Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

16/07/2026

⚠️ JANGAN GADAIKAN KESIHATAN ANDA! JOM TOLAK UBAT TIDAK SAH! ⚠️

Kesihatan kita adalah aset yang paling berharga. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis ubat-ubatan yang tidak diketahui asal usulnya!

Saksikan video pesanan ringkas daripada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan untuk mengenali 5 ciri utama ubat tidak sah yang wajib kita hindari:
1️⃣ Ubat tidak berdaftar dengan KKM
2️⃣ Ubat tiruan / Counterfeit
3️⃣ Ubat yang diperoleh dari sumber tidak sah
4️⃣ Ubat yang dicampur bahan / racun terlarang
5️⃣ Ubat yang diimport tanpa kelulusan KKM

Jadilah pengguna yang bijak. Sebelum beli, pastikan semak dahulu status pendaftaran produk dan mempunyai hologram FarmaTag yang tulen. Katakan TIDAK kepada ubat tidak sah! 🛑💉

KURSUS PEMANTAPAN AKTIVITI SERBUAN: FIRST RESPONDER & PERTAHANAN DIRI 🥋🚨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya ...
16/07/2026

KURSUS PEMANTAPAN AKTIVITI SERBUAN: FIRST RESPONDER & PERTAHANAN DIRI 🥋🚨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pemantapan Aktiviti Serbuan: First Responder Dan Pertahanan Diri anjuran Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Kursus tiga hari ini telah diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Bilik Alamanda, JKNNS.

Sepanjang kursus ini, para pegawai telah didedahkan dengan pelbagai pengisian impak tinggi demi meningkatkan kesiapsiagaan pegawai semasa menjalankan tugas di lapangan, antaranya:
🔹 Pengenalan pertahanan diri & pengurusan ancaman
🔹 Teknik asas pertahanan diri & menghadapi serangan agresif
🔹 Kepentingan pembuktian digital, tatacara rampasan, dan analisis forensik
🔹 Latihan simulasi situasi sebenar

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Master-Master Taekwondo jemputan yang sudi berkongsi ilmu serta teknik pertahanan diri (self-defense), tidak lupa juga kepada penceramah jemputan bagi slot First Responder. Semoga perkongsian dan kemahiran yang dicurahkan ini dapat memberikan manfaat yang maksima serta meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan pegawai semasa aktiviti serbuan dijalankan.

Syabas diucapkan kepada semua pegawai yang komited menjayakan kursus ini! 💪✨

Sesi Pameran Bertemakan Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 💊🏥 Alhamdulillah, ...
13/07/2026

Sesi Pameran Bertemakan Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 💊🏥

Alhamdulillah, satu sesi pameran bertemakan kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan bersama kempen Kenali Ubat Anda anjuran Klinik Kesihatan Seremban 2 telah berjaya dilaksanakan! Program yang menyasarkan golongan pelajar, orang awam, dan penjawat awam ini telah berlangsung dengan cukup meriah dan lancar. 🔥🎉

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah disediakan untuk para pengunjung yang singgah ke gerai pameran kami:

🔍 Advokasi & Ketulenan Ubat
Sesi penerangan terperinci mengenai ciri-ciri ubat tidak sah serta panduan memuat turun aplikasi MyUbat bagi mengenal pasti ketulenan FarmaTag.

💡 Celik Iklan & Kuiz Uji Minda
Pendedahan penting mengenai pengenalan iklan ubat yang sah, peranan Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan slot kuiz interaktif yang penuh sengit! 🧠🔥

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang sangat sporting memeriahkan gerai pameran kami! Hadiah-hadiah menarik seperti payung, beg jut, mug, dan thumbdrive telah berjaya dibawa pulang oleh para pemenang kuiz serta seluruh peserta yang terlibat. 🥳🎁

Semoga perkongsian ilmu hasil kolaborasi ini memberikan impak yang sangat positif, bermanfaat, dan meningkatkan kesedaran kita semua tentang keselamatan ubat-ubatan.

Ingat, pastikan ubat anda SAH dan kenali ubat anda sebelum guna! 🤝✨

13/07/2026

🎒✈️ 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚?
Jangan terus masukkan dalam bag tanpa semak peraturan! Kesilapan kecil boleh menyebabkan ubat anda ditahan atau dirampas. 🚫💊

Ingat 3 perkara penting:
💊 Untuk kegunaan sendiri atau keluarga
📅 Bekalan tidak melebihi 1 bulan
✔️ Memenuhi semua syarat yang ditetapkan

Patuh peraturan, perjalanan lebih tenang! ❤️
𝘽𝒆𝙧𝒔𝙖𝒎𝙖-𝙨𝒂𝙢𝒂 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙏𝒐𝙡𝒂𝙠 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉! 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉, 𝘽𝒖𝙖𝒕 𝑨𝙣𝒅𝙖 𝙎𝒖𝙨𝒂𝙝!

13/07/2026

🚨𝑲𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊 𝑼𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈-𝑼𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒘𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑷𝒔𝒊𝒌𝒐𝒕𝒓𝒐𝒑𝒊𝒌! 🚨
Tahukah anda? Pengendalian bahan psikotropik yang tidak mengikut saluran sah boleh membawa hukuman berat sehingga RM100,000 denda atau 5 tahun penjara di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952!

Ingat 3 perkara utama:
✅ Penggunaan terhad untuk perubatan & penyelidikan sah (Jadual Ketiga Akta Racun 1952).
✅ Elakkan risiko salah guna.
✅ Patuhi Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989.

Lindungi diri, lindungi masyarakat. Sentiasa patuhi undang-undang! 🛡️💊

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐡! 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐡, 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐒𝐮𝐬𝐚𝐡!

09/07/2026

❓𝙋𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝𝙠𝙖𝙝 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙠𝙡𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩:
❤️ Penyakit jantung
🩸 Kanser
💯100% berkesan

Tahukah anda bahawa tuntutan seperti ini adalah antara perkara yang dikawal dan tidak boleh diiklankan?

📌 Sentiasa semak nombor kelulusan LIU pada iklan produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan melalui laman sesawang pharmacy.moh.gov.my/apps/iklan

𝘽𝒆𝙧𝒔𝙖𝒎𝙖-𝙨𝒂𝙢𝒂 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙏𝒐𝙡𝒂𝙠 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉! 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉, 𝘽𝒖𝙖𝒕 𝑨𝙣𝒅𝙖 𝙎𝒖𝙨𝒂𝙝!

08/07/2026

📢 𝑺𝒄𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒍𝒖, 𝑩𝒂𝒓𝒖 𝒀𝒂𝒌𝒊𝒏!
Sebelum membeli atau mengambil sebarang ubat buat semakan dahulu dengan:
📲 Muat turun aplikasi 𝐌𝐲𝐔𝐁𝐀𝐓
🔍 Klik FarmaChecker dan imbas kod QR hologram pada produk
✅ Pastikan status produk adalah sah dan berdaftar
Hanya beberapa saat untuk memastikan ubat yang diambil adalah sah, berdaftar dan selamat.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐡! 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐡, 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐒𝐮𝐬𝐚𝐡!

08/07/2026

🚨𝑷𝙀𝑹𝙄𝑵𝙂𝑨𝙏𝑨𝙉 𝙋𝑬𝙉𝑻𝙄𝑵𝙂 𝙎𝑬𝘽𝑬𝙇𝑼𝙈 𝙈𝑬𝙈𝑩𝙀𝑳𝙄 𝙐𝑩𝘼𝑻 𝑺𝙀𝑴𝙋𝑬𝙉𝑨 𝑺𝘼𝑳𝙀 7.7! 🚨

Jualan Double Date memang masa yang paling dinanti-nantikan untuk berbelanja. Walau bagaimanapun, pembelian ubat-ubatan secara atas talian memerlukan perhatian yang tinggi agar tidak memudaratkan diri sendiri.

Sebelum tekan butang checkout, ingat 3 peringatan penting ini:
💬 Jangan terpedaya dengan testimoni! Testimoni mudah sangat nak dipalsukan. Semak dulu kesahihan sebelum terus percaya.
📣 Jangan terpedaya dengan tawaran hebat! Harga terlampau murah? Ada risiko ubat tersebut palsu atau tiruan.
🔍 Semak Status Pendaftaran Ubat – Pastikan ada Hologram FarmaTag™ & Nombor Pendaftaran MAL sebelum buat bayaran.

𝘽𝒆𝙧𝒔𝙖𝒎𝙖-𝙨𝒂𝙢𝒂 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙏𝒐𝙡𝒂𝙠 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉! 𝙐𝒃𝙖𝒕 𝑻𝙞𝒅𝙖𝒌 𝑺𝙖𝒉, 𝘽𝒖𝙖𝒕 𝑨𝙣𝒅𝙖 𝙎𝒖𝙨𝒂𝙝!

Terima Kasih Jempol! Selesai sudah jelajah pameran TOBaTS kami! 🤝💊Selesai sudah sesi pameran Kempen Tolak Ubat Tidak Sah...
06/07/2026

Terima Kasih Jempol! Selesai sudah jelajah pameran TOBaTS kami! 🤝💊

Selesai sudah sesi pameran Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Sembilan & Parlimen Jempol! Memang meriah sambutan daripada orang awam yang sudi singgah ke tapak pameran kami.

Kenapa pentingnya kita tahu tentang TOBaTS? Sebab ubat tidak sah boleh membahayakan kesihatan kita dan keluarga. Kami sangat teruja dapat berkongsi info penting, mengedarkan risalah, dan beramah mesra dengan anda semua.

Tahniah kepada semua yang telah mengimbas kod QR untuk terus berhubung dengan kami melalui Facebook dan Portal CIP. Jangan lupa, pastikan anda sentiasa peka dan semak dahulu sebelum guna!

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang menerima cenderamata daripada kami. Jumpa anda di lokasi pameran yang seterusnya!

Jom, jadilah pengguna yang bijak. Sebarkan kesedaran ini kepada rakan dan keluarga anda!

🛒 𝗗𝗼𝘂𝗯𝗹𝗲 𝗗𝗮𝘁𝗲 𝗦𝗮𝗹𝗲 memang menarik, tapi 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮 dengan ubat murah!𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶, pastikan ubat yang d...
02/07/2026

🛒 𝗗𝗼𝘂𝗯𝗹𝗲 𝗗𝗮𝘁𝗲 𝗦𝗮𝗹𝗲 memang menarik, tapi 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮 dengan ubat murah!

𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶, pastikan ubat yang dipilih berdaftar dengan KKM. Jangan hanya kejar harga murah, utamakan 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 untuk anda dan keluarga.

Address

Jabatan Kesihatan Negeri Jalan Rasah, Seremban Darul Khusus
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067664800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share