Penjara Seremban

Penjara Seremban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Seremban, Jalan Muthucumaru, Seremban.

KUNJUNGAN HORMAT DAN SALAM TAKZIM PENGURUSAN PENJARA NEGERI SEMBILAN  Pada 09 Jun 2026 (Selasa) Pengurusan Penjara Neger...
11/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN SALAM TAKZIM PENGURUSAN PENJARA NEGERI SEMBILAN

Pada 09 Jun 2026 (Selasa)
Pengurusan Penjara Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat dan salam takzim ke Majlis Bandaraya Seremban Persiaran Forest Height 1 Seremban bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi. Tujuan lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pengurusan Penjara Negeri Sembilan, menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak berkaitan, serta membincangkan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PEMILIHAN ANUGERAH PINGAT/SIJIL PENGHARGAAN JABATAN PENJARA MALAYSIA BAGI ZON TENGAH TAHUN ...
11/06/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PEMILIHAN ANUGERAH PINGAT/SIJIL PENGHARGAAN JABATAN PENJARA MALAYSIA BAGI ZON TENGAH TAHUN 2026

Pada 08 Jun 2026 (Isnin)
Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Pingat/ Sijil Penghargaan Jabatan Penjara Malaysia bagi Zon Tengah yang diadakan di Penjara Seremban yang dipengerusi oleh KP Mohamad Rosidek bin Musa Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan.

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026Pada 27 Mei 2026 (Rabu) Surau...
28/05/2026

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026

Pada 27 Mei 2026 (Rabu) Surau Al -Jamiah dan Pengurusan Penjara Seremban telah mengadakan Program Ibadah Korban bertempat di surau Al-jamiah yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri Bin Ahmad bersama Timbalan Penguasa TPP Mohammad Rosmanizam bin Roslan.
Sebanyak 4 ekor haiwan telah dikorbankan. Dua ekor telah disumbangkan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) dan Undang Luak Johol serta dua ekor lembu yang telah diniatkan oleh anggota dari Penjara Seremban. Majlis ini diadakan secara gotong royong bermula seawal jam 9.30 pagi melibatkan anggota Penjara Seremban. Daging korban diagihkan kepada asnaf, fakir miskin setempat serta anggota Penjara Seremban di mana ia telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Seremban.
Keseronokan jelas terpancar dari semua warga penjara seremban apabila turut sama-sama dalam melaksanakan ibadah korban. Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamat iaitu mengeratkan silaturahim bersama kakitangan di samping mengingati peristiwa korban itu sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud :’ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) Surah Al-Kauthar.

LAWATAN PENANDA ARAS BERSAMA PENGARAH PENJARA NEGERI SELANGOR & WP KUALA LUMPUR DI PENJARA SEREMBAN Pada 21 Mei 2026 (Se...
21/05/2026

LAWATAN PENANDA ARAS BERSAMA PENGARAH PENJARA NEGERI SELANGOR & WP KUALA LUMPUR DI PENJARA SEREMBAN

Pada 21 Mei 2026 (Selasa)
Penjara Seremban telah menerima Lawatan daripada TKP Aminon Bin Adnan Pengarah Penjara Negeri Selangor & WP Kuala Lumpur, YM TKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar Pengarah Penjara Sungai Buloh serta wakil-wakil pegawai daripada setiap istitusi yang disambut oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri bin Ahmad bersama, PP Mohd Azman Bin Nabar @ Romin Timbalan Pengarah Penjara Seremban dan pegawai-pegawai kanan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumat bagi menangani ketidak selesaan yang dikenal pasti di blok penempatan agar persekitaran yang lebih bersih, selesa dan kondusif dapat diwujudkan. Selain itu lawatan ini juga adalah berkongsi pandangan serta bertukar idea ke arah penambaikan yang lebih berkesan.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PKP Zulfakri Bin Ahmad Pengarah Penjara Seremban. Seterusnya ke blok penempatan dan diakhiri dengan sesi bergambar.

DIALOG BULANAN BERSAMA KAKITANGAN BAGI BULAN MEI 2026 PENJARA SEREMBAN Pada 12 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Wawa...
15/05/2026

DIALOG BULANAN BERSAMA KAKITANGAN BAGI BULAN MEI 2026 PENJARA SEREMBAN

Pada 12 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah diadakan Dialog Bulanan bersama kakitangan Penjara Seremban. Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri Bin Ahmad. Turut diadakan acara penyampaian anugerah Personaliti Cemerlang bulanan bagi bulan Februari dan Mac 2026 dan sijil penghargaan di atas kerjasama dalam pembenterasan artikel larangan di Penjara Seremban. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama-sama semua anggota kakitangan yang hadir.

LAWATAN OLEH JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN Pada 12 Mei 2026 (Selasa) Penjara Seremban telah menerima Lawata...
15/05/2026

LAWATAN OLEH JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

Pada 12 Mei 2026 (Selasa)
Penjara Seremban telah menerima Lawatan daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan yang disambut oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri bin Ahmad bersama, PP Mohd Azman Bin Nabar @ Romin Timbalan Pengarah Penjara Seremban dan pegawai-pegawai kanan. Lawatan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan hukuman enakmen-enakmen syariah di Negeri Sembilan yang bertajuk Analisis Pelaksanaan Sedia Ada Dan Penambahbaikan Terhadap Pencegahan Kesalahan Syariah. Kajian ini bertujuan untuk menilai impak pelaksanaan hukuman syariah sedia ada terhadap pemulihan pesalah dan keberkesanannya dalam mencegah jenayah syariah di negeri ini.
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Penjara Seremban dan seterusnya, melawat ke bengkel-bengkel untuk tujuan sesi perkongsian dan pendapat. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kenangan daripada pihak pengurusan Penjara Seremban.

KURSUS PENYEMBELIHAN PERINGKAT KAKITANGAN PENJARA SEREMBAN 11 Mei 2026 (Isnin) -  Kursus Penyembelihan Peringkat Kakitan...
12/05/2026

KURSUS PENYEMBELIHAN PERINGKAT KAKITANGAN PENJARA SEREMBAN
11 Mei 2026 (Isnin) - Kursus Penyembelihan Peringkat Kakitangan anjuran bersama Unit Agama dan Unit Latihan Penjara Seremban telah diadakan di Surau Al-Jamiah Penjara Seremban bermula jam 9.00 pagi. Seramai 25 orang kakitangan telah menyertai kursus ini dan turut hadir memeriahkan kursus Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri Bin Ahmad. Kursus ini mendapat bimbingan dari Pegawai Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Objektif pelaksanaan kursus ini ialah memberi kefahaman berkaitan hukum penyembelihan dalam islam serta meningkatkan kemahiran praktikal penyembelihan dan memastikan pematuhan standard halal dan kebersihan makanan.
Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati oleh PKP Zulfakri Bin Ahmad Pengarah Penjara Seremban serta sesi bergambar dan jamuan makan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi warga kerja Penjara Seremban.


LAWATAN OLEH PAKAR DARIPADA PEJABAT KESATUAN EROPAH (EU) DI BANGKOK DAN WAKIL KEDUTAAN KE PENJARA SEREMBAN BAGI PROJEK P...
21/04/2026

LAWATAN OLEH PAKAR DARIPADA PEJABAT KESATUAN EROPAH (EU) DI BANGKOK DAN WAKIL KEDUTAAN KE PENJARA SEREMBAN BAGI PROJEK PRISON DESIGN AND OPERATION UNDER PRISON REFORM INICIATIVE

Pada 16 April 2026 (Khamis)
Penjara Seremban telah menerima Lawatan daripada pakar daripada Pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Bangkok dan Wakil Kedutaan ke Penjara Seremban bagi Projek Prison Design And Operation Under Prison Reform Iniciative yang disambut oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri bin Ahmad bersama pegawai-pegawai kanan. Turut hadir juga semasa lawatan adalah TKP Zulia Binti Khamis @ Ahmad Kamil Pengarah Antarabangsa dan Pemindahan Banduan bersama TKP Hafizey bin Yahya Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara , PP Faizal Azry bin Ramly Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara dan Encik Mohd Asyraf bin Mohd Amin dari Bahagian Pembangunan dan Perolehan. Seramai 6 pegawai iaitu (2) daripada European Union (EU), (2) EU- Malaysia Cooperation Fasility (EUMYCF), kedutaan Belanda, kedutaan Belgium. Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran keperluan Jabatan Penjara Malaysia dalam mereka bentuk dan merancang fasiliti penjara sebagai pendedahan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan projek reka bentuk dan operasi institusi penjara yang sedang dilaksanakan.
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Penjara Seremban dan seterusnya, melawat ke bengkel-bengkel, dapur dan Klinik Penjara untuk tujuan sesi perkongsian dan pendapat. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kenangan daripada pihak pengurusan Penjara Seremban

MAJLIS IFTAR PEGAWAI KANAN PENJARA SEREMBAN 2026
19/03/2026

MAJLIS IFTAR PEGAWAI KANAN PENJARA SEREMBAN 2026

Check out PENJARA SEREMBAN’s video.

Marhaban Ya Ramadan. 🌙✨​Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak buat semua beragama Islam. Semoga bulan yang mulia in...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan. 🌙✨

​Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak buat semua beragama Islam. Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita semua bermuhasabah dan mencari kekuatan untuk menjadi lebih baik.

​Selamat menunaikan ibadah puasa.






Address

Jalan Muthucumaru
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067652500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share