PD TAMAN Seremban JAYA

PD TAMAN Seremban JAYA Jalan tsj 1/2, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

🇲🇾 RMK-13 terus perkasa jati diri & semangat patriotisme ✨

Program seperti Kembara Perpaduan, Piagam Harmoni & Latihan Khidmat Negara 2.0 🎖 tingkatkan keharmonian negara 🤝






11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

Tak sangka tidur lewat pun boleh jadi penyebab berat tak turun!😫😫😫

Punyalah diet dari pagi sampai malam, bersenam setiap hari, 10 000 steps tak pernah ‘miss’. Bila timbang, alamak! berat tak turun😭😭.

Ingatkan tidur lewat malam tak ada kaitan dengan berat badan😅.

Siapa sini geng susah nak lelap? Cer bagi tip untuk kawan-kawan kita untuk masuk tidur awal 😇

11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

Taman Herba Papan di Batu Gajah mungkin destinasi yang anda patut masukkan dalam senarai percutian hujung minggu bersama keluarga. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkeluasan 7.2 hektar, taman ini menawarkan suasana tropika yang nyaman dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang sukar ditemui di kawasan bandar. Lebih menarik, terdapat kira-kira 186 spesies tumbuhan herba yang ditanam dan dipelihara di sini untuk tujuan pendidikan, penyelidikan serta pendedahan kepada orang ramai.

Taman Herba Papan bukan sahaja sesuai untuk pencinta alam, malah menjadi lokasi yang sangat bermanfaat untuk kanak-kanak mengenali pelbagai jenis herba dan kegunaannya dalam kehidupan harian. Pengunjung boleh mempelajari fungsi tumbuhan herba dalam bidang perubatan tradisional, aromaterapi, pembuatan kosmetik, rempah ratus dan juga sebagai ulam-ulaman. Selain itu, taman ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat penerangan, pusat interpretasi, dewan terbuka, surau, tandas, pondok rehat, kantin, denai hutan serta kemudahan penginapan. Bagi mereka yang gemar aktiviti luar, terdapat juga kawasan perkhemahan dan laluan khas untuk aktiviti meredah hutan.

Waktu lawatan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Jika anda ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menambah ilmu mengenai khazanah herba tempatan, inilah destinasi yang patut dikunjungi. Jom singgah ke Taman Herba Papan dan nikmati sendiri keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di Batu Gajah, Perak.

11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

Stok minyak sawit Malaysia mencatatkan peningkatan terbesar dalam tempoh lima bulan apabila kejatuhan eksport lebih ketara berbanding pengurangan pengeluaran.

116/2026
11/06/2026

116/2026

Ibu, tak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

Perubahan besar bermula dengan langkah kecil yang konsisten setiap hari.

✔️ Selesaikan puasa ganti
✔️ Mulakan simpanan keluarga
✔️ Kemas rumah sedikit demi sedikit
✔️ Jaga kesihatan diri
✔️ Luangkan masa berkualiti bersama keluarga

Dalam 6 bulan, hidup mungkin belum sempurna. Tetapi anda akan menjadi versi diri yang lebih teratur, lebih tenang dan lebih bersedia menghadapi cabaran.

Simpan poster ini sebagai checklist dan tanda setiap pencapaian anda.

"Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit."

11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

Harga diesel di Semenanjung serta petrol RON95 dan RON97 dikekalkan minggu ini susulan harga pasaran antarabangsa yang stabil. ⛽📊

Walaupun pasaran petroleum global semakin stabil, ia masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia. 🌍🛢️📈




11/06/2026

11/6/2026

11/6/2026
11/06/2026

11/6/2026

Tanda awal menopaus boleh muncul seawal 35 tahun?

Kuala Lumpur: Ramai wanita menyangka menopaus hanya berlaku selepas usia 50 tahun. Namun, perubahan hormon sebenarnya boleh bermula lebih awal. Ada wanita mula mengalami tanda-tanda seperti haid tidak teratur, badan panas tiba-tiba, tidur terganggu dan perubahan emosi sejak lewat 30-an.

Tetapi penting untuk faham, jika gejala berlaku pada usia 35 tahun, jangan terus anggap “ini menopaus biasa”.

Menopaus sebelum usia 45 tahun dikenali sebagai early menopause, manakala sebelum usia 40 tahun boleh dikaitkan dengan premature menopause atau primary ovarian insufficiency (POI) dan perlu dinilai oleh doktor.

Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian:

🔸 Haid mula tidak teratur
🔸 Rasa panas tiba-tiba atau hot flush
🔸 Berpeluh waktu malam
🔸 Tidur terganggu
🔸 Mood berubah, mudah cemas atau cepat marah
🔸 Mudah lupa, susah fokus atau “brain fog”
🔸 F***j kering atau rasa tidak selesa
🔸 Libido menurun dan badan cepat letih

Gejala-gejala ini memang boleh berlaku dalam perimenopause atau menopaus awal, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti kehamilan, masalah tiroid, PCOS, stres, perubahan berat badan atau kesan ubat-ubatan.

Sebab itu, pemeriksaan sangat penting, terutama jika haid berhenti lebih 3 bulan, kitaran haid berubah mendadak, simptom mengganggu kehidupan harian, atau anda masih merancang untuk hamil.

Menopaus bukan sekadar “haid berhenti”. Ia melibatkan hormon, tidur, emosi, tulang, jantung, kesuburan dan kualiti hidup wanita.

Jangan diam dan tahan seorang diri.
Kenali tanda awal.
Dapatkan pemeriksaan.
Rawatan dan sokongan memang ada.

Address

Jalan Tsj 1/2, Taman Seremban Jaya
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD TAMAN Seremban JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share