24/09/2026
๐ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PUSAT ASASI SEMESTER JUNโOKTOBER 2026 ๐
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
๐ Tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Pusat Asasi!
Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. ๐
๐
Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ Tempat: DK-D1, Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
๐ค Dirasmikan oleh: YBrs. Prof. Dr. Haji Zulkhairi bin Haji Amom, Pengarah Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
๐ Penerima Anugerah:
1๏ธโฃ Penerima Straight A Ujian Pertengahan Semester JunโOktober 2026
2๏ธโฃ Penerima Straight A Peperiksaan Akhir berdasarkan Markah Purata Semester Disember 2025โMei 2026
๐ Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan. โจ
๐ Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para pensyarah atas segala usaha, bimbingan dan komitmen dalam membantu para pelajar mencapai kejayaan.
๐ธ Kredit gambar: Prof. Zulkhairi