11/07/2026
๐ง๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐๐๐. ๐ฎ๐ณ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐จ๐๐ก ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ฆ ๐ข๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐, ๐ ๐๐ฅ๐๐ก & ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฆ๐ข๐๐ข๐ก๐๐๐ก (๐ข๐ ๐๐ฆ), ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก
๐ข๐น๐ฒ๐ต: ๐ฃ๐ถ๐๐ (๐ง๐๐) ๐ฆ๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ฟ๐ถ
SEREMBAN 2, 08 Julai 2026 โ Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Cawangan Operasi, Marin & Khidmat Sokongan (OMKS), Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat sempena Lawatan Pemantauan Operasi Khas. Lawatan strategik ini bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan anggota, memeriksa fasiliti pangkalan, serta memastikan kelancaran operasi penguatkuasaan di peringkat lapangan berjalan lancar.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKPK II Tuan Almizan bin Yahya, MTT Ketua Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Negeri. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran delegasi dan menzahirkan komitmen padu JKDM Negeri Sembilan dalam memperkasakan pengurusan operasi di lapangan.
Seterusnya, beliau turut membentangkan Pelaporan Operasi bagi "OPS PALANG SELATAN II" JKDM Negeri Sembilan untuk memberikan gambaran jelas mengenai status operasi semasa di negeri. Delegasi kali ini diketuai oleh PKPK I Tuan Saiful Azmi bin Yusof, Ketua Operasi Taktikal bersama barisan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat (OMKS).
Di samping itu, Ybrs. Tuan Jamal bin Paiman, Pengarah Kastam Negeri turut meluangkan masa bagi sesi bergambar bersama delegasi dan warga bahagian penguatkuasaan. Sesi tersebut merupakan simbolik kebersamaan dalam memperkukuh integriti serta memelihara kedaulatan undang-undang negara.
Secara keseluruhannya, program lawatan ini bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang (check and balance) bagi memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara telus, berintegriti, dan mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh jabatan.
๐๐๐๐๐ฃ โ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ โ ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
#๐๐๐๐ ๐ก๐ฆ
ยฉ 2026 ๐ช๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ฑ๐ฒ๐ซ๐ด ๐ต๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐