20/08/2026
🌱 PROGRAM JOM HIJAU PERINGKAT PUSPEN SERDANG 🌱
HIJAUKAN PERSEKITARAN LESTARI KEHIDUPAN
SERDANG, 20 Ogos 2026 – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang terus memperkasa penghayatan terhadap kelestarian alam sekitar menerusi Program Jom Hijau Peringkat PUSPEN Serdang yang dilaksanakan secara berterusan melibatkan warga pusat serta penghuni.
Program yang berlangsung kelmarin dan diteruskan pada hari ini memberi penekanan kepada pembentukan kesedaran, kemahiran serta sikap bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar melalui aktiviti yang bermanfaat dan berteraskan pembelajaran secara praktikal.
Antara pengisian yang diketengahkan adalah aktiviti penjagaan dan penanaman tanaman, pengasingan serta penggunaan semula bahan kitar semula, pengurusan sisa dapur bagi penghasilan baja kompos, pengenalan konsep teknologi hijau melalui aktiviti akuaponik serta kerja-kerja pemeliharaan kawasan persekitaran PUSPEN Serdang.
Penglibatan kakitangan pelbagai peringkat serta penghuni menyemarakkan lagi aktiviti Jom Hijau kali ini. Lebih daripada sekadar menceriakan persekitaran, program ini menjadi wadah untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin, tanggungjawab dan kemahiran hidup dalam kalangan penghuni. Setiap aktiviti yang dilaksanakan turut membuka ruang kepada mereka untuk menghayati bahawa perubahan positif boleh bermula daripada perkara kecil yang dilakukan secara konsisten.
Pendekatan ini selari dengan usaha AADK dalam memperkukuh proses pemulihan melalui aktiviti yang memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian serta membantu klien membina gaya hidup yang lebih positif.
🌱🌵💚♻️🌱🌳🍃☘️