Pusat Pengurusan Stesen MARDI

Pusat Pengurusan Stesen MARDI Pusat Pengurusan Stesen (PS) merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terdapat Di MARDI.

Pusat Pengurusan Stesen PS adalah sebuah PTj yang menguruskan pentadbiran Stesen Stesen MARDI seluruh Malaysia. Pusat PS ini diketua oleh Pengarah , En Azman Bin Mohd Saad mempunyai 2 SubProgram dibawahnya.

Lebih kurang 50 orang kakitangan pusat pengurusan stesen ibu pejabat MARDI Serdang terlibat secara sukarelawan mangsa ba...
11/01/2015

Lebih kurang 50 orang kakitangan pusat pengurusan stesen ibu pejabat MARDI Serdang terlibat secara sukarelawan mangsa banjir di FAMA dengkil

17/03/2014

Kini berlangsung Bengkel Inovasi Akar Umbi MARDI siri 2/2014 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan. Berkerja dalam inovasi dan kreativiti

Assalamulaikum ,selamat sejahtera dan salam 1 MalaysiaYg Bhg Dato'/Yg H.Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan/CikLawatan Kerja YB Dat...
13/03/2014

Assalamulaikum ,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia
Yg Bhg Dato'/Yg H.Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik

Lawatan Kerja YB Dato' Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Ke MARDI Kundang

Pada 11.03.2014 (Selasa) YB Dato' Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI YB Dato' Mohd Fadil bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke MARDI Kundang. Lawatan beliau juga turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah ( Penyelidikan ), Pengarah Kanan Operasi, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat,Antarabangsa dan Kualiti (KK), Ketua Unit Biji Benih dan Biakbaka (UBB),Timb. Pengarah Pusat Pengurusan Stesen (PS), Timb Pengarah bahagian Pengurusan Kewangan (PK), Pengarah MARDI Negeri Selangor dan Kakitangan dari MARDI Klang.

Pihak kakitangan MARDI Kundang mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian YB Dato'Pengerusi Lembaga Pengelola diatas kesudian mengadakan lawatan kerja ke MARDI Kundang. Bersama-sama dilampirkan gambar lawatan YB Dato’ Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI.
Terima Kasih.

Mohd Asri Fariq Abd Ghafar
Unit Khidmat Sokongan Ibu Pejabat
Pusat Pengurusan Stesen

Inovasi Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui ...
06/03/2014

Inovasi
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua kakitangan PPS untuk mengemukakan segala hasil inovasi akar umbi Setiap Stesen untuk dikongsi dan dibincangkan untuk kemajuan Pusat Pengurusan Stesen MARDI.

Mohd Asri Fariq
UKSIP, PPS

Assalamualaikum wrt.wbrt. dan Salam Sejahetera. Yg Bhg Dato'/Yg H. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik, Pada 4 Mac 2014, yang p...
06/03/2014

Assalamualaikum wrt.wbrt.
dan Salam Sejahetera.

Yg Bhg Dato'/Yg H. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik,

Pada 4 Mac 2014, yang peserta program My Kampung My Future (MKMF) iaitu yang mengusahakan penanaman cili secara fertigasi dari Kampung Gedong, Simunjan
telah menjalani latihan amali pemprosesan produk berasaskan cili di pejabat MARDI Kuching. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan
mengenai pemprosesan produk-produk yang berkaitan.

Laporan penuh seperti berlampir.

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah

KIP BIN NEN
MARDI Kuching

06/03/2014

Assalamualaikum
Dato Tuan/puan

Dimaklumkan Penolong Pegawai tadbir MARDI Sintok En Nordin Mohammad telah diserang Stroke petang Semalam dan sedang di rawat di Hospital Sultanah Bahiyan sejak semalam .beliau telah kembali pulih dan semakin baik .Masih ditahan di Wad Kenanga 4C katil 13.

Sesiapa rakan taulan beliau boleh melawat beliau disana

Manakala Seorang PRA MARDI sintuk En Shabuddin Shariff sedang tenat dirumah akibat kanser berdarah.Beliau dalam keadaan sangat uzur .

Sesiapa rakan taulan beliau boleh melawat beliau dirumahnya di perumahan FELCRA Tanjung Genting Sintok .

Sekian untuk makluman



Othman Ismail
TPS sintok

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahteraYH Dato'/YM Tengku Dato'/Tuan/Puan Lawatan turun padang YBhg Dato' Ketua Penga...
05/03/2014

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera
YH Dato'/YM Tengku Dato'/Tuan/Puan

Lawatan turun padang YBhg Dato' Ketua Pengarah bersama dengan Pengarah PS, LR, SM, PT, KK dan Ketua Unit BB telah berlangsung di MARDI Kluang pada hari Isnin, 3 Mac 2014. Kesempatan lawatan tersebut telah dimanfaatkan oleh YBhg Dato' untuk berdialog dengan semua kakitangan sambil mendengar rintihan dan pandangan semua pihak bagi menambah baik pengurusan MARDI Kluang. YBhg Dato' dan ahli rombongan kemudiannya dibawa melawat Projek ARB, Makmal NAEC, Kuarters dan kawasan ladang.

Terima kasih kepada Pengurus Stesen, Timbalan Pengurus Stesen dan semua kakitangan MARDI Kluang atas kerjasama dan layanan hebat anda semua. Terima kasih.

Ab Ghani Mohammed
Pengarah KK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Y.Bhg Datuk/YH Dato'/Tuan/Puan,     Berikut adalah Laporan MSM MARDI Hilir Pera...
05/03/2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Y.Bhg Datuk/YH Dato'/Tuan/Puan,

Berikut adalah Laporan MSM MARDI Hilir Perak (Ceramah Maulidurrasul) yang berlansung pada 18/02/2014 yang lalu. Sekian terima kasih.

Bukit Dato' puncak tertinggi ibu pejabat MARDI.. Bakal dibangunkan untuk Agrotourism in shaa Allah
03/02/2014

Bukit Dato' puncak tertinggi ibu pejabat MARDI.. Bakal dibangunkan untuk Agrotourism in shaa Allah

Mantan Pengarah dan Timb. Pengarah Pusat Pengurusan Stesen Tn Hj. Ab Ghani Mohamed dan En Zainuddin Zainol mendapat cend...
26/12/2013

Mantan Pengarah dan Timb. Pengarah Pusat Pengurusan Stesen Tn Hj. Ab Ghani Mohamed dan En Zainuddin Zainol mendapat cenderahati disampaikan oleh Pengarah PS En Azman B. Mohd Saad

26/12/2013

YBhg. Dato'/YH Dato'/Dato' Tengku/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Pengarah PS akan mula bercuti menunaikan Umrah pada 27 Disember 2013 sehingga 10 Januari 2014 dan telah mula bercuti hari ini (26 Disember 2013).

2. Sehubungan dengan itu sepanjang ketiadaan beliau, pegawai seperti berikut akan menggantikan bagi menjalankan tugas-tugas Pengarah Pusat Pengurusan Stesen di samping tugasan hakiki masing-masing.

Pegawai Tempoh


1. En Ramli Abdullah 26/12 hingga 27/12 HP: 012-682 7090 / samb: 8045

2. Dr.Ghazali Hussin (TPPS01) 30/12 hingga 3/1/14 HP: 019-754 4226 / samb: 7193

3. En Wan Zairi Wan Abdul Manaf (TPPS02) 6/1/14 hingga10/1/14
HP: 016-301 6150 / samb: 7524

24/12/2013

Selamat menunaikan umrah jg diucapkan kpd Pengarah Pusat Pengurusan Stesen, En Azman Mohd Saad yg bakal berangkat ke tanah suci pd 27 Disember 2013...Beliau akn mula bercuti pd 26 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014....semoga dipermudahkan sgl urusan beliau dan keluarga......mg sts dikurniakan kshtn yg baik....-cc rohaniza mohd zahari

Address

Persiaran MARDI-UPM, Ibu Pejabat MARDI
Serdang
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Stesen MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share