Komunikasi serta ADUN Seri Kembangan daripada DAP supaya memohon maaf secara terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan rakyat Selangor amnya di atas penderhakaan terhadap titah Tuanku Sultan Selangor mengenai isu penternakan babi di negeri tersebut.

2. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menegaskan titah Baginda sebelum ini bahawa tidak wajar lagi timbul sebarang perbincangan atau perbahasan berhubung cadangan pembinaan ladang ternakan babi di negeri Selangor. Namun amat mendukacitakan, apabila ketegasan titah Baginda itu seolah-olah tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Madani yang mentadbir Selangor mahupun Kerajaan Persekutuan.

3. Malah, Pemuda PAS Malaysia juga kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi semalam yang menyatakan bahawa penternakan babi di Selangor dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Mengapa p**a Kerajaan Madani dilihat begitu bersungguh-sungguh mempertahankan pembinaan ladang ternakan babi sedangkan isu pesawah di Kedah sekadar dipandang sepi?

4. Lebih malang lagi, mengapa Kerajaan Madani seolah-olah sengaja menderhaka titah Baginda yang disampaikan dengan jelas, terang dan terbuka. Sepatutnya semua pihak akur dengan pendirian yang disampaikan Baginda, bukannya membuka semula perbincangan sehingga mengenepikan pandangan Baginda dalam isu ini.

5. Oleh yang demikian, Pemuda PAS Malaysia ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Menteri Komunikasi termasuklah ADUN DAP Seri Kembangan tampil memohon maaf kepada DYMM Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor secara terbuka atas kegagalan menghormati ketegasan titah Baginda dalam isu ini.

6. Jika tidak ada permohonan maaf dibuat dalam tempoh 24 jam, Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan laporan polis di seluruh negara berkenaan penderhakaan terhadap institusi diraja.

YB Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

07/05/2026

Pilihan Raya N9?
PN Teraju Nismilan !!
Setuju Tokan 1!

Address

Senawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Negeri Sembilan:

Share