17/05/2020
All APAD service / application is resuming tomorrow. Contact us if you need any help!
SEMUA JENIS PERMOHONAN DI KAUNTER APAD MULAI 18 MEI 2020
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ingin menarik perhatian semua pihak mengenai pengoperasian semua jenis permohonan di kaunter APAD mulai 18 Mei 2020 berbanding lima jenis permohonan sejak dibuka semula pada 29 April 2020 lalu.
Selaras dengan ketetapan ini, semua jenis permohonan yang diterima di kaunter APAD adalah seperti berikut:
a. Permohonan Baharu Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan
b. Permohonan Membaharui Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan c. Permohonan Ubah Syarat
d. Permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan
e. Permohonan Lesen Perubahan Sementara
f. Permohonan Kad Pemandu
g. Lain-lain permohonan:
- Melesenkan Kenderaan Mengikut Surat Tawaran Kelulusan - Permohonan Batal Kekal
- Permohonan Pendua
- Permohonan Lintas Sempadan
- Permohonan Melesenkan Kenderaan Melebihi Had Usia - Permohonan Melanjutkan Had Usia
Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, orang ramai yang datang berurusan ke pejabat dan kaunter APAD adalah dinasihatkan untuk memastikan diri sendiri tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan, mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan sentiasa menjaga penjarakan sosial. Sememangnya pengurusan APAD sentiasa komited dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan APAD.