Trafik IPD Seremban

Trafik IPD Seremban Laman sesawang ini merupakan Facebook rasmi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban

OP BERSEPADU SAMSENG JALANAN – SEREMBAN 2Seremban, 23 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BS...
23/08/2026

OP BERSEPADU SAMSENG JALANAN – SEREMBAN 2

Seremban, 23 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Dataran Centrio, Seremban 2, bermula jam 12.01 tengah malam hingga 5.00 pagi.

Hasil operasi mendapati sebanyak 51 buah kenderaan telah diperiksa dan sejumlah 257 saman PDRM telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 52 Notis PG1 serta 3 Notis Arah Periksa, manakala JAS mengambil tindakan terhadap 9 kesalahan berkaitan ekzos bising.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 8 buah kenderaan telah disita, iaitu 7 buah motosikal oleh PDRM dan sebuah kereta oleh JPJ.

Seramai 4 individu berusia antara 15 hingga 16 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas dikesan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

PDRM bersama lain-lain agensi penguatkuasa akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama.



Penutupan jalan sempena perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan tahun 2026
21/08/2026

Penutupan jalan sempena perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan tahun 2026

Penutupan jalan sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan tahun 2026
21/08/2026

Penutupan jalan sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan tahun 2026

07/07/2026
21/06/2026
OP MABUK : EMPAT LELAKI DITAHAN ATAS KESALAHAN MEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOLSEREMBAN, 21 Jun 2026 - Empat (4) lelaki ...
21/06/2026

OP MABUK : EMPAT LELAKI DITAHAN ATAS KESALAHAN MEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL

SEREMBAN, 21 Jun 2026 - Empat (4) lelaki tempatan telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban awal pagi tadi.

YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman Ketua Polis Daerah Seremban berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama dua (2) tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua (2) tahun.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, pihak polis telah mengeluarkan 78 keping saman atas pelbagai kesalahan dan 20 daripadanya tidak memiliki lesen memandu.

Kekuatan operasi seramai 3 Pegawai Kanan Polis dan 24 anggota yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan balai. Seramai 115 individu dan sebanyak 105 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi.

Operasi ini juga antara lainnya, bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memandu tanpa lesen atau memandu di bawah pengaruh alkohol kerana ia menyalahi undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”

“SELAMAT BERSAMA JSPT”

TANGKAPAN PEMANDU MABUK DAN SAMSENG JALANAN DALAM OP BERSEPADU BSPT IPD SEREMBANSeremban, 21 Jun 2026 - Bahagian Siasata...
21/06/2026

TANGKAPAN PEMANDU MABUK DAN SAMSENG JALANAN DALAM OP BERSEPADU BSPT IPD SEREMBAN

Seremban, 21 Jun 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban telah menjalankan Op Bersepadu yang turut merangkumi Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan bermula 20 Jun 2026 jam 5.00 petang hingga 21 Jun 2026 jam 4.00 pagi.

Operasi bersepadu ini telah dijalankan di 4 lokasi tumpuan iaitu SJR Jalan Sungai Ujong, SJR Jalan Lingkaran Tengah, SJR Jalan Bukit Kepayang dan Jalan Rasah - (SPDH) dengan kekuatan seramai 3 pegawai dan 24 anggota yang turut dibantu daripada pelbagai bahagian dan balai.

Hasil operasi mendapati seramai 115 individu dan 105 buah kenderaan telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, pecahan kaum melibatkan 55 orang Melayu, 28 orang Cina dan 32 orang India. Bagi pecahan umur p**a, 105 orang berumur melebihi 16 tahun manakala tiada individu bawah 16 tahun terlibat.

Pemeriksaan kenderaan p**a melibatkan 48 buah motosikal, 50 buah motokar dan 7 buah motolori. Manakala lain-lain jenis kenderaan tiada direkodkan.

Sepanjang operasi, sebanyak 78 keping saman PDRM telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Kesalahan tertinggi direkodkan adalah tiada lesen memandu sebanyak 20 kes, diikuti LKM tamat tempoh 15 kes dan tiada perlindungan insuran 8 kes. Turut disita sebanyak 5 buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi Op Samseng Jalanan, seramai 5 orang lelaki telah ditangkap di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. Sementara itu, Op Mabuk merekodkan tangkapan seramai 4 orang lelaki di bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987. Ujian saringan awal nafas telah dibuat ke atas 8 individu yang diperiksa dan 4 daripadanya didapati mempunyai kandungan alkohol dalam badan yang melebihi had yang dibenarkan.

Selain itu, turut ditangkap 1 orang lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas didapati positif dadah jenis THC.

PDRM IPD Seremban akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini bagi memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya terus terjaga. PDRM menasihatkan orang awam agar mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak terlibat dengan aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Dikeluarkan oleh:
KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN

05/05/2026
25/04/2026

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀

Sabtu - Pada 25/04/2026 jam lebih kurang 1830hrs di Jalan Persiaran Utama S2/1, tindakan pantas oleh Kpl Ahmad Asri bin Abd Rashid bersama Kpl Mohd Syazwan bin Nadzri anggota trafik BSPTD Seremban membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan penuh komitmen bagi mengalihkan halangan serta memulihkan semula aliran trafik agar kembali lancar seperti biasa. Situasi ini berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya sekiranya tidak ditangani dengan kadar segera.

BSPTD Seremban akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

𝑲𝒆𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒅𝒂, 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈𝒋𝒂𝒘𝒂𝒃 𝒌𝒂𝒎𝒊.

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik IPD Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category