Trafik IPD Sepang

Trafik IPD Sepang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Trafik IPD Sepang, Government Organization, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

🚨 HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK DAN LENCONGAN SEMENTARA FT29/FT32 🚧Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa kerja...
19/08/2026

🚨 HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK DAN LENCONGAN SEMENTARA FT29/FT32 🚧

Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja fasa akhir penurapan jalan akan dilaksanakan di laluan Persimpangan FT29/FT32 (Kota Warisan – Bandar Baru Salak Tinggi – KLIA).

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu) hingga 12 September 2026 (Sabtu)

⏰ Waktu kerja:
9.00 pagi – 4.30 petang
dan
9.30 malam – 5.30 pagi

Pelaksanaan kerja tersebut akan melibatkan penutupan lorong serta pengalihan trafik secara berperingkat di beberapa laluan termasuk:

πŸ”Ή KLIA ke Nilai / Bandar Baru Salak Tinggi
πŸ”Ή Nilai / Bandar Baru Salak Tinggi ke KLIA
πŸ”Ή KLIA ke Kota Warisan
πŸ”Ή Kota Warisan ke Nilai / Bandar Baru Salak Tinggi

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta sentiasa mematuhi papan tanda, kon keselamatan dan arahan petugas trafik ketika melalui kawasan kerja.

⚠️ Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku terutama pada waktu puncak. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan di kawasan terbabit digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Sila rujuk gambar/lampiran yang disertakan untuk maklumat terperinci mengenai kawasan kerja, lencongan, pusingan U sementara serta cadangan laluan alternatif.

Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai demi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan atau aduan:
RD Resources Sdn. Bhd.
Hotline/WhatsApp: 011-71314220
Emel: [email protected]

β€œKesulitan masa kini adalah untuk kesenangan masa hadapan.”

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYAPENGUJIAN SISTEM LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN FT29/FT32BSPTD Sepang ingin memaklum...
18/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

PENGUJIAN SISTEM LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN FT29/FT32

BSPTD Sepang ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja pengujian sistem lampu isyarat bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.00 malam hingga 12.00 malam
πŸ“ Lokasi: Persimpangan Jalan FT29/FT32
(Jalan Labohan Dagang – Nilai)

Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan diminta untuk mengambil maklum mengenai pelaksanaan kerja pengujian tersebut serta sentiasa memberi perhatian ketika menghampiri dan melalui persimpangan berkenaan.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan urusan pengujian dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Mohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul.

BSPTD SEPANG
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

15/08/2026

Katanya, kesemua jalan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari secara berperingkat di dalam daerah Sepang.

*MENCARI SAKSI YANG MELIHAT KEMALANGAN INI, DIMINTA TAMPIL MEMBANTU SIASATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN PUCHONG ...
20/07/2026

*MENCARI SAKSI YANG MELIHAT KEMALANGAN INI, DIMINTA TAMPIL MEMBANTU SIASATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN PUCHONG PUTRA PERDANA*

BSPT SEPANG, 07 Julai 2026 - Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang memerlukan dan mencari saksi awam yang melihat kemalangan jalan raya melibatkan (1) M/sikal no. PSB2322 jenis Honda Wave Alpha dengan sebuah kenderaan nombor tidak pasti pada 06/07/2026 jam lebih kurang 1530 hrs hingga 1550 hrs di Jalan Puchong Putra Perdana ( berhampiran simpang ke Meranti Jaya).Pemandu motokar yang terlibat kemalangan ini diminta datang ke Trafik IPD Sepang untuk membuat repot kemalangan. Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan atau merakamkan kejadian kemalangan tersebut amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis.
Sila hubungi Sjn Izzuan Azizi Pen.Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang di talian 019-5202913

MAKLUMAN LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYABagi membantu melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di Jalan FT2...
18/07/2026

MAKLUMAN LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYA

Bagi membantu melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di Jalan FT29, pengguna jalan raya khususnya penduduk Cybersouth disarankan menggunakan laluan alternatif ke Putrajaya melalui Jalan Kampung Tok Aminudin.

πŸ“ Laluan Disyorkan:
Cybersouth ➜ Pusat Asasi UiTM Dengkil ➜ Jalan FT214 Pekan Dengkil ➜ Jalan Kampung Tok Aminudin ➜ Putrajaya

Penggunaan laluan alternatif ini dijangka dapat:
βœ… Mengurangkan kesesakan trafik di Jalan FT29.
βœ… Melancarkan aliran trafik ke Putrajaya.
βœ… Memendekkan masa perjalanan, terutamanya pada waktu puncak.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu, berhati-hati di sepanjang perjalanan, memandu secara berhemah dan bertanggungjawab, mematuhi semua peraturan lalu lintas serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab bersama. Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya pemanduan berhemah dan menggunakan laluan yang disyorkan bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar, selamat dan teratur demi kesejahteraan semua.

Terima kasih atas kerjasama anda.



Sumber : Facebook Majlis Perbandaran Sepang

18/07/2026

MENCARI WARIS MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA DI KM43.5 JALAN DENGKIL - CYBERJAYA

BSPT SEPANG, 18 JULAI 2026 – Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang
sedang mengesan waris kepada seorang mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya melibatkan (1) buah motokar dan mangsa merupakan pejalan kaki (1) lelaki bangsa tidak pasti tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dalam lingkungan umur 50-an hingga 60-an, memakai baju t- shirt warna hitam dan berseluar jeans pada tarikh 13/07/2026 jam lebih kurang 0300 hrs - 0400 hrs di KM43.5 Jalan Dengkil - Cyberjaya dari arah Dengkil menghala Cyberjaya.

Kerjasama daripada orang ramai
atau waris yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta untuk tampil membantu siasatan pihak polis.

Sila hubungi Insp. Mohamad Fadzil Bin Zainol Abidin Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang di nombor talian 019-6488474

🚧 HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK 🚧Perhatian kepada semua pengguna jalan raya, dimaklumkan bahawa terdapat pengalihan trafik d...
06/05/2026

🚧 HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK 🚧

Perhatian kepada semua pengguna jalan raya, dimaklumkan bahawa terdapat pengalihan trafik dan lencongan sementara di laluan Persimpangan FT29/FT32 melibatkan kawasan Kota Warisan – Bandar Baru Salak Tinggi – KLIA.

Pelaksanaan ini adalah bagi kerja-kerja menaik taraf jalan, termasuk pembahagian tembok jalan kekal serta pengaktifan lampu isyarat, di bawah Fasa 4b yang akan berlangsung mulai 07 Mei 2026 hingga 22 Jun 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, laluan lencongan akan disediakan dan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun pengguna dinasihatkan supaya:
βœ”οΈ Memandu dengan lebih berhati-hati
βœ”οΈ Mematuhi semua papan tanda dan arahan trafik di lokasi
βœ”οΈ Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif jika perlu

Langkah ini adalah penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselesaan bersama pada masa hadapan.

HARI PERTAMA OP SELAMAT 26 HARI RAYA AIDILFITRI 2016Sempena Op Selamat 26 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026,...
19/03/2026

HARI PERTAMA OP SELAMAT 26 HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Sempena Op Selamat 26 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya melalui pengedaran pamplet kepada pengguna jalan raya di sekitar kawasan pentadbiran.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang lalu lintas, mengamalkan sikap pemanduan berhemah serta sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Selain itu, pendekatan advokasi ini juga memberi penekanan kepada langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, tidak memandu dalam keadaan letih atau mengantuk, serta tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Bahagian ini komited dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara melalui usaha berterusan sama ada dari segi penguatkuasaan mahupun pendidikan kepada masyarakat.

Kerjasama dan sikap bertanggungjawab semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan perjalanan sempena musim perayaan ini berjalan lancar, selamat dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Pandu cermat, jiwa selamat.

17/02/2026

HARI KETIGA OP SELAMAT 25 – ADVOKASI DIDAHULUKAN, KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Memasuki hari ketiga Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, anggota Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang terus mempergiatkan usaha advokasi keselamatan jalan raya di kawasan tumpuan orang ramai.

Pendekatan hari ini lebih kepada memberi kesedaran, menasihati serta berinteraksi secara bersemuka dengan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga.

Keselamatan bermula dengan sikap kita sendiri:
πŸš— Pandu dengan sabar dan berhemah
πŸ›΅ Pastikan topi keledar & tali pinggang keledar dipakai dengan betul
πŸ“΅ Elakkan gangguan telefon bimbit ketika memandu
⏳ Rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan

Sempena Op Selamat 26 Tahun Baharu Cina 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya serta pengedaran pamplet keselamatan kepada orang ramai di Petronas Bunga Raya, Salak Tinggi.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan peringatan agar sentiasa berwaspada, khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Melalui pengedaran pamplet dan sesi advokasi ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merancang perjalanan dengan teliti serta mengutamakan sikap sabar dan berhemah ketika memandu.

PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terus terpelihara. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Kami menasihati, anda mematuhi β€” bersama kita jayakan perjalanan yang selamat dan harmoni.




Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Telephone

+60387774264

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik IPD Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share