Depot Imigresen KLIA - Rasmi

Depot Imigresen KLIA - Rasmi Halaman rasmi Depot Imigresen KLIA. Menyampaikan maklumat sahih berkaitan operasi, prosedur, dan aktiviti rasmi depot.

Dikendalikan oleh pihak pengurusan Depot KLIA.

30/12/2025

Rangkuman aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2025.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Operasi Pemindahan Warganegara Indonesia ke Negara Asal ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉPort Dickson, 10 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysi...
11/09/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Operasi Pemindahan Warganegara Indonesia ke Negara Asal ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Port Dickson, 10 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia melalui Depot Imigresen KLIA telah melaksanakan satu operasi pemindahan Orang Yang Dipindahkan (OYD) seramai 23 orang warganegara Indonesia yang terdiri daripada 12 lelaki dewasa dan 11 perempuan dewasa.

Pemindahan ini dilakukan melalui Jeti Feri Port Dickson menuju ke Dumai, Indonesia pada jam 10.00 pagi, yang diketuai oleh TPPI Hussein bin Ismail bersama seorang Pegawai Imigresen Kanan dan 06 orang Pegawai Imigresen.

Operasi ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Imigresen Malaysia dalam memastikan pengurusan pemindahan dilaksanakan dengan teratur, selamat, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan operasi berjalan dengan lancar. ๐Ÿ™Œ







10/09/2025

๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ?

Sekiranya Pasport Malaysia Antarabangsa rosak akibat ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ, pemohon boleh dikenakan ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ. Namun, jika kerosakan berpunca daripada ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, tiada denda dikenakan dengan syarat ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ.

Pemohon perlu membawa bersama pasport rosak ke kaunter Jabatan Imigresen Malaysia untuk urusan gantian.



ยฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ | ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Lawatan Sambil Belajar UPNM ke Depot Imigresen KLIASepang, 28 Ogos 2025 - Depot Imigresen KLIA telah menerima kunjungan ...
08/09/2025

Lawatan Sambil Belajar UPNM ke Depot Imigresen KLIA

Sepang, 28 Ogos 2025 - Depot Imigresen KLIA telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam program lawatan sambil belajar.

Dalam sesi ini, para pelajar diberikan penerangan terperinci mengenai fungsi utama depot, termasuk pengurusan tahanan dan operasi harian yang dijalankan oleh pihak imigresen. Selain itu, mereka turut didedahkan tentang langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi memastikan kebajikan tahanan serta keselamatan kakitangan dan fasiliti sentiasa terjamin.

Program ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada para pelajar UPNM serta meningkatkan pemahaman mereka tentang tanggungjawab dan cabaran yang dihadapi oleh pihak imigresen dalam melaksanakan tugas.

Terima kasih kepada pihak UPNM atas kerjasama yang terjalin. Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi memperkukuh hubungan dan perkongsian ilmu antara institusi pendidikan dan agensi penguatkuasaan.





Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025MSepang, 5 September 2025 โ€“ Depot Imigresen KLIA telah mengadakan Majlis Samb...
06/09/2025

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M

Sepang, 5 September 2025 โ€“ Depot Imigresen KLIA telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Depot Imigresen KLIA dengan tema โ€œMembangun Ummah Madaniโ€.

Majlis ini dianjurkan oleh Unit Latihan Depot Imigresen KLIA dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Depot KLIA, sebagai usaha memperkukuh nilai kerohanian, mempererat ukhuwah, dan memupuk semangat keinsafan dalam kalangan warga depot.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi medan penghayatan terhadap sunnah Baginda dalam membina masyarakat yang berakhlak mulia, berintegriti, dan sejahtera.

Semoga majlis ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan menjadi inspirasi kepada warga depot untuk mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan dan tugas yang diamanahkan.

๐ŸŒธโœจ




Perhimpunan Pagi & Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur GemilangSepang, 26 Ogos 2025 โ€“ Warga Depot Imigresen KLIA telah meng...
05/09/2025

Perhimpunan Pagi & Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Sepang, 26 Ogos 2025 โ€“ Warga Depot Imigresen KLIA telah mengadakan Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2025 bertempat di Ruang Lobi Depot Imigresen KLIA, yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Khairrul Aminus bin Kamaruddin, Pengarah Imigresen Negeri Selangor.

Dalam amanat beliau, YBrs. Tuan Pengarah menekankan kepentingan usaha penambahbaikan di Depot Imigresen serta mengingatkan pegawai untuk sentiasa menambah nilai diri, termasuk penguasaan bahasa asing, demi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniโ€. Kempen ini melambangkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air, di mana semua warga depot digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda perpaduan serta kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Depot Imigresen KLIA bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti, dan berdisiplin demi kesejahteraan negara serta keselamatan sempadan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ




๐Ÿ“ข PENGENALAN KOMANDAN DEPOT IMIGRESEN KLIASukacita kami memperkenalkan Komandan Depot Imigresen KLIA, PPI Muhammad Nizam...
01/09/2025

๐Ÿ“ข PENGENALAN KOMANDAN DEPOT IMIGRESEN KLIA

Sukacita kami memperkenalkan Komandan Depot Imigresen KLIA, PPI Muhammad Nizam bin Abu Jaapar, yang kini memimpin pentadbiran dan operasi depot ini.

Beliau merupakan seorang pegawai kanan berpengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan imigresen serta pengurusan pusat tahanan. Seorang pemimpin yang tegas namun berjiwa prihatin, beliau sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, disiplin, dan kebajikan petugas serta tahanan di Depot Imigresen KLIA.

Di bawah kepimpinan beliau, depot ini terus memperkukuh tahap keselamatan, meningkatkan keberkesanan pengurusan, dan memastikan integriti serta profesionalisme sentiasa menjadi teras utama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ UCAPAN HARI KEMERDEKAAN KE-68

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniโ€, warga Depot Imigresen KLIA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina negara yang berdaulat, maju, dan harmoni di bawah aspirasi Malaysia MADANI.

Address

Depot Imigresen KLIA, Jalan Pekeliling 4
Sepang
64050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depot Imigresen KLIA - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share