14/08/2026
๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐ฌ๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ฆ๐ง๐ฅ๐ข๐ก๐ข๐ ๐ @ ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐ข๐ก ๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐ง | 13 OGOS 2026
YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh telah mengadakan sesi turun padang ke Balai Cerap Negeri Sembilan bagi tinjauan produk pelancongan astronomi dan lokasi cerapan hilal, di mana wakil JUPEM, Sr Muhamad Fariz bin Absl Kamarulazman, menyampaikan penerangan mengenai peranan JUPEM dalam aktiviti falak serta kriteria imkanur rukyah terkini di Malaysia.
Pada sebelah malam, JUPEM Negeri Sembilan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Balai Cerap Negeri Sembilan menganjurkan sesi cerapan langit malam di Dataran Astronomi PD Forest, Sg. Menyala. Sesi turut dihadiri YB Timbalan Menteri NRES, Datuk Razali bin Abu Samah (Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan), Datoโ Mohd Faizal bin Ramli (Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah), Datoโ Mohd Radhi Chu bin Abdullah (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), Ts. Mohd Yussainy bin Md Yusop (Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan).