19/08/2026
NOTIS PEMBERITAHUAN
KERJA-KERJA MENYELENGGARA JALAN DAN LAIN - LAIN KERJA BERKAITAN DI JALAN RANTAU -ULU KANCHONG (N102) , DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Perhatian kepada pengguna jalan raya di Jalan Rantau - Ulu Kanchong (N102) serta penduduk disekitarnya.
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pembetung akan dilaksankan pada 19 Ogos 2026 (Rabu) hingga 19 Oktober 2026 (Isnin), dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, memperlahankan kenderaan serta mematuhi papan tanda amaran dan arahan petugas di lokasi penyelenggaraan bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.