15/08/2026
Kursus Upskilling Tanaman Cendawan Komersial
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah memilih Negeri Sembilan untuk menjadi destinasi penganjuran kursus berkenaan khusus untuk seramai 40 para pengusaha dalam industri cendawan yang terpilih yang dilaksanakan pada 12 dan 13 Ogos 2026 di Palm Hotel Seremban.
Pihak BPIT telah menyenaraikan En Azman bin A rahamn dan En Mohd Halimiee bin Mohmad daripada Ibu Pejabat BPIT dan En Mohd Fariz b Johar dan En Mohd Firdaus Shabri daripada BPIT Negeri Sembilan untuk menyampaikan kertas-kertas kerja di dalam kursus ini. Selain daripada itu, peserta turut mendapat pendedahan pengalaman melalui perkongsian pengalaman daripada En Abdullah Fadhil bin Zaianuddin, pemilik syarikat Frais Funghi Sdn Bhd yang mengusahakan tanaman cendawan butang di akhir kursus berkenaan. Keesokan harinya peserta dibawa melawat projek tanaman cendawan tiram putih yang dilaksanakan oleh Syarikat DXN Biotech Consultants Sdn. Bhd di Pusat Pertanian Sendayan
Para peserta berterima kasih diatas pengajuran yang beriltizam akan menambah baik perusahaan cendawan yang dilaksanakan selepas menerima pendedaha dan percambahan idea di kursus ini.
Semoga para peserta dapat manfaat daripada kursus ini dan dapat memjlukan lagi industri tanaman cendawan.