Markas Staf Stesen Seremban

Markas Staf Stesen Seremban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Markas Staf Stesen Seremban, Military Base, Markas Staf Stesen Seremban, Kem Rasah, Seremban.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR PASUKAN MARKAS STESEN STAF SEREMBAN KEM RASAH, 30 MEI 2025 : Majlis Serah Terim...
31/05/2025

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR PASUKAN MARKAS STESEN STAF SEREMBAN

KEM RASAH, 30 MEI 2025 : Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Tadbir Pasukan Markas Stesen Staf Seremban telah diadakan hari ini antara Kapt Mohammed Nazri bin Hamzah dan Kapt Muhammad Hazim Hanis bin Anuar.

Majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen serah terima tugas, penyampaian cenderamata, bacaan doa, dan ucapan oleh Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah, yang menghargai sumbangan dan khidmat cemerlang Kapt Mohammed Nazri bin Hamzah sepanjang tempoh 2 tahun 8 bulan berkhidmat di pasukan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kapt Mohammed Nazri bin Hamzah, yang akan meneruskan tugas di Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja, Sandakan, Sabah. Semoga terus maju jaya dan cemerlang di tempat baharu.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Kapt Muhammad Hazim Hanis bin Anuar. Semoga terus komited dan cemerlang dalam menerajui pentadbiran pasukan.



PERTUKARAN ANGGOTA BERTUKAR KELUARKEM RASAH, 27 MEI 25: Warga Markas Stesen Staf Sermban ingin merakamkan setinggi-tingg...
27/05/2025

PERTUKARAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR

KEM RASAH, 27 MEI 25: Warga Markas Stesen Staf Sermban ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 1193947 Kpl Veglajson Maluji atas segala khidmat bakti, sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang 4 Tahun 5 Bulan berkhidmat di pasukan ini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, banyak pencapaian dan sumbangan bermakna telah dicurahkan demi memastikan kelancaran operasi serta kecemerlangan pasukan.

Bermula pada 03 April 2025, jawatan Pembantu Pergigian akan diambil alih oleh 6256323 Pbt Nadhrah binti Mazlan, untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

1193947 Kpl Veglajson Maluji akan meneruskan perkhidmatannya di 1 Batalion Ubat, Kuching Sarawak. Pihak pasukan mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

โ€œSetiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun ukhuwah yang terbina tetap utuh dalam ingatan.โ€

Selamat maju jaya di tempat baharu.



๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐’๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐šKEM RASAH, 26 April 2025 - Sambutan Hari Raya MSS Seremban Tahun 202...
27/04/2025

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐’๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐š

KEM RASAH, 26 April 2025 - Sambutan Hari Raya MSS Seremban Tahun 2025 telah dilaksanakan di pasukan dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan yang harmoni. Dengan berkonsepkan โ€˜Potluckโ€™, setiap ahli pasukan telah membawa hidangan masing-masing, termasuk rendang, ketupat, lemang, sate, dan pelbagai kuih raya tradisional bagi suasana meriah dengan dekorasi berwarna-warni dan lagu-lagu raya yang berkumandang.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pegawai Staf Stesen, Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah yang turut hadir bersama isteri, Puan Norasimah binti Mohd Esa diikuti dengan ucapan Pegawai Tadbir, Kapt Muhammad Hazim Hanis bin Anuar, serta sesi pemberian cenderakenangan dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama.

MSS Seremban menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pegawai Staf Stesen serta AJK Pelaksana yang telah berhempas pulas dalam merealisasikan sambutan Hari Raya MSS Seremban pada tahun ini. Semoga semangat kekeluargaan ini terus menjadi tunggak perpaduan dan inspirasi warga pasukan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan.



MAJLIS APRESIASI TABIKA DAN TASKA KEMAS PARLIMAN SEREMBAN SESI 2024/2025SEREMBAN, 2 Jan 2025 : Bertempat di Dewan Pusat ...
02/01/2025

MAJLIS APRESIASI TABIKA DAN TASKA KEMAS PARLIMAN SEREMBAN SESI 2024/2025

SEREMBAN, 2 Jan 2025 : Bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat, Kg Pantai telah dilaksanakan Majlis Apresiasi Tabika dan Taska KEMAS bagi Parlimen Seremban. Majlis ini dilaksanakan bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan juga menunjukkan sikap yang baik sepajang tahun sesi persekolahan. Pegawai Staf Stesen Markas Stesen Staf Seremban merangkap Pengerusi Tabika KEMAS RKAT Kem Sikamat telah hadir. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Najib bin Mustafar, Pengarah Daerah Seremban. Dengan adanya majlis seperti ini, pelajar-pelajar akan lebih bersemangat dan berdaya saing dalam berlumba-lumba mengejar kejayaan.

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF  SEREMBANKampung Sentosa, Paroi, 9 Ogos 2024: Pegawai Staf Ste...
09/09/2024

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF SEREMBAN

Kampung Sentosa, Paroi, 9 Ogos 2024: Pegawai Staf Stesen MSS Seremban Lt Kol Jala @ Jalal bin Abdullah telah mengadakan Lawatan Kebajikan ke atas Kpl Muhammad Zakwan bin Zam Zam iaitu Penasihat Teknikal Pasukan di rumah mertuanya pada 09 1415H Sep 24. Kpl Muhammad Zakwan bin Zam Zam telah dimasukkan ke Wad Selasih, Bilik No 313, Hospital KPJ Seremban pada 03 2300H Sep 2024 akibat Ligament Bahu Kiri Putus (ACJ). Pada 06 1915H Sep 2024, anggota telah dibenarkan keluar hospital dan diberikan Attend C mulai 6 Sep 2024 hingga 23 Sep 2024. Wakil Pasukan yang turut terlibat dalam Lawatan Kebajikan ini ialah Kapt Mohammed Nazri bin Hamzah dan PW II Yusmiwadi bin Che Rahim. Keadaan Kpl Muhammad Zakwan bin Zam Zam stabil dan masih dalam pemantauan Doktor Pakar menerusi pemeriksaan dan temujanji berjadual. Lawatan ini diakhiri dengan sumbangan kebajikan yang disampaikan oleh Pegawai Staf Stesen Markas Staf Stesen Seremban kepada Kpl Muhammad Zakwan bin Zam Zam.

MAJLIS PERJUMPAAN PENGERUSI BAKAT DAN AHLI-AHLI BAKAT MSS SEREMBANSeremban 20 Julai 2024 : Majlis telah dihadiri Peg Sta...
31/07/2024

MAJLIS PERJUMPAAN PENGERUSI BAKAT DAN AHLI-AHLI BAKAT MSS SEREMBAN

Seremban 20 Julai 2024 : Majlis telah dihadiri Peg Staf Stesen pasukan iaitu Yang Berbahagia Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah dan Pengerusi BAKAT MSS Seremban iaitu Puan Norasimah binti Mohd Esa. Tujuan dan hasrat majlis ini diadakan adalah untuk lebih mengenali sesama ahli BAKAT dan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota dan ahli-ahli BAKAT. Sesi suai kenal Pengerusi BAKAT pasukan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli BAKAT yang akan bersara.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan melibatkan kesemua Peg dan anggota serta ahli-ahli BAKAT pasukan berkonsepkan makanan potluck. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Peg Staf Stesen MSS Seremban yang penuh dengan intipati nasihat dan penjelasan mengenai kepentingan BAKAT kepada sesuatu organisasi/pasukan. Penutup kepada Majlis ini ialah sesi bergambar โ€˜Keluarga Besarโ€™ MSS Seremban.

LAPORAN HARI PENGAJIAN CERAMAH ANTI DADAH GABUNGAN PASUKAN MSS SEREMBAN,1 SSB DAN 1 KOMP KPTDSeremban, 13 Jun 2024 : Ser...
13/06/2024

LAPORAN HARI PENGAJIAN CERAMAH ANTI DADAH GABUNGAN PASUKAN MSS SEREMBAN,1 SSB DAN 1 KOMP KPTD

Seremban, 13 Jun 2024 : Seramai 5 Pegawai dan 60 LLP dari Pasukan MSS Seremban, 1 SSB dan 1 Komp KPTD telah melaksanakan Hari Pengajian Ceramah Anti Dadah yang disampaikan oleh Encik Evareslyson anak Juna dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seremban.

Hari Pengajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran anggota mengenai bahayanya kesan dan akibat terjebak dengan najis Dadah.

PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, PEMAKAIAN PANGKAT, SUMBANGAN WANG KHAIRAT KEMATIAN DAN MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN SIRI ...
08/06/2024

PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, PEMAKAIAN PANGKAT, SUMBANGAN WANG KHAIRAT KEMATIAN DAN MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN SIRI 1 TAHUN 2024

Seremban, 07 Jun 2024 : Perbarisan Pegawai Staf Stesen MSS Seremban telah diadakan di Dataran MSS Seremban melibatkan seramai 4 Pegawai dan 18 LLP serta 11 pekerja awam. Atur cara Perbarisan dimulakan dengan Yang Berbahagia Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah, Pegawai Staf Stesen MSS Seremban menerima tabik hormat dari Ketua Perbarisan iaitu Mej Muhammad Firdaus bin Mohammad Naser, Pegawai Logistik MSS Seremban dan diteruskan dengan pemeriksaan barisan.

Sejurus selepas pemeriksaan barisan, acara diteruskan dengan Pemakaian Pangkat 1148375 SSjn Yusmiwadi bin Che Rahim kenaikan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran II berkuatkuasa mulai 16 April 24 dan menjawat jawatan Kuatermaster Sarjan Rejimen yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah selaku Pegawai Staf Stesen, MSS Seremban. Selesai acara Pemakaian Pangkat, acara diteruskan dengan Pemberian Sumbangan Wang Khairat Kematian kepada 2 Anggota Mss Seremban yang kehilangan waris.

Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 1 Tahun 2024 juga telah dilaksanakan pada sebelah petang di Bilik Mesyuarat MSS Seremban. Mesyuarat dipengerusikan oleh Lt Kol Jala@Jalal bin Abdullah selaku Peg Staf Stesen dan telah dihadiri 4 Peg dan 18 LLP. Mesyuarat membincangkan tentang kebajikan dan keperluan anggota di pasukan.

PELAKSANAAN HARI PENGAJIAN PASUKAN DAN PELAKSANAAN TEWT - CASEVEC & MEDEVAC.SEREMBAN, 14 Mei 24 : Seramai 4 pegawai dan ...
14/05/2024

PELAKSANAAN HARI PENGAJIAN PASUKAN DAN PELAKSANAAN TEWT - CASEVEC & MEDEVAC.

SEREMBAN, 14 Mei 24 : Seramai 4 pegawai dan 12 anggota terlibat dalam Hari Pengajian Peringkat MSS Seremban di Bilik Mesyuarat MSS Seremban. Hari pengajian berkonsepkan Casevac & Medevac yang disampaikan Mej (Dr) Low Mun Yee, Pegawai Pemerintah 701 PPAT.

Pegawai Staf Stesen, Mej Jala@Jalal bin Abdullah menegaskan, agar semua pegawai dan anggota sentiasa menambah ilmu pengetahuan serta latihan demi meningkatkan keyakinan dalam mendepani ancaman musuh pada masa akan datang.

PEMERIKSAAN PAKAR BOMBA TENTERA DARAT TAHUN 2024SEREMBAN, 08 Mei 24 : Pemeriksaan Pakar Bomba Tahun 2024 telah melaksana...
08/05/2024

PEMERIKSAAN PAKAR BOMBA TENTERA DARAT TAHUN 2024

SEREMBAN, 08 Mei 24 : Pemeriksaan Pakar Bomba Tahun 2024 telah melaksanakan pemeriksaan di Markas Stesen Staf Seremban, Kem Rasah melibatkan 4 anggota LLP. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai tahap kesiapsiagaan serta memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan tahap pengerusan keselamatan kebakaran di pasukan - pasukab TD.

Pemeriksaan dimulakan dengan memeriksan secara fizikal dokumen, buku rekod pemeriksaan pili bomba, buku rekod pemeriksaan dan senggaraan Alat Pemadam Api Kecil (APAK), buku rekod latihan tindakan kebakaran serta peralatan bomba pasukan sebelum dibawa ke setiap bangunan untuk pemeriksaan keselamatan bangunan dan pengguna.

Antara perkara yang ditekankan bagi mengelak berlakunya kebakaran melibatkan aspek keselamatan penggunaan peralatan elektrik, susunan peralatan yang mudah terbakar serta peralatan yang berisiko tinggi.

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF STESENSEREMBAN, 04 Apr 24 : Majlis Serah Terima Tugas antara Kol Abu Bakar bin Kamarozam...
08/05/2024

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF STESEN

SEREMBAN, 04 Apr 24 : Majlis Serah Terima Tugas antara Kol Abu Bakar bin Kamarozaman dengan Mej Jala@Jalal bin Abdullah telah diadakan di Dataran Markas Stesen Staf Seremban melibatkan seramai 5 Pegawai dan 19 Anggota LLP. Majlis Serah Terima Tugas ini disaksikan oleh YBhg Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia. Majlis ini merupakan majlis terakhir Kol Abu bakar bin Kamarozaman di Markas Stesen Staf Seremban dan akan meneruskan perkhidmatan beliau di Muzium Tentera Darat.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐”๐‹๐”๐๐† ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐’๐“๐€๐… ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐SEREMBAN: Panglima Briged Pert...
07/05/2024

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐”๐‹๐”๐๐† ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐’๐“๐€๐… ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐

SEREMBAN: Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, YBhg Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin telah menyempurnakan Lawatan Ulung serta Pemeriksaan Tadbir Tahunan ke atas pasukan Markas Stesen Staf Seremban, Kem Rasah pada 6 Mei 24.

Aturcara Lawatan Ulung dan Pemeriksaan Tadbir Tahunan ini dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kuarter dan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Logistik Pasukan, Mej Muhammad Firdaus bin Mohammad Naser di Dataran MSS Seremban.

Seterusnya Panglima 1 Bgd telah diberi taklimat oleh Pegawai Staf Stesen, Mej Jala@Jalal bin Abdullah di Bilik Mesyuarat MSS Seremban berkenaan perkara G, A dan Q pasukan.

Seterusnya, anggota juga diuji dalam beberapa komponen latihan seperti UKKI Baca Peta, UKKI Pengendalian Alat Radio dan Senjata, UKKI Fardhu Ain dan Ujian Kecergasan Asas larian 2.4KM serta Ujian Staf Awam (Ujian ๐˜”๐˜บ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ง๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฐ).

Acara diakhiri dengan Solat Asar berjemaah di Surau Al-Abidin, jamuan minum petang dan mendatangani buku lawatan serta penyampaian cendera kenangan dari warga MSS Seremban kepada Panglima 1 Bgd.

Address

Markas Staf Stesen Seremban, Kem Rasah
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Staf Stesen Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category