KEMAS Negeri Sembilan

KEMAS Negeri Sembilan "Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"

09/06/2026
25/05/2026
25/05/2026

JOHOR BAHRU, 24 Mei -Kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melakar pencapaian membanggakan di pentas kulinari antarabangsa apabila 48 daripada 49 pesertanya berjaya membawa pulang pingat pada World Chefs Championship (WCC) 2026 yang melabuhkan tirainya di sini, semalam.RINGKASAN BERITA AI .....

25/05/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐‡๐š๐ซ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ƒ๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š

Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada 49 orang Pemaju Masyarakat Kemahiran bidang Masakan KEMAS yang telah menyertai pertandingan World Chefs Championship 2026 yang berlangsung di Johor Bahru dari 21-23 Mei 2026.

Kejayaan membawa pulang 48 pingat dalam kejohanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara ini merupakan satu pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Penghargaan juga saya ucapkan kepada semua peserta, tenaga pengajar, jurulatih serta seluruh warga KEMAS yang telah bekerja keras dan membawa nama negara dengan penuh semangat serta dedikasi.

Apa yang lebih membanggakan, kejayaan ini turut mengetengahkan identiti kulinari tempatan ke peringkat dunia menerusi kreativiti dan kemahiran yang dimiliki warga KEMAS. Dari masakan tradisional hinggalah kepada seni kulinari moden, semuanya berjaya dipersembahkan dengan cukup cemerlang sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kejayaan ini membuktikan bahawa institusi latihan kemahiran di bawah KKDW terus relevan dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di pentas global.

Saya percaya dengan pencapaian ini akan menjadikan kualiti Pemaju Masyarakat bidang Masakan KEMAS lebih dipandang tinggi dan menarik lebih ramai anak muda melihat bidang kemahiran sebagai laluan masa depan yang mampu pergi lebih jauh.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga seluruh warga KEMAS terus diberikan kekuatan dan kecemerlangan dalam melahirkan lebih ramai bakat hebat negara. Insya-Allah.



๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam. Semoga...
24/05/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam.

Semoga hari yang mulia ini memberikan kita sinar kebahagiaan, diterima amalan oleh Allah SWT dan diganjarkan dengan pahala yang tidak terhingga.

Tulus ikhlas daripada :
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™
๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ก๐™–๐™ฃ

Moga usaha kita semua di berkati dan di rahmati ALLAH. In Sha Allah.

๐Ÿ”ด ๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/kemasnegeri9
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/




Tahniah buat wakil dari KEMAS Negeri Sembilan :Norshahida Ariffin, Bronze Medal Kategori Free Style Cookies & Ruhi Hiday...
23/05/2026

Tahniah buat wakil dari KEMAS Negeri Sembilan :

Norshahida Ariffin, Bronze Medal Kategori Free Style Cookies &
Ruhi Hidayah Saion, Silver Medal Kategori Cupcake Showpiece
di World Chefs Championship 2026 pada 23 Mei 2026, Persada Johor International Convention Centre, Johor.




SELAMAT HARI PENDIDIKโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Di tangan pendidik tersemainya ilmu,Di bibirnya lahir nasihat penuh hikma...
15/05/2026

SELAMAT HARI PENDIDIK
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Di tangan pendidik tersemainya ilmu,
Di bibirnya lahir nasihat penuh hikmah,
Dan daripada kasih seorang guru,
Lahir generasi yang mencorak masa depan negara.

Pendidik bukan sekadar mendidik,
tetapi menyuluh jalan kehidupan,
mendidik dengan sabar,
membina insan dengan penuh pengorbanan.

Firman Allah SWT:

โ€œAllah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.โ€
(Surah Al-Mujadilah : 11)

Sesungguhnya setiap titis keringat seorang pendidik adalah benih kejayaan bangsa dan kemakmuran negara.

Terima kasih kepada warga pendidik seluruh Malaysia yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan bakti demi anak bangsa tercinta.

๐ŸŽ“ โ€œ55 TAHUNโ€ โ€“ MENCERDASKAN ANAK BANGSA
๐Ÿก โ€œ65 TAHUNโ€ โ€“ MEMPERKASAKAN KOMUNITI

DISINI BERMULA...

Ikhlas Daripada :
NOREโ€™IN MOHD SHUKOR
Pengarah
dan Seluruh Warga KEMAS Negeri Sembilan



15/05/2026
15/05/2026

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempergiat program pendigitalan dan pembangunan teknologi dalam kalangan usahawan desa sebagai langkah membantu mereka mendepani cabaran krisis bekalan global ketika ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan usahawan di bawah agensi kementerian, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat meningkatkan produktiviti, memperluas pasaran dan menyesuaikan operasi perniagaan dengan perkembangan teknologi semasa.

Berita penuh -- https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2556972





Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share