Polis IPD KLIA

Polis IPD KLIA "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" IPD KLIA telah dilancarkan pada 17 Oktober 2017 oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Bin Harun (Ketua Polis Negara).

02/09/2026
02/09/2026

SMART ENFORCEMENT, IMPAK BESAR: KDN PERKUKUH TINDAKAN BERSEPADU HADAPI KRISIS BEKALAN GLOBAL

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement melalui penguatkuasaan berasaskan risikan, tindakan bersasar dan kerjasama bersepadu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi melindungi kestabilan bekalan, kepentingan ekonomi serta keselamatan rakyat.

“Penguatkuasaan yang pintar, bersepadu dan tepat pada sasaran penting bagi memastikan kepentingan rakyat terus dilindungi serta setiap ancaman terhadap keselamatan dan kestabilan negara dapat ditangani dengan berkesan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Bagi tempoh 12 April hingga 31 Ogos 2026, sebanyak 634 kes telah direkodkan dengan 2,004 tangkapan berjaya dilakukan, manakala nilai keseluruhan rampasan mencecah RM202,012,298.59.

Pendekatan penguatkuasaan ini digerakkan secara tersusun dengan memberi tumpuan kepada lokasi dan aktiviti berisiko tinggi. Penugasan anggota turut dikekalkan secara aktif di 28 lokasi strategik atau hotspot bagi memastikan pemantauan, pencegahan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berterusan.

Pada tarikh pelaporan, tiada kes baharu direkodkan, namun kesiapsiagaan operasi terus dikekalkan. KDN bersama jabatan dan agensi akan terus memperkukuh perkongsian risikan, penyelarasan operasi serta tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan negara.

RISIKAN TEPAT • OPERASI BERSEPADU • TINDAKAN BERSASAR • PERLINDUNGAN RAKYAT

Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 1 September 2026

02/09/2026
02/09/2026

CIRCLE YANG BAIK, MEMBENTUK DIRI YANG BAIK.

Pilihlah circle yang bukan sekadar membuat kita ketawa, tetapi juga mengingatkan kita apabila tersilap.

Circle yang baik tidak akan sentiasa mengiyakan kita. Mereka berani menegur tanpa menjatuhkan, menyokong tanpa memanjakan dan mendoakan kita walaupun kita tiada di hadapan mereka.

Kita tidak perlukan ramai orang. Cukuplah beberapa insan yang apabila bersama mereka, kita semakin dekat dengan kebaikan, semakin matang dalam berfikir dan semakin tenang dalam menjalani kehidupan.

Kerana siapa yang kita pilih untuk berada di sekeliling kita, sedikit sebanyak akan membentuk siapa kita akhirnya.

Pilih circle yang membawa hikmah, bukan drama.
Membina, bukan meruntuhkan.
Mendekatkan kepada Allah, bukan menjauhkan.

01/09/2026
01/09/2026

TIDUR YANG TIDAK TERATUR, JANGAN DIANGGAP BIASA.

Kita selalu fikir tidur cuma soal penat dan mengantuk. Hakikatnya, tidur yang tidak cukup atau waktu tidur yang sentiasa berubah boleh menjejaskan cara otak mengawal emosi, tekanan, fokus dan daya tahan mental.

Bila badan tidak cukup rehat, emosi mudah menjadi pendek. Perkara kecil terasa besar. Fikiran lebih sukar tenang dan kemampuan menghadapi tekanan turut menurun.

Jangan tunggu mental sudah terlalu letih baru mahu menjaga tidur.

Tidur yang baik bukan kemewahan. Ia sebahagian daripada penjagaan kesihatan mental.

Malam ini, cuba tanya diri:
☑️ Adakah waktu tidur saya konsisten?
☑️ Adakah saya masih menggunakan skrin sebelum tidur?
☑️ Adakah saya bangun dalam keadaan benar-benar segar?

Jaga tidur. Jaga emosi. Jaga diri.

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS PDRM

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA
Sepang
64000

Telephone

+60387768222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis IPD KLIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share