Perpustakaan IKTBN Sepang

Directions

Perpustakaan IKTBN Sepang Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Warga IKTBN Sepang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSatu tanah air, pelbagai budaya, satu semangat.Semoga perpaduan yang kita bina terus me...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Satu tanah air, pelbagai budaya, satu semangat.

Semoga perpaduan yang kita bina terus mekar, keharmonian terus terpelihara dan Malaysia sentiasa menjadi tempat yang kita banggakan. โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿค

Bersama kita melangkah, bersama kita membina masa depan.

Selamat Hari Malaysia daripada:
Perpustakaan IKTBN Sepang.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA BUKAN SEKADAR SEBUAH PERAYAANKemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan in...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA BUKAN SEKADAR SEBUAH PERAYAAN

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan insan-insan terdahulu yang berani mempertahankan tanah air. Di sebalik kebebasan yang kita rasakan, tersimpan sejarah, air mata dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Hari ini, tanggungjawab kita p**a adalah meneruskan legasi tersebut โ€” dengan menjaga keharmonian, menghormati perbezaan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih aman, adil serta sejahtera.

Kita mungkin berbeza bangsa, agama dan budaya, namun kita berdiri di bawah satu langit, berpijak di bumi yang sama dan berkongsi satu tanah air tercinta.

Malaysia adalah rumah kita bersama.
Marilah kita terus menyemai rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan dan mewariskan semangat patriotisme kepada generasi yang akan datang. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
daripada Perpustakaan IKTBN Sepang.





๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H๐ŸŒ™ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู Maulidur Rasul ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H๐ŸŒ™

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang hari kelahiran Baginda ,tetapi menjadi ruang untuk kita menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ dengan meneladani akhlak, sunnah dan ajaran yang Baginda tinggalkan.

Semoga semakin banyak selawat yang kita ungkapkan, semakin dekat hati kita kepada Baginda, dan semakin indah akhlak yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh warga IKTBN Sepang.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ sentiasa menjadi pedoman dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Daripada : Perpustakaan IKTBN Sepang





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 , Perpustakaan IKTBN Sepang akan menganjurkan KUIZ SEMARAK MERDEKA 2026.Sehubungan itu,...
24/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 , Perpustakaan IKTBN Sepang akan menganjurkan KUIZ SEMARAK MERDEKA 2026.

Sehubungan itu, seluruh warga IKTBN Sepang adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kuiz ini.

๐Ÿ“Œ BUTIRAN KUIZ

๐Ÿ“… Tarikh Penyertaan: 25 Ogos โ€“ 8 September 2026
๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada: Semua pengajar, staf dan pelajar IKTBN Sepang
๐Ÿ“ Format: 20 soalan aneka pilihan (objektif)
๐ŸŽ Hadiah: 3 hadiah menarik disediakan kepada pemenang bertuah.

๐Ÿ“ฒ CARA PENYERTAAN

Peserta boleh mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk menyertai kuiz:

๐Ÿ”— https://forms.gle/mfXHxeH8Gm9LmUw76

Kerjasama dan penyertaan semua warga IKTBN Sepang amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh semarakkan semangat patriotisme!

MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati





06/07/2026

SEMARAK BAHASA: TERJEMAHAN ISTILAH BAHASA INGGERIS DALAM BAHASA MELAYU



๐ŸŽ‰ Tahniah! ๐ŸŽ‰Sekalung tahniah diucapkan kepada ๐Ÿ“šAmizatul Akmal binti Sham Shorejan  ๐Ÿ“šMuhammad Ali Hakim bin Mohd Hilmi at...
02/07/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah! ๐ŸŽ‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada

๐Ÿ“šAmizatul Akmal binti Sham Shorejan
๐Ÿ“šMuhammad Ali Hakim bin Mohd Hilmi

atas pemilihan sebagai Pengunjung Bertuah Perpustakaan IKTBN Sepang bagi Bulan Mei & Jun 2026. โœจ

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk lebih kerap mengunjungi perpustakaan dan menjadikan budaya membaca sebagai amalan.

Teruskan menyemai budaya ilmu dan jadikan membaca sebagai satu gaya hidup.





Salam Maal Hijrah 1448H buat seluruh warga IKTBN Sepang.Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaa...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H buat seluruh warga IKTBN Sepang.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuhkan nilai integriti, meningkatkan semangat kerjasama serta melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan dengan azam dan semangat baharu demi mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

Bersempena sambutan Maal Hijrah tahun ini dengan tema โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€, semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk menghayati nilai-nilai murni, memperkukuh perpaduan serta menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang sejahtera dan diberkati.

๐Ÿคฒ Semoga tahun baharu ini membawa rahmat, keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat seluruh warga IKTBN Sepang.

Salam Maal Hijrah 1448H

โ€” Unit Perpustakaan IKTBN Sepang ๐Ÿ“šโœจ




19/05/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ’ซ Video sekitar Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 di IKTBN Sepang. ๐Ÿ’ซ๐Ÿ“–




๐Ÿ“š๐Ÿ’ซ Antara gambar  sekitar  Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 di IKTBN Sepang. ๐Ÿ’ซ๐Ÿ“–Program โ€œJom Baca Bersama 10 Minit ...
19/05/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ’ซ Antara gambar sekitar Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 di IKTBN Sepang. ๐Ÿ’ซ๐Ÿ“–

Program โ€œJom Baca Bersama 10 Minit 2026โ€ telah berlangsung pada 23 April 2026 di IKTBN Sepang dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga IKTBN Sepang yang telah memberikan sokongan serta sama-sama menjayakan program ini. Sesi bacaan selama 10 minit berjalan dengan baik, diikuti dengan aktiviti perpustakaan sebagai usaha menggalakkan dan mendekatkan warga kepada bahan bacaan.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai minat membaca dalam kalangan kita semua.




Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan tema โ€œMembaca Membina Bangsa.โ€ aka...
23/04/2026

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan tema โ€œMembaca Membina Bangsa.โ€ akan dilaksanakan serentak pada:

๐Ÿ“… 23 April 2026 (Khamis)
โฐ 11:00 pagi - 11:10 pagi
๐Ÿ“ Bertempat di lokasi masing-masing

Sebagai tanda sokongan kepada program ini, kita semua digalakkan berhenti seketika dari melakukan sebarang aktiviti kerja selama 10 minit untuk membaca secara serentak.
โ€œMembaca jambatan ilmu.โ€ Mulakan dengan 10 minit, suburkan amalan sepanjang hayat.

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA๐Ÿ“š

Kepada warga IKTBN Sepang ,jangan lupa untuk sama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan Perpustakaan IKTBN Sepang.

Terima kasih atas sokongan semua




Address

Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan IKTBN Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category