04/09/2026
*PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP SKUADRON SEMBOYAN BRIGED PERTAMA INFANTRI*
SEREMBAN, 2 Sep 26 - Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri (1 SSB) telah diadakan dengan jayanya. Seramai 3 Pegawai dan 58 Anggota LLP telah terlibat sepanjang perbarisan yang di ketuai oleh Kapt Muhammad Arash Muttaqin bin Mohd Zamri. Ketua Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri, Mejar Nik Ammar Syamil bin Ismail telah menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat anggota yang berlangsung di Dataran 1 SSB, Kem Rasah, Seremban.
Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat melibatkan 6 kali anggota iaitu Sjn Muhamad Faiz bin Che Ani dan Sjn Muhamad Asraf bin Abu Samah yang telah dinaikkan pangkat Pemangku Staf Sarjan. Turut menerima kenaikan pangkat ialah Kpl Mohamad Hairul bin Mohamad Sabri dan Kpl Mohd Fahmi Ashraf bin Mohd Zain yang telah dinaikkan pangkat Pemangku Sarjan serta Sig Muhamad Aiman Hakim bin Siam dan Sig Mohd Ridzwan Shah bin Md Amin yang telah dinaikkan pangkat Lans Koperal.
Ketua Skuadron 1 SSB turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada anggota yang terlibat atas pengiktirafan yang diterima. Beliau berharap kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin kekuatan, ketabahan dan komitmen dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul. Acara diteruskan dengan jamuan makan di Dewan Titiwangsa 1 SSB dan bacaan doa selamat. Majlis diakhiri dengan ucapan Ketua Skuadron serta sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri Malaysia