28/02/2023
JANA WIBAWA, WAN SAIFUL & 6 PRN
Kita semua dah dengar bermacam cerita-cerita rakyat denga dongeng-dongeng Mat Jenin dari Putrajaya sejak 3 bulan lebih yang lepas. Banteras rasuah, penyelewengan, kronisme, urus tadbir baik, minyak turun, ekonomi meningkat dan macam-macam lagi janji yang masih di alam sebalik mata. Manifesto siapa yang nak dipakai sebagai panduan tadbir kepentingan negara dan rakyat pun kita tak tahu. Manifesto BN ke PH. Ke dia guna pakai polisi ikut terlintas. Kita pun tak tahulah.
Minggu lepas Datuk Wan Saiful Wan Jan disoal siasat, ditahan dan didakwa berkait tuduhan salah laku berkait projek Jana Wibawa. Kita tak mahu mendahului perbicaraan mahkamah dan keputusannya. Namun apa yang kita personal apakah ini kebetulan? 6 PRN dalam masa 3-4 bulan dari sekarang. Entahlah. Tapi apa pun kita berharap sangat Datuk Wan Saiful diberi pengadilan penuh. Dia juga seorang innocent until proven guilty jika mengikut prinsip undang-undang. Jadi tak perlulah sebahagian pihak bertungkus lumus mematikan karektor beliau sebab overkilling kills.
Kerja kita? Rapatkan saf, bekerja kuat dan ikhlas. Kita tahu sebahagian individu dan blok cuba lobi jawatan itu dan ini. Sementelahan pemilihan pun tak jauh dah. Termasuklah jawatan yang ditinggalkan Datuk Wan Saiful – Ketua Penerangan BERSATU. Bezakanlah parti kita dengan UMNO saudara-saudara sekalian. Ikut teladan PAS. Siapa yang melobi mintak jawatan memang sampai ke tua dia takkan naik. Sebaliknya jawatan hanya diberi kepada yang betul-betul fit, yang ikhlas dan yang tak mengendeng apa-apa jawatan.
6 PRN akan datang ini satu-satunya cara untuk menghantar mesej kepada YB Tambun dan Bagan Datuk bahawa rakyat tidak menyenangi prestasi dan meragui keupayaan jentera kabinet mereka bekerja untuk rakyat. Pelabur masih tak berapa yakin untuk masuk, pasaran kerja belum nampak polisi yang konkrit, belanjawan deficit paling besar dalam sejarah, polisi sekuriti makanan negara yang tak pasti Abang Mat tengah tulis dalam rumi ke jawi. Tapi yang hype disuapkan kepada rakyat, itulah dia - .