Muzium Automobil Nasional

Muzium Automobil Nasional Penubuhan Muzium ini adalah untuk memaparkan perkembangan industri automotif negara

LATAR BELAKANG

Muzium Automobil Nasional merupakan satu projek yg diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2000 yang telah mencadangkan agar mewujudkan sebuah muzium yang mempamerkan model-model kereta nasional dan kereta-kereta yang digunakan oleh pembesar-pembesar Negara. Satu Jawatankuasa telah diwujudkan bagi merancang dan me

laksanakan usaha-usaha penubuhan muzium ini. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Arkib Negara Malaysia, UPE, Bufori Motor Car Co., DRB-HICOM Berhad, PERODUA, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ,Muzium Warisan Sosial Rakyat Malaysia dan lain-lain agensi. Bangunan Welcome Centre di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah dipilih untuk menempatkan muzium tersebut dengan keluasan 18,071 kaki persegi. Muzium Automobil Nasional telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2004 sempena Petronas Grand Prix Formula 1. KOLEKSI

Terdapat 22 buah koleksi di pamerkan di Muzium Automobil Nasional meliputi kereta sebanyak 15 buah, motosikal sebanyak 6 buah dan sebuah lori. Perolehan koleksi adalah secara pembelian dari individu, pembekal, dan sumbangan dari syarikat automotif tempatan. PERKHIDMATAN MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL

Muzium Automobil Nasional ada menyediakan perkhidmatan dalam memberikan taklimat, lawatan berpandu ke galeri, tayangan video di mini auditorium, tayangan audio visual di setiap segmen, bantuan penyelidikan dan brosur/pamphlet.

14/05/2026
14/05/2026
14/05/2026

Panduan Pelawat ke Muzium Negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Tengah pada:

📅 15-17 Mei 2026
📍Muzium Negara






14/05/2026

Geran Padanan Muzium (GPM) 2026 dibuka untuk permohonan mulai 1 Mei hingga 30 Julai 2026 untuk memperkasa institusi muzium dan warisan negara melalui pelbagai inisiatif pembangunan serta pemodenan muzium.

Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia mempelawa agensi, institusi dan organisasi berkaitan untuk mengemukakan permohonan bagi projek atau program yang memberi manfaat kepada masyarakat merangkumi aspek infrastruktur kekal, pendigitalan, ruang pendidikan dan program permuziuman.

Imbas kod QR atau layari laman sesawang rasmi Jabatan Muzium Malaysia untuk maklumat lanjut dan permohonan.




14/05/2026

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 dan Majlis Penutupan Bermalam di Muzium Bersama Belia akan disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 16 Mei 2026 bertempat di Muzium Negara.

Sambutan pada kali ini juga mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan penerapan nilai Faham, Hormat, Terima dan Meraikan menuju keharmonian nasional.

Sambutan ini menjadi platform interaksi dan tapak integrasi untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta memperluas pengetahuan terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Muzium Malaysia
Muzium Negara RASMI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur
Jabatan Penerangan Malaysia





14/05/2026
14/05/2026

𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗨: 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗞𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗜𝗞𝗜 𝗟𝗔𝗕𝗨

Asas hidup bersama dicapai dengan persetujuan dan kesepakatan pihak-pihak berkepentingan untuk membangunkan negara. Kesepakatan dijulang seperti obor, cantik dari jauh hangat bila dipegang. Tapi bila masa berlalu, obor itu lebih kerap dijadikan hiasan, bukan lagi penerang jalan. Mulalah ada tangan-tangan yang beraksi atas nama kemajuan, penilaian semula dan tak mahu ketinggalan, kecil tapi rakus, pandai bersembunyi di balik pujian dan alasan. Tidak menjerit dan menafikan menentang asas tetapi menggerogoti perlahan. Sedikit hari ini, sedikit esok, cukup halus sampai kita tak perasan. Diam-diam bukan ubi berisi tapi amanah dan kepercayaan dikorbankan.

Dialog bertingkah kata sampai kita naik hairan. Apa payahnya penjelasan yang telah diberikan. Buka ajelah kitab asas bernegara jadikan pedoman. Adakah faham atau buat-buat tidak faham, maka pandangan tidak dipedulikan. Lalu kita pun buat ramalan, bukan semua yang lembut itu ikhlas, dan bukan semua yang diam itu reda. Kita lupa yang asas yang dipersetujui bukan untuk dipamer dan kalau tidak dijaga, semua akan porak peranda. Kita berpaling sini sana, harapkan kepada yang diberi kuasa tidak melanggar sempadannya. Amanah diberikan harap dikota dan dipelihara.

Sahabat, peringatan untuk kita semua, tak kiralah level mana kita berada. Selagi kita bernama manusia, sabar dan tenang ada hadnya. Jangan digadai persetujuan asas dan kepercayaan yang dibina sekian lama. Hanya gara-gara melihat sejarah dari kaca mata kita sahaja. Hari ini, maklumat di hujung jari. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Jangan dihilangkan kepercayaan, mematikan rasa bersama dek segelintir mahu kekal memegang kuasa. Prestasi tidak jatuh kerana kekurangan sumber atau dasar tetapi dek amanah yang sirnanya sinar.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






14/05/2026

Address

SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT
Sepang
64000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Automobil Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzium Automobil Nasional:

Share