JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN Alamat:KOMPLEKS KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN, 1054A Jalan Sendayan, 71950 Bandar Sri Sendayan,NS

Perkhidmatan pendaftaran dan perbicaraan kes-kes mal dan jenayah di Negeri Sembilan.

02/08/2026
๐—ก๐—”๐—ญ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—–๐—ง ๐—๐—ž๐—ฆ๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆNoor Zalizah binti Zamiyan | 30 Julai 2026  ...
02/08/2026

๐—ก๐—”๐—ญ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—–๐—ง ๐—๐—ž๐—ฆ๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ

Noor Zalizah binti Zamiyan | 30 Julai 2026

SEREMBAN โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah menerima kunjungan pasukan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi pelaksanaan Naziran Keselamatan ICT JKSM Siri 1/2026 yang berlangsung selama dua (2) hari, bermula pada 29 hingga 30 Julai 2026.

Pasukan naziran terdiri daripada Encik Mohd Shahrizad bin Mohamad Salleh, Encik Mohd Khairil Azhan bin Zakaria, Puan Effah binti Abu Bakar dan Puan Nurlida binti Mohd Rani.

Pelaksanaan naziran ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap dasar dan garis panduan keselamatan ICT yang berkuat kuasa, di samping memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat serta pengurusan infrastruktur ICT di JKSNS. Skop naziran meliputi aspek pengurusan rangkaian, aset ICT, sistem aplikasi, pengurusan pengguna, dokumentasi serta pemeriksaan kemudahan bilik server dan infrastruktur ICT yang berkaitan.

Program dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Naziran Keselamatan ICT, diikuti sesi semakan dokumen, pemeriksaan fizikal aset dan kemudahan ICT, temu bual bersama pegawai yang berkaitan serta lawatan ke lokasi-lokasi yang terlibat. Seterusnya, program diakhiri dengan Mesyuarat Penutup Naziran Keselamatan ICT, yang menyaksikan pembentangan dapatan naziran serta cadangan penambahbaikan ke arah memperkukuh lagi pengurusan keselamatan ICT di JKSNS.

JKSNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atas segala panduan, teguran membina serta perkongsian ilmu sepanjang pelaksanaan naziran. Penghargaan turut dirakamkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga JKSNS atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Semoga pelaksanaan naziran ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh keselamatan ICT, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan digital serta memastikan aset dan maklumat jabatan sentiasa berada pada tahap keselamatan yang optimum.


๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—œ๐—ก๐Ÿต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSabarudin bin Bidin | 28 Julai 2026SEREMBAN โ€“ Jabatan Kehaki...
29/07/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—œ๐—ก๐Ÿต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sabarudin bin Bidin | 28 Julai 2026

SEREMBAN โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) melakar pencapaian membanggakan menerusi penyertaan tiga tahun berturut-turut dalam Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9), sebagai kesinambungan kecemerlangan Anugerah Inovasi JKSNS 2025. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 28 Julai 2026 di Karisma 2, Arena Premier Hotel, Seremban.
Ketiga-tiga kumpulan JKSNS telah mempamerkan komitmen yang tinggi.

* The Settler (Unit Sulh) โ€“ Projek: Sulh Unifile Beraksi pada 27 Julai 2026 (5.20 petang โ€“ 6.00 petang). Diketuai oleh Puan Zailifah binti Rusly berserta 6 ahli: Tuan Mohd Rifaudin bin Abd Wahab, YBrs. Dr. Zulzaidi bin Mahmod, Tuan Safaruddin bin Urusli, Puan Siti Zaidah binti Husain, Puan Aqilah Syahirah binti Adam Tan, dan Encik Nur Ekshan bin Abu Kassim.

* Smart Synergy (MRS Tampin) โ€“ Projek: Hakam Pro Beraksi pada 28 Julai 2026 (8.30 pagi โ€“ 9.10 pagi). Diterajui oleh Puan Nurul Akmar binti Mohamad Hilmi bersama 7 ahli: Tuan Ahmad Hambali bin Mohamad Ali, Encik Mohd Jais bin Yaakub, Puan Nor Hafizah binti Baharudin, Puan Suzana binti Md Darus, Puan Siti Nor Sahira binti Ariffin, Puan Zainee binti Mohd Noor, dan Encik Shamsulakmar bin Abd Malek.

* Trans4max (MRS Seremban) โ€“ Projek: Wali-EZ Beraksi pada 28 Julai 2026 (4.40 petang โ€“ 5.20 petang). Diketuai oleh Tuan Khairil Hafiz bin Nazari bersama 8 ahli: YBrs. Dr. Zulzaidi bin Mahmod, Encik Mohamad Suhairi bin Rizan, Puan Nurโ€™Aisyah binti Sharin, Puan Shusilawati binti Shamsudin, Puan Nur Syarabul Asyiqin binti Mohd Diah, Encik Zamrie bin Mohd, dan Encik Taufik bin Basal.

SEKALUNG PENGHARGAAN & HARAPAN

Unit Inovasi JKSNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi, khususnya YAA Dato' Ketua Hakim Syarie JKSNS dan Puan Ketua Pendaftar, atas kepercayaan dan sokongan berterusan. Terima kasih juga dititipkan kepada barisan penyelia dan semua pegawai terlibat yang sentiasa menjadi nadi kekuatan pasukan. Seluruh warga kerja JKSNS mendoakan keputusan terbaik buat pasukan AIN9 jabatan. Semoga beroleh kejayaan!





๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—–๐—›๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSEREMBAN, 25 Julai 2026 โ€“ Jabatan Kehakiman...
26/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—–๐—›๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SEREMBAN, 25 Julai 2026 โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah menyertai Corporate Bowling Challenge Bersama Majikan Tahun 2026 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang berlangsung di Lite Super Bowl, Seremban Prima.

Pasukan Boling JKSNS telah diwakili oleh Puan Zailifah binti Rusly, Puan Azlinna binti Ali, Tuan Hamizan bin Mohd Noor dan Tuan Faathir bin Md Tahir selaku Ketua Pasukan merangkap Pengurus Pasukan.

Dalam pertandingan tersebut, Pasukan Boling JKSNS berjaya memperoleh Tempat Kelima selepas bersaing dengan pasukan-pasukan daripada pelbagai agensi. Sepanjang pertandingan, para pemain telah mempamerkan kerjasama, disiplin, komitmen dan semangat kesukanan yang baik.

Penyertaan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga agensi, memupuk semangat berpasukan serta memperkenalkan JKSNS melalui penglibatan dalam aktiviti sukan yang sihat dan positif.

JKSNS turut merakamkan penghargaan kepada Yang DiPertua (Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSNS) KEJASA, Tuan Azmi bin Aziz, atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli Pasukan Boling JKSNS atas pencapaian yang diperoleh. Semoga pasukan ini terus berusaha dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang dalam pertandingan akan datang.






๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œDr. Zulzaidi Mahmod | 24 Julai ...
26/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ

Dr. Zulzaidi Mahmod | 24 Julai 2026

SEREMBAN โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah menghadiri Penyelarasan Kerja Bilangan 1 Tahun 2026 bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS - Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam) hari ini. Delegasi JKSNS telah diwakili oleh Puan Siti Maszuriyati binti Aziz (Ketua Pendaftar), YBRS. Dr. Zulzaidi bin Mahmod (Pendaftar), Encik Mohd Safuan bin Yaakub (Penolong Pendaftar), serta Encik Hasnizatul Azri bin Zainudin (Penolong Pendaftar).

Sesi penyelarasan kerja yang dipengerusikan oleh Ketua Pendakwa Syarie JPeNS bertujuan untuk memantapkan kerjasama strategik dan penyelarasan tugas antara pihak kehakiman, pendakwaan, serta penguatkuasaan Syariah. Langkah ini penting bagi memastikan pengurusan kes-kes perundangan Islam di Negeri Sembilan dapat dijalankan secara lebih lancar, efisien, dan berkesan.



๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—จ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒFaathir bin Md Tahir | 21 Julai 2026BANDAR SRI SENDAYAN ...
26/07/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—จ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Faathir bin Md Tahir | 21 Julai 2026

BANDAR SRI SENDAYAN - Mesyuarat Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Sembilan Bil. 3 Tahun 2026 telah diadakan pada 21 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS).Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato' Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada YA Tuan Zulfikri bin Yasoa', Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah; Tuan Haji Salehan bin Yatim, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan; Puan Zalina binti Abd. Malek, wakil Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan; Tuan Mohd Abu Hassan bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Peguam Syarie Negeri Sembilan; Tuan Japri Bin Bahari serta Puan Siti Maszuriyati binti Aziz selaku Setiausaha Jawatankuasa.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara utama, antaranya pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2026, maklum balas terhadap tindakan yang telah diputuskan, aduan berkaitan Peguam Syarie, statistik terkini Peguam Syarie Negeri Sembilan serta persediaan pelaksanaan Temuduga Calon Baharu Peguam Syarie Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai 2026. Jawatankuasa turut membincangkan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Peguam Syarie Negeri Sembilan.

Antara keputusan penting yang dipersetujui ialah penyelarasan akhir persiapan temuduga, termasuk aspek panel penemuduga, urusan sekretariat dan kaedah penilaian bagi memastikan proses temuduga dilaksanakan secara teratur, telus dan selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan harapan segala keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuh tadbir urus, integriti dan profesionalisme profesion Peguam Syarie di Negeri Sembilan.



Address

KOMPLEKS KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN, 1054A, Jalan SENDAYAN
Sendayan Village
71950

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share