29/04/2026
https://www.facebook.com/share/1E9PUnjo83/
𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐚𝐝𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢.
UMNO Bahagian Sepang pada hari ini telah membuat laporan polis berhubung tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyunting serta menyebarkan imej penghinaan terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Perbuatan ini bukan sahaja menghina peribadi Baginda, malah merupakan satu penghinaan terbuka terhadap institusi Kesultanan Selangor, lambang kedaulatan negeri, payung rakyat dan tonggak keharmonian yang wajib dipertahankan.
UMNO Bahagian Sepang menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang berani mencabar atau memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti ini adalah melampau, tidak bertamadun dan mengancam kestabilan negara.
Sehubungan itu, kami mendesak pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak segera, mengenal pasti dalang sebenar dan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kelewatan.
Rakyat Sepang tidak akan berdiam diri terhadap sebarang cubaan mencemarkan maruah institusi diraja.
Daulat Tuanku.