KRT P'Puri Penaga Mas Sepang

KRT P'Puri Penaga Mas Sepang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT P'Puri Penaga Mas Sepang, Public & Government Service, penaga mas, Sepang.

KRT Penaga Mas & Elite, Taman Mas, Sepang |19 Februari 2023 (Ahad) MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN & BACK TO ...
26/02/2023

KRT Penaga Mas & Elite, Taman Mas, Sepang |19 Februari 2023 (Ahad)

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN & BACK TO SCHOOL 2023 (Anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Mas dan KRT Penaga Mas & Elite)

Program ini dijalankan adalah bagi mengurangkan beban bagi keluarga yang kurang mampu dan memastikan kebajikan di kawasan Taman Mas dibela.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk KOSPEN KRT Rista Villa kerani sudi memberi bantuan terutama dalam aspek kesihatan dan juga kepada JPNIN Sepang yang memberi sokongan dan dorongan kepada kami.







KRT Penaga Mas & Elite, Daerah Sepang, Selangor | 8 & 9 Oktober 2022SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H PERINGKAT KRT PENAGA M...
10/10/2022

KRT Penaga Mas & Elite, Daerah Sepang, Selangor | 8 & 9 Oktober 2022

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H PERINGKAT KRT PENAGA MAS & ELITE

▶️08 Oct 2022 (Sabtu)
- Gotong Royong bersih Surau An-Nur Tmn Mas Sepang Puchong & rewang2 persiapan utk Majlis Ceramah Perdana sempena Maulidur Rasul 1444H.
▶️09 Oct 2022 (Ahad)
- Perarakan beramai2 bersama anak kariah Surau An-Nur Tmn Mas Sepang sambil berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Ribuan terima kasih kepada Tn Pengerusi & ajk Surau Surau An-Nur Tmn Mas Sepang Puchong yg menganjurkan program sambutan Maulidur Rasul 1444H dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Mas Sepang Puchong (PERKOMAS), KRT Jati Mas / Spring Court dan KRT Penaga/Elite. Terima kasih juga pada Team Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Taman Mas Sepang Puchong dan semua yg hadir serta kerjasama yg terbaik utk sama2 jayakan program sambutan Maulidur Rasul 1444H. Semoga majlis diberkati dan dirahmati.




KRT Penaga Mas & Elite ,Daerah Sepang ,Selangor |02 September 2022*Program Tahlil Taman Mas, Anjuran bersama Persatuan P...
04/09/2022

KRT Penaga Mas & Elite ,Daerah Sepang ,Selangor |02 September 2022

*Program Tahlil Taman Mas, Anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Mas, Persatuan Surau Taman Mas dan Krt Penaga Mas & Elite*

Program tahlil ini diadakan bagi menyemai sifat rohani penduduk taman mas dan pada masa sama dapat mengeratkan silaturrahim.

'KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA'




.

KRT Penaga Mas & Elite ,Daerah Sepang ,Selangor |30 Ogos 2022Program Ambang Merdeka 2022 Krt Penaga Mas & EliteKRT Penag...
31/08/2022

KRT Penaga Mas & Elite ,Daerah Sepang ,Selangor |30 Ogos 2022

Program Ambang Merdeka 2022 Krt Penaga Mas & Elite

KRT Penaga Mas & Elite telah menggadakan pertandingan mewarna Program Ambang Merdeka dan berikut adalah tentatif program.

9.30: Kehadiran Perserta dan Ibubapa penduduk Taman Mas
9:45: Ucapan Aluan daripada Pengerusi KRT Penaga Mas
Bacaan Doa daripada Imam Surau Taman Mas Tuan Shahrizat
10.00: Pertandingan mewarna dan juga minum malam
11.15: Penyampaian Hadiah kepada perserta oleh Pengerusi Penduduk Taman Mas
11.30: Sajak daripada anak cilik tentang kemerdekaan
11.40: Ucapan Penutup daripada Pengerusi Penduduk Taman Mas Puan Watie
11.45: Nyanyian lagu Patriotik
12.00 T/Malam: Nyanyian Lagu NEGARAKU
Pertunjukkan Bunga api.

Sehubungan itu juga, Pihak KRT Penaga Mas dan Elite berharap program yang dijalankan dapat memupuk semangat perpaduan dan patriotik kepada masyarakat terutama pelapis muda negara.

'KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA'




.

KRT Penaga Mas & Elite, TAMAN MAS, DAERAH SEPANG |17 JULAI 2022 (AHAD) PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 1.0 PERANGI AEDES TAMA...
19/07/2022

KRT Penaga Mas & Elite, TAMAN MAS, DAERAH SEPANG |17 JULAI 2022 (AHAD)

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 1.0 PERANGI AEDES TAMAN MAS

Tarikh: 17 Julai 2022 (Ahad)
Masa: 8:00 Pagi- 12.00 T/Hari.
Lokasi: Sekitar Kawasan Taman Mas
Jemputan Khas:
1) Dr Mohd Nasir bin Habib pegawai kesihatan daerah sepang.
2) En Azirol Hashim Bin Azmi Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang.
3) En Jani Bin Abdul Manap KOSPEN Vista Villa & Team KOSPEN
4) En Rosli Bin Sarjono Pengerusi KRT Rozana Villa 2B Putra perdana.
5) En Shafuddin Bin Mokhtar Pengerusi KRT Kekwa Putra Perdana.
Team COMBI Daerah Sepang.
6) Tuan Sani Pengerusi COMBI Daerah Sepang & Team COMBI Daerah Sepang.

Kerjasama yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Taman Mas iaitu Encik Shukri Bin Abdullah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mas, Mat Zuki bin Mat Isa Pengerusi KRT Spring Court & Jati Mas dan juga Said Azlan Bin Said Mohd Khirudin Pengerusi Penaga Mas & Elite telah berjaya melaksanakan Program Gotong Mega 1.0 Perangi Aedes seperti yang disarankan oleh pihak KKM dan juga JPNIN.

Program ini dijalankan adalah bagi memastikan setiap taman dan kawasan di daerah Sepang bebas wabak demam denggi yang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitarnya.

Jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua kejiranan, KRT dan Skuad COMBI yang sudi hadir pada program gotong royong ini.

Juga ucapan Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat terutama team COMBI Sepang dan juga kepada JPNIN Sepang yang memberi sokongan dan dorongan kepada kami.







Address

Penaga Mas
Sepang
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT P'Puri Penaga Mas Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share