Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
(1)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah satu peraturan yang dinamakan peraturan Majlis Ugama 1950 bertujuan mengendalikan hal ehwal masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kerajaan telah meminda peraturan Majlis Ugama 1950 kepada Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Kemudian dipinda lagi kepada Undang-Undang

Pentadbiran Hukum Syarak 1960 yang kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Seterusnya mulai 1hb Mac 2004, mula dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan enakmen sebelumnya adalah terbatal. Jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Islam (Negeri Sembilan) 1996, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003. Berasaskan cadangan yang dikemukakan oleh Y.B Tuan Pegawai Kewangan Negeri Encik Harun bin Baba semasa beliau memangku jawatan Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini dalam tahun 1976 yang lalu, sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah terletak di atas sebidang tanah seluas 1 ยฝ ekar, di atas bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan Masjid Negeri di sebelah selatan, Dewan Undangan di sebelah barat dan Felda di sebelah Utara, menghala ke Jalan Lister dan Taman Tasik Seremban, maka terdirilah bangunan baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan dan dirasmikan pembukaan oleh DYMM Tuanku Ja'afar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada tanggal 10 Syawal 1400 Hijrah bersamaan 21 Ogos 1980.

๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐ˆ๐’๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 4 September 2026 โ€“ Kontinjen Negeri Sembilan kini bersed...
04/09/2026

๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐ˆ๐’๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 4 September 2026 โ€“ Kontinjen Negeri Sembilan kini bersedia membawa nama negeri ke Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) 2026 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selepas menjalani latihan intensif serta bimbingan berterusan, peserta kini bersedia menghadapi persaingan di peringkat kebangsaan. Sebagai tanda sokongan dan amanah kepada para peserta, Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof, KPPK yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS.

Kontinjen Negeri Sembilan akan berentap dalam enam acara, iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Penulisan Jawi, Bercerita dalam al-Quran, Khat dan Nasyid. Penyertaan ini turut memperkukuh aspirasi Agenda Transformasi Anak Juara (TRAJU) 2026โ€“2028 dalam membentuk Anak JUARA yang berilmu, berdaya saing, berintegriti dan beradab.

Selamat berjuang, Kontinjen Negeri Sembilan! Semoga seluruh peserta terus yakin, berani dan memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama Negeri Sembilan di pentas kebangsaan.

Negeri Sembilan JUARA!

----------------------------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



04/09/2026

Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

๐Ÿ‘ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐ˆ๐‘Pernah tak kita mendengar khabar kematian yang berturut. Sama ada ahli keluarga, saudara mara, kaw...
04/09/2026

๐Ÿ‘ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐ˆ๐‘

Pernah tak kita mendengar khabar kematian yang berturut. Sama ada ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan atau orang sekeliling.
Kadang terdetik dalam hati,
'kalau aku mati nanti apa nasib aku kat sana'.
Rasa takut, seram semua ada.

Mati itu pasti, dunia ini sementara, di sana kekal abadi. Selagi diberikan kesempatan hidup, marilah kita memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan menuju kehidupan di sana.

Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: **๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐ฃ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก, ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐จ๐š ๐š๐ง๐š๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐จ๐ฅ๐ž๐ก**.

Gunakanlah setiap kesempatan yang ada untuk berbuat kebaikan, menyebarkan ilmu dan mendidik anak-anak menjadi insan soleh, agar pahala terus mengalir walaupun jasad telah berada di dalam tanah.

Moga ilmu ini memberi manfaat walaupun acap kali kita diingatkan.
--------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐‘๐€โ€™ ๐Š๐„ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐, ๐Œ๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐‘๐ˆ ๐‚๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐˜๐€๐‡  ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 1โ€“3 September 2026 โ€“ Program Dari Iqraโ€™ ke Al-Quran Kalangan...
03/09/2026

๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐‘๐€โ€™ ๐Š๐„ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐, ๐Œ๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐‘๐ˆ ๐‚๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐˜๐€๐‡

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 1โ€“3 September 2026 โ€“ Program Dari Iqraโ€™ ke Al-Quran Kalangan Mualaf Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Klana Resort Seremban, melibatkan seramai 30 peserta termasuk fasilitator dan urus setia.

Program ini menjadi platform penting dalam membantu saudara baharu meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran secara berperingkat, bermula daripada asas Iqraโ€™ sehingga mampu membaca Al-Quran dengan lebih yakin dan lancar. Lebih daripada sekadar pembelajaran, program ini turut menjadi ruang untuk menyemai kecintaan terhadap Al-Quran, mengukuhkan kefahaman Islam serta memupuk semangat saudara baharu untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu.

Turut hadir menyempurnakan program ialah Sahibul Fadhilah Hardi Mohamad Sadali, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah.

Semoga setiap huruf yang dipelajari dan dibaca menjadi cahaya yang menerangi perjalanan kehidupan para mualaf menuju keredaan Allah SWT.

---------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐’๐Ž๐๐†๐’๐€๐๐†!Dalam era media digital, sesuatu yang sering dipaparkan boleh perlahan-lahan ...
03/09/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐’๐Ž๐๐†๐’๐€๐๐†!

Dalam era media digital, sesuatu yang sering dipaparkan boleh perlahan-lahan dianggap sebagai perkara biasa. Atas alasan โ€œsekadar lakonanโ€, โ€œjalan ceritaโ€ atau โ€œambil ibrahโ€, jangan sampai kemungkaran akhirnya dinormalisasikan dalam masyarakat.

Allah SWT berfirman:

โ€œPatutkah kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam sebelum kamu?โ€
(Surah al-Aโ€˜raf: 80)

Menghormati manusia tidak bermakna kita perlu mengiktiraf atau meredai perkara yang bercanggah dengan syariat. Teguh pada prinsip, berhikmah dalam menyampaikan dan bijaksana dalam memilih kandungan.

Pelihara fitrah. Perkukuh ummah.

--------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐€๐‘๐ˆ๐˜๐€๐‡ ๐Œ๐”๐Œ๐“๐€๐™ ๐Ÿ: ๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐’๐“๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 2 Sept โ€“ Serama...
02/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐€๐‘๐ˆ๐˜๐€๐‡ ๐Œ๐”๐Œ๐“๐€๐™ ๐Ÿ: ๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐’๐“๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 2 Sept โ€“ Seramai 93 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Maahad Al-Murtadza (MAAMUR) dan SMA Datoโ€™ Haji Mustafa (SMADHM) berjaya menamatkan Program Peningkatan Kecemerlangan STAM 2026 (Qariyah Mumtaz 2) yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di sini, hari ini.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Amiza Khusyri bin Yusof, KPP Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS. Beliau menegaskan komitmen JHEAINS dalam memperkasa pendidikan Islam melalui Agenda Transformasi Anak JUARA (TRAJU) 2026โ€“2028 dan menasihatkan para pelajar agar sentiasa memperhalusi niat dan tekad kejayaan. JHEAINS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sinergi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) atas tajaan penuh program ini serta seramai 18 guru pembimbing.

Sepanjang program, para pelajar dibekalkan dengan teknik menjawab berkesan, pemahaman pantas, dan pembinaan โ€˜Mumtaz Mindsetโ€™. Semoga usaha ini menjadi titik tolak buat calon-calon STAM Negeri Sembilan melakar keputusan Mumtaz Sofi dan menjadi Anak JUARA yang gemilang.

-------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐‰๐‡๐„๐€๐ˆ๐๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™: ๐๐‘๐€-๐’๐˜๐€๐‡๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐ˆ๐“๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 2 September โ€“ Ketua Penolong Pengarah K...
02/09/2026

๐‰๐‡๐„๐€๐ˆ๐๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™: ๐๐‘๐€-๐’๐˜๐€๐‡๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐ˆ๐“๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, 2 September โ€“ Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS, Tuan Amiza Khusyri bin Yusof, menyantuni 17 orang pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) yang menyertai Projek Juara Huffaz: Pra-Syahadah 2026 di Pejabat Pengarah JHEAINS, hari ini. Program yang bermula sejak 2019 ini kini memasuki penganjuran kali keenam di bawah kendalian Unit Kokurikulum ITQAN sebagai persediaan utama pelajar menduduki Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Sembilan.

Dilaksanakan sewaktu cuti semester, peserta terpilih perlu melalui sesi temuduga dan bimbingan guru sebelum menjalani fasa kelas kuarantin selama tiga minggu dengan modul hafazan khas. Penilaian hafazan dibuat mengikut empat kategori (Juz 1โ€“5, 1โ€“10, 1โ€“15 dan 1โ€“30) oleh panel penilai ikhtisas daripada kalangan penerima Isbat Al-Quran Negeri Sembilan, di mana peserta wajib mengekalkan bacaan di bawah had kesalahan yang ditetapkan untuk lulus.

Penganjuran tahun ini menyaksikan pencapaian membanggakan apabila seramai 9 daripada 17 peserta terpilih berjaya melepasi penilaian bagi kategori Juz 1โ€“5, Juz 1โ€“10 dan Juz 1โ€“15. Kejayaan ini mencerminkan komitmen JHEAINS dan ITQAN dalam melahirkan generasi huffaz yang berkualiti, berketrampilan serta memegang piawaian hafazan yang tinggi di peringkat negeri.

----------------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐“๐ˆ๐๐’ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ : ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”'Sihat Sebelum Sakit' itu biasa kita dengar tapi ramai yang ambil mudah. Masa sihat banyak bend...
02/09/2026

๐“๐ˆ๐๐’ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ : ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”

'Sihat Sebelum Sakit' itu biasa kita dengar tapi ramai yang ambil mudah. Masa sihat banyak benda boleh dibuat, tapi bila dah sakit banyak duit pun tak boleh tolong.

Tubuh yang sihat membolehkan kita beribadah, bekerja dan menjalani kehidupan dengan baik.

Ini antara tips sihat untuk semua amalkan masa musim jerebu ni๐Ÿ˜Š
Kurangkan aktiviti di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai dan pastikan tubuh mendapat rehat serta air yang mencukupi.

Menjaga kesihatan bukan sekadar tanggungjawab, bahkan sebahagian daripada mensyukuri nikmat Allah.
--------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€Menurut laporan Berita Harian, empat termasuk tiga sekeluarga terkorban manakala tiga lagi c...
01/09/2026

๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€

Menurut laporan Berita Harian, empat termasuk tiga sekeluarga terkorban manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka, merahmati serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh rahmat, dan mengurniakan kesabaran serta kekuatan kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan.

Musim persekolahan ini, marilah kita lebih berhati-hati di jalan raya. Pandu dengan sabar, patuhi peraturan dan doakan keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

Semoga Allah SWT melindungi setiap perjalanan kita, memelihara keluarga kita dan mengembalikan kita ke rumah dengan selamat.

---------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐“๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€Dalam kehidupan, kita sering terlalu sibuk memikirkan apa yang manusia fik...
01/09/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐“๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€

Dalam kehidupan, kita sering terlalu sibuk memikirkan apa yang manusia fikirkan tentang diri kita. Takut dikritik, takut tidak disukai, takut dianggap gagal, bahkan kadangkala kita memilih jalan hidup hanya kerana mahu memenuhi jangkaan manusia.

Sedangkan manusia tidak pernah memiliki ukuran yang mutlak terhadap nilai diri kita. Hari ini kita dipuji, esok mungkin kita dicela. Hari ini kita dianggap hebat, esok mungkin dilupakan. Jika kehidupan dibina atas penilaian manusia, hati akan sentiasa berada dalam keadaan gelisah kerana kita mengejar sesuatu yang sentiasa berubah.

Islam mengajar kita untuk meletakkan ukuran kehidupan pada tempat yang benar. Kemuliaan seseorang bukan ditentukan oleh populariti, kekayaan, rupa, kedudukan atau jumlah pengikut, tetapi oleh iman, ilmu, amal dan ketakwaannya kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

โ€œSesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.โ€
(Surah al-Hujurat, 49:13)

Maka, jangan terlalu sibuk menjadi manusia yang disukai semua orang sehingga kita terlupa menjadi hamba yang diredai Allah.

Kita tidak diciptakan untuk memenuhi semua jangkaan manusia. Kita diciptakan untuk mengenal Allah, beribadah kepada-Nya dan menjalankan amanah kehidupan dengan sebaik-baiknya.

Jadilah manusia yang rendah hati ketika dipuji, tenang ketika dicela dan istiqamah ketika tidak difahami.

Kerana pada akhirnya, yang paling penting bukanlah berapa ramai manusia yang mengenali kita, tetapi apakah Allah meredai kehidupan yang kita jalani.

---------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



Address

BANGUNAN MPS LAMA
Sepang New Village
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067664100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share