SWCorp N9

SWCorp N9 Peneraju Kebersihan Negara

11/08/2026
🇲🇾 KEMBARA MERDEKA SWCORP NEGERI SEMBILAN 2026 – DAERAH JELEBU 🇲🇾Semangat Kembara Merdeka SWCorp Negeri Sembilan 2026 di...
04/08/2026

🇲🇾 KEMBARA MERDEKA SWCORP NEGERI SEMBILAN 2026 – DAERAH JELEBU 🇲🇾

Semangat Kembara Merdeka SWCorp Negeri Sembilan 2026 diteruskan ke Daerah Jelebu menerusi Turun Padang (TUPA) Pengarah Negeri bagi memastikan aspek kebersihan dan pengurusan sisa pepejal sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kembara ini adalah:

📌 Edaran poster kesedaran kepada masyarakat setempat
📌 Semakan dan pemantauan kerja-kerja konsesi di lapangan
📌 Turun padang bersama warga kerja bagi melihat sendiri keadaan kebersihan serta pelaksanaan perkhidmatan di kawasan terlibat.

Kembara ini bukan sekadar menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah menjadi platform untuk SWCorp terus mendekati masyarakat dan memastikan perkhidmatan kebersihan dilaksanakan dengan sebaiknya.

🇲🇾 Kebersihan Tanggungjawab Bersama.






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Ismail Bin Lasim  atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembil...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Ismail Bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga YAB terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah kemajuan, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.




MESYUARAT PERWAKILAN KAWASAN KOSPA NEGERI SEMBILANAlhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Kawasan Koperasi Kakitangan Perbad...
24/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN KAWASAN KOSPA NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Kawasan Koperasi Kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (KOSPA) Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli KOSPA atas komitmen, kerjasama serta sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan Perwakilan Kawasan yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berpasukan demi membawa KOSPA ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Perwakilan Kawasan sesi yang lalu atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai.

Semoga KOSPA terus maju, kukuh dan cemerlang demi manfaat seluruh anggotanya.



Sebutan kes di Mahkamah Majistret Seremban 2 melibatkan kesalahan pembuangan sampah kecil telah berlangsung pada hari in...
23/07/2026

Sebutan kes di Mahkamah Majistret Seremban 2 melibatkan kesalahan pembuangan sampah kecil telah berlangsung pada hari ini. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM150.00 serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama tiga (3) jam terhadap tertuduh sebagai pengajaran dan peringatan agar masyarakat sentiasa mematuhi undang-undang serta menjaga kebersihan awam.





PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) 19 JULAI 2026Seramai 7 pesalah telah melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di...
19/07/2026

PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM)

19 JULAI 2026

Seramai 7 pesalah telah melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di beberapa lokasi sekitar Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada hukuman dan usaha mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan awam.

📍 Lokasi pelaksanaan:• Benteng Ampangan• Jalan 1/3, Bandar Baru Nilai• Jalan Pasar, Simpang Pertang, Jelebu

Sepanjang pelaksanaan PKM, OKS telah menjalankan kerja-kerja Sapuan jalan dan Pembersihan longkang.

Program ini bukan sekadar melaksanakan hukuman, malah memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran serta memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Jangan jadikan diri anda pesalah seterusnya. Buanglah sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan bersama-sama kita membudayakan amalan kebersihan demi kesejahteraan komuniti




19/07/2026

KAWASAN TERSEDIA, TONG SAMPAH TERSEDIA. SIKAP? DI MANA?

Keindahan kawasan rekreasi awam hanya dapat dikekalkan jika kita mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Walaupun kemudahan tong sampah telah disediakan dengan lengkap, sikap individu tetap menjadi penentu utama kebersihan persekitaran.

19/07/2026

Semua orang inginkan kawasan riadah yang bersih, tetapi berapa ramai yang benar-benar menjaganya dengan tidak membuang sampah merata-rata ketika menggunakannya?

Malaysia dikurniakan dengan banyak kawasan air terjun yang indah. Namun, jangan sesekali meninggalkan sampah selepas anda mengunjungi kawasan-kawasan ini.

Silap hari bulan, tindakan tersebut mungkin dirakam oleh pengunjung lain dan anda akan dilaporkan kepada pihak SWCorp untuk tindakan undang-undang.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan terhadap pesalah yang membuang sampah kecil merata-rata telah diperketat melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah kecil merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 serta dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jadi, jika beriadah di kawasan awam seperti air terjun, pastikan anda membawa pulang sampah anda dan membuangnya di tempat yang sepatutnya.

Address

Tingkat 7, Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal
Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp N9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share