Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Fanpage Rasmi bagi Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (ICUJPM)

Cawangan Negeri Sembilan

Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) telah wujud semenjak 14 Oktober 1969 berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia mendapat persetujuan dari pihak agensi pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta semua YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri pada ketika itu. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat ini telah di letakkan di bawah Kement

erian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, sebuah unit telah ditubuhkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Penilaian (Implementation, Coordination and Evaluation Unit - ICEU) dan pada tahun 1991 pejabat ini diletakkan di bawahnya. Pada 1 Januari 1998, gelaran jawatan Pegawai Kemajuan Negeri telah ditukar kepada Pengarah Pembangunan Negeri. Perubahan ini bertujuan untuk menyeragamkan gelaran jawatan di seluruh Malaysia supaya selaras dengan peringkat Persekutuan dan ini adalah sejajar dengan perubahan peranan dan tanggungjawab Pejabat ini masa kini.Sehingga ke hari ini Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) diletakkan di bawah unit ini yang kini dikenali sebagai Implementation Coordination Unit -ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) diberi tanggungjawab untuk menggerakkan jentera pelaksana bagi menyelaras dan menilai pelaksanaan,dasar,program dan projek pembangunan dalam usaha memastikan tercapainya matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan Negara.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan ceramah penuh inspirasi oleh Saudara Syamsul Debat bertajuk "Self Care, bukan Selfis...
10/11/2025

Jangan lepaskan peluang menyaksikan ceramah penuh inspirasi oleh Saudara Syamsul Debat bertajuk "Self Care, bukan Selfish - Pengurusan Stress di Tempat Kerja" yang pastinya menyentuh hati dan mencetus semangat baharu dalam diri 🫶. Ikuti di FB rasmi PPNNS: https://www.facebook.com/profile.php?id=100075546803111 mulai jam 3.00 petang ini 🥰

Ayuh sama-sama kita hayati pesanan beliau yang disampaikan dengan gaya bersahaja tetapi penuh makna ☘️








Tahniah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah ICU JPM atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah ICUJPM yang ba...
12/10/2021

Tahniah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah ICU JPM atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah ICUJPM yang baharu berkuatkuasa 12 Oktober 2021.

"Semoga terus cemerlang dalam mengemudi barisan pentadbiran di bawah ICUJPM"
"Selamat Bertugas" ☺️


AKTIVITI "FUN RUN" SEMPENA MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021.Masa: 3.00 petangTarikh: 11 Oktober 2021Tempat: Lake G...
12/10/2021

AKTIVITI "FUN RUN" SEMPENA MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021.

Masa: 3.00 petang
Tarikh: 11 Oktober 2021
Tempat: Lake Garden, Seremban, Negeri Sembilan.

Sesi larian dimulakan dengan aktiviti panaskan badan.
Semua peserta telah berdaftar di meja pendaftaran untuk mendapatkan nombor cabutan bertuah.

Aktiviti FUN RUN ini melibatkan 4 kategori:

Kategori 1: Wanita atas 35 tahun
Kategori 2: Wanita bawah 34 tahun
Kategori 3: Lelaki atas 35 tahun
Kategori 4: Lelaki atas 34 tahun

Penyertaan adalah seramai 80 orang.
Aturcara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Roslan bin Mat Nong, Pengarah PPNNS kepada pemenang yang telah bertanding. Sesi tamat pada jam 5.00 petang.

Terima kasih SDO dan semua AJK Kelab dan yang terlibat spnjg perjalanan program ini berlangsung.

TAHNIAH!! dan JUMPA LAGI NEXT YEAR!!🥳🤩

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 20219 Oktober 2021 (Sabtu) - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia yang juga...
11/10/2021

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021

9 Oktober 2021 (Sabtu) - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia yang juga merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan telah melaksanakan upacara perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri pada hari ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola diketuai Tuan Roslan bin Mat Nong selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara 2021 bersama Yang Berusaha Encik Zul Fadhli bin Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program Hari Sukan Negara.

Objektif Utama Hari Sukan Negara adalah untuk merealisasikan aspirasi Kementerian Belia Dan Sukan bagi pihak kerajaan dalam menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengisian aktiviti sepanjang sambutan ini yang telah dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021 sehingga 10 Oktober 2021 merangkumi semua jenis sukan, sukan rekreasi serta sukan kecergasan berbentuk pertandingan, pertunjukan dan riadah seperti family fun walk, fun ride, aerobik, sepak raga bulatan dan badminton.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2021 daripada YBrs Tuan Roslan bin Mat Nong,  Pengarah, Pejabat Pemb...
16/09/2021

Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2021 daripada YBrs Tuan Roslan bin Mat Nong, Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan kepada semua khususnya rakyat Negeri Sembilan. 😄

Jaga SOP, kita jaga kita.


SEREMBAN 2, 15 Oktober – Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Tuan Roslan bin Mat Nong, sekali lagi men...
15/09/2021

SEREMBAN 2, 15 Oktober – Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Tuan Roslan bin Mat Nong, sekali lagi mendepani dan memimpin agensi persekutuan Negeri Sembilan dalam usaha membantu khususnya ibu-ibu yang bakal bersalin dan yang sedang menyusukan anak dari kalangan keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih.

Melalui kerjasama strategik bersama LPPKNNS, majlis penyampaian kit bantuan kepada 100 penerima dari kumpulan sasar telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menerusi inisiatif ini, setiap penerima BIMT (Bantuan Ibu Miskin dan Miskin Tegar) telah menerima sumbangan barangan keperluan bayi seperti pakaian bayi, susu bayi, lampin pakai buang, tuala mandi bayi, botol susu, set mandian bayi beserta set bersalin dengan nilai sumbangan keseluruhannya membabitkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 (RM200 untuk setiap penerima).

Penerima bantuan turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan atas keperihatinan beliau merasai denyut nadi keperitan keluarga miskin dan miskin tegar eKasih terutama ketika berhadapan tekanan sepanjang musim pandemik Covid-19.

Sumber: Seksyen Pembasmian Kemiskinan, PPNNS.

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-64 dari Pengarah dan seluruh warga kerja PPN Negeri Sembilan🌹Semoga kita semua dalam pemelihar...
31/08/2021

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-64 dari Pengarah dan seluruh warga kerja PPN Negeri Sembilan🌹
Semoga kita semua dalam pemeliharaan dan dilindungi dari wabak Covid19.



26 Ogos 2021 - Sesi penyampaian sumbangan oleh YBrs Tuan Roslan Bin Mat Nong, SDO N.Sembilan.- sumbangan bantuan covid19...
27/08/2021

26 Ogos 2021 - Sesi penyampaian sumbangan oleh YBrs Tuan Roslan Bin Mat Nong, SDO N.Sembilan.
- sumbangan bantuan covid19 SDO
- sumbangan bantuan covid19 ICUJPM
- Anugerah Apresiasi Tahun 2020

Terima kasih SDO atas kesudian menyampaikan sumbangan ini dan semoga sumbangan ini memberi manafaat kepada semua penerima.

SALAM MAAL HIJRAH 1443H DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SEMBILAN
09/08/2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443H DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SEMBILAN


2 Ogos 2021 (Isnin) - Satu MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA DAN DOA SELAMAT ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT PEMBAN...
03/08/2021

2 Ogos 2021 (Isnin) - Satu MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA DAN DOA SELAMAT ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN telah diadakan secara atas talian.

Bacaan YASIIN ini telah diketuai oleh Encik Jalallulnain bin Abd. Rahman, PP Seksyen Pengurusan dan Kewangan dan diikutii oleh 50 orang kakitangan PPNNS.

Semoga majlis bacaan yasiin ini sedikit sebanyak membawa fadilat dan kebaikan ke atas segala urusan keluarga-keluarga yang terlibat agar menjadi mudah.

Kita hanya mampu berusaha, Allah SWT jualah MAHA MENTADBIR SEGALA.

Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6067604800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share